Terbaru, penyanyi dan ikon fesyen terkenal Korea Selatan, G-Dragon kembali mencuri perhatian peminat apabila tampil dengan gaya ‘airport look’ yang sememangnya tampak berani dan luar biasa.
Anggota paling ikonik BIGBANG itu, baru-baru ini dilihat muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Seoul dalam perjalanan ke luar negara untuk jadual rasmi. Namun, apa yang lebih menarik adalah penampilannya dengan memakai jubah mandi atau bathrobe noda merah.
Ya betul! G-Dragon tampil dengan bathrobe merah menyala di lapangan terbang. Walau bagaimanapun, dengan karisma beliau, apa saja yang dipakai pasti kelihatan seperti fashion statement sekaligus menjadi bualan para peminat dan ada yang menjangkakan mungkin ini bakal menjadi trend baru selepas era ‘ahjumma style’ yang pernah popular selepas pelancaran lagu beliau yang berjudul ‘Power’.
Kredit foto: Dispatch KoreaKredit foto: Dispatch Korea
Bukan setakat itu, malah ‘mix and match’ yang digayakan oleh G-Dragon dengan vest knit hitam, selendang bercorak terang, muka, kacamata horn-rim dan topi dengan tulisan grafik judul album terbarunya, ‘Übermensch’ sememangnya nampak padan dengan bathrobe sebagai outerwear pilihan.
Bercakap mengenai perkembangan G-Dragon, terdahulu, penyanyi itu baru sahaja muncul pada awal tahun ini menerusi album ketiga berjudul ‘Übermensch’ iaitu album studio pertama selepas lebih 11 tahun menjadi anak seni. Album berkenaan menjadi penantian terunggul dan mendapat sambutan hangat dari para peminat di seluruh dunia.
Bukan sekadar penyanyi, penulis lirik, pemuzik, atau ikon fesyen. G-Dragon juga turut membuat kejutan membanggakan pada tahun lalu apabila beliau diumumkan sebagai profesor pelawat dan duta global di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST).
Fesyen ‘Ahjumma Style’ Yang pernah dipopularkan oleh G-Dragon – Kredit foto: Dispatch KoreaFesyen ‘Ahjumma Style’ Yang pernah dipopularkan oleh G-Dragon – Kredit foto: Dispatch Korea
Dalam majlis pelantikannya, G-Draogon turut meluahkan rasa berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada institusi yang melahirkan ramai saintis hebat. Selain itu, beliau berharap gabungan antara sains, teknologi, dan hiburan boleh mencipta sesuatu yang luar biasa untuk industri pada masa akan datang.
Sekadar info, G-Dragon bakal memulakan konsert jelajah dunia ‘Übermensch Tour 2025’ bermula Mei ini dan bakal menggegarkan beberapa bandar di seluruh dunia seperti Tokyo, Osaka, Macau, Taipei, Jakarta, Hong Kong, termasuk Kuala Lumpur pada Julai ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, anugerah DFKL 2019 telah berlangsung dengan cukup meriah apabila drama hit tempatan, Nur berjaya menempah beberapa kejayaan besar.
Antaranya termasuklah kategori pasangan pilihan melibatkan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle. Congrats korang!
Selain menerima pujian dek kerana gandingan mantap mereka, Amyra juga mendapat pujian kerana kelihatan cukup cantik semalam.
Melalui khidmat jurusolek #ahmadanimakeup, Amyra kelihatan cukup cantik dan menonjol walaupun dengan lapisan mekap yang tidak terlalu tebal. Rahsianya adalah 3 langkah yang diaplikasikan pada wajahnya.
Pertama, Amyra menggunakan gincu Lip Color Satin Matte la Nude oleh Tom Ford Beauty. Ia mempunyai warna nude yang cukup berkesan untuk warna kulit perempuan Asia kerana tidak terlalu pucat mahupun terang.
Kedua, Ahma Dani menggunakan The Sheer Pressed Powder dalam tona Translucent 02 dari jenama La Mer. Ada dijual di laman web La Mer dan di Sephora, ia adalah teknik terakhir yang harus korang gunakan pada wajah untuk mendapatkan efek matte tanpa minyak untuk semalam suntuk.
Akhir sekali, juntaian low ponytail oleh Amyra semalam membantu dia untuk menjadikan konsep effortless tersebut terhasil. Ini kerana dress Rizman Ruzaini yang disarung Amyra sudah sedia glamor. Lantas, dandanan rambut sanggul atau ‘kepuk’ beralun boleh membuatkannya lebih berusia.
Gunakan teknik back combpada bahagian belakan dan atas kepala untuk mendapatkan volume sebelum mengikatnya dengan kemas. Kemudian, sempurnakannya dengan hairspray.
Seringkali kita lihat betapa mulus, cerah dan bersihnya kulit wajah gadis-gadis di Korea Selatan apabila kita menonton penyanyi dan pelakon dari sana.
Actually, tak perlu lihat ke arah selebriti Korea pun. Sememangnya gadis di Korea serius dalam menjaga kecantikan kulit sampakan mereka tidak perlu pun menggunakan terlalu banyak produk kosmetik untuk mengaburi cela yang ada pada wajah.
Rahsia sebenar mereka adalah makanan yang mereka ambil pada setiap hari. Perhatikan sahaja menu masakan di Korea pada waktu sarapan; pagi-pagi lagi mereka sudah mengambil makanan sihat, penuh nutrisi dan memastikan badan bertenaga.
Gadis Korea juga amat teliti terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam masakan mereka. Buktiknya, beberapa bahan masakan yang mereka kenal pasti berkesan untuk penjagaan kulit telah diserap masuk sebagai formula utama untuk produk kecantikan di pasaran sana.
Terbaru, syarikat WonderLab Group menerusi jenama WonderLab baru-baru ini telah memperkenalkan siri baharu yang dinamakan sebagai WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series.
Dari kiri : Ageless Moisturizer, Ageless Toner & Ageless Serum dalam siri WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series.Nampak premium kan ‘packaging ini.
Walaupun siri produk baharu ini memfokuskan kepada konsep penjagaan kulit pra-penuaan, tapi sebagai remaja kita memang disyorkan mengelakkan tanda-tanda penuaan sebelum usia 25 tahun agar kulit kita mudah dikekalkan keanjalannya sebelum terlambat.
CMO Cuckoo International, Queenie Goh dan CEO, KC Hoe semasa pelancaran siri 블랙 Bel-aek Ageless Series oleh WonderLab.
Menariknya, WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series dirumus dengan teknologi kecantikan Korea terkini yang dinamakan sebagai ‘Trio Black Complex’.
Ia terdiri daripada tiga ‘makanan hitam’ yang sinonim dengan menu masakan Korea iaitu beras hitam (black rice), bijan hitam (black sesame) dan kacang hitam (black beans) — masing-masing terkenal dengan keberkesanannya yang luar biasa pada wajah masyarakat Korea dan Asia, secara amnya.
Nabila Razali sebagai duta WonderDewi juga ada bagi berkongsi pengalamannya menggunakan siri WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series
Siri WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series ini dikatakan memastikan kulit 95 peratus lebih tegang, 13 peratus lebih anjal dan 100 peratus nampak lebih berseri! Kesemua itu dipastikan setelah pasukan WonderLab di sana menjalankan ujian klinikal terhadap 22 wanita yang menggunakan serum Bel-aek selama empat minggu.
Bel-aek Ageless Serum oleh WonderLab
Selain Bel-aek Ageless Serum ini, siri terbaru WonderLab ini juga mempunyai 2 lagi produk untuk membantu mengekalkan keremajaan korang seperti gadis Korea. Ia terdiri daripada Bel-aek Ageless Moisturizer (pelembap muka) dan Bel-aek Ageless Toner.
Bagi yang ingin mencuba keberkesanannya, korang boleh mendapatkan siri WonderLab 블랙Bel-aek Ageless Series ini sekarang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miss Universe 2012 dari Amerika Syarikat, Olivia Culpo kelmarin telah berkongsi sesuatu yang agak peribadi kepada pengikutnya. Ia berkenaan keadaan kesihatannya setelah dia terpaksa menjalani satu pembedahan untuk endometriosis.
Sebelum kita melihat apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan endometriosis yang selalu dihadapi oleh remaja perempuan, jom ketahui dahulu pengalaman Olivia yang terpaksa berdepan dengan penyakit ini.
Olivia Culpo sewaktu dinobatkan sebagai Miss Universe 2012. Sumber Foto: Popsugar.
Tidak ramai yang mengetahui Olivia, 28 telahpun ‘merana’ akibat endometriosis untuk bertahun-tahun lamanya. Bukannya Olivia tidak cuba untuk mendapatkan rawatan selama ini, Cuma doktor yang merawatnya seringkali tersalah diagnos sakit yang dirasainya itu.
Setelah lebih setahun didiagnos dengan endometriosis, Olivia akhirnya melalui prosedur pembedahan selama 3 jam.
“Selama ini, saya akan berdepan dengan kesakitan melampau semasa datang haid. Ketahuilah, rasa sakit semasa haid adalah tidak normal. Mungkin ada yang akan berkata, ‘Ambil saya Tylenol setiap hari’ atau ‘Rehat lebih, datang bulan memang tidak menyelesakan’. Namun kamu harus mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar. Ia tidak normal,” katanya
Doktor yang merawat Olivia di Atrium Health memberikan bandage dalam bentuk hati untuk menceriakannya. Sumber foto: Instagram Olivia Culpo.
Apa Itu Endometriosis
Seperti yang dikongsikan oleh Olivia, endometriosis terjadi apabila tisu daripada dinding rahim tumbuh pada bahagian lain dalam badan seorang perempuan. Pada setiap bulan, sel-sel ini akan memberikan reaksi yang sama seperti sel di dalam rahim. Ia akan membesar, mengecut dan mengakibatkan pendarahan. Bagaimanapun, tidak seperti darah haid yang keluar dari rahim, darah ini tidak mempunyai saluran lain untuk mengalir keluar.
Olivia berkata, adalah normal untuk perut kelihatan ‘inflamed’ atau mengembung setelah prosedur pembedahan selesai. Sumber foto: Instagram Olivia Culpo.
Di antara simptom yang selalu dirasai oleh pesakit endometriosis adalah rasa sakit pada bahagian perut, haid berlebihan dan rasa penat. Mereka juga akan berdepan dengan masalah mengawal pundi kencing.
Selain itu, endometriosis boleh mengganggu faktor kesuburan dan secara amnya kebahagian seorang pesakit. Walaupun punca utamanya masih tidak diketahui, ramai pakar yang mengaitkan endometriosis dengan isu genetik dan masalah sistem imunisasi.
“Walaupun sakit yang dirasainya tidak dapat digambarkan, namun ia sukar untuk dikesan menerusi ultrasound, kecuali jika kamu mempunyau endometrioma atau ‘chocolate cysts’ pada ovari – seperti saya.
“Saya faham, seorang pesakit endometriosis akan berdepan keadaan sukar apabila kesakitan mereka tidak dapat didiagnos,” tambah Olivia yang kini kerap memuat naik mesej kesedaran kepada perempuan muda di luar sana yang berdepan dengan endometriosis.
*
Susah sebenarnya jadi perempuan ni, but there is a solution to everything girls.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.