Inpirasi

G-Dragon Sumbang HKD1 Juta Untuk Pemulihan Tragedi Kebakaran Hong Kong

Share

Baru-baru ini, bintang K-Pop terkenal, G-Dragon mencuri perhatian apabila tampil sebagai figura selebriti pertama yang menghulurkan sumbangan sebanyak 1 juta Hong Kong Dolar (kira-kira 188 juta Korea Won) bagi membantu mangsa tragedi kebakaran Wang Fuk Court di Hong Kong.

Difahamkan, sumbangan tersebut disampaikan melalui Tabung Sokongan Wang Fuk Court, dana rasmi kerajaan Hong Kong untuk usaha pemulihan bencana dan dibuat atas permintaan khusus agar ia disalurkan kepada pasukan bomba, petugas penyelamat dan first responders yang bertungkus-lumus mengawal kebakaran yang berlaku pada 26 November lalu. 

Menurut agensi pengurusan G-Dragon atau pemilik nama sebenar Kwon Ji Yong (37), Galaxy Corporation berkata, tujuan utama bantuan tersebut adalah bagi menyokong pemulihan emosi komuniti Hong Kong terutama bagi mereka yang berada di barisan hadapan ketika operasi menyelamat.

Kredit foto: G-Dragon
Kredit foto: G-Dragon
Tragedi kebakaran di Hong Kong

Pada masa yang sama, Just Peace Foundation, organisasi yang dipengerusikan secara kehormat oleh G-Dragon, turut merancang bekerjasama dengan pihak tempatan untuk menyediakan sokongan psikologi kepada semua anggota penyelamat.

Sementara itu, beberapa nama besar industri seperti Super Junior,  (G)I-dle, ESPA, IVE, Boynextdoor, EXO ChenBaekXi, Tours dan penganjur anugerah muzik MAMA Awards 2025, CJ Group turut memberi sumbangan kepada tabung bantuan tersebut.

Walaupun acara tersebut diteruskan selepas pertimbangan mendalam, MAMA Awards 2025 dimulakan dengan detik mengheningkan sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi. Para tetamu serta penghibur di Stadium Kai Tak hadir dengan reben hitam dan pakaian bernada gelap sebagai simbol solidariti, manakala beberapa segmen persembahan turut dibatalkan demi menghormati suasana berkabung rasmi di Hong Kong.

Kredit foto: G-Dragon
Kredit foto: G-Dragon

Di tengah suasana yang lebih suram daripada kebiasaan, G-Dragon muncul sebagai penerima utama dengan kemenangan Artist of the Year, yang disampaikan oleh legenda Hong Kong, Chow Yun Fat. Penghargaan itu menandakan pencapaian penting buat ketua kumpulan Big Bang itu, yang kini sedang sibuk dengan siri jelajah dunia Ubermensch.

Dalam ucapan kemenangannya, G-Dragon menzahirkan penghargaan buat peminat Big Bang, yang dikenali sebagai VIP.

“Saya sangat berterima kasih kepada VIP dan semua peminat. Saya sayang kamu semua. Tahun depan menandakan ulang tahun ke-20 kumpulan kami, dan saya akan datang keluar dan berparti dengan kawan-kawan saya supaya saya tak sunyi. Jumpa tahun depan,” ucapnya di pentas.

Tragedi kebakaran di Hong Kong

Sekadar info, kebakaran di pangsapuri 32 tingkat itu merebak selama lebih 43 jam melibatkan tujuh bangunan, menjadikannya antara tragedi paling buruk dalam sejarah moden Hong Kong dengan sekurang-kurangnya 128 korban dan 200 lagi masih hilang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE