Terbaru, bintang sensasi K-Pop, G-Dragon mengejutkan peminat apabila mendedahkan bahawa beliau pernah tidur selama tiga hari berturut-turut sehingga menyebabkan pengurusnya terpaksa memeriksa sama ada beliau masih hidup.
Menerusi sebuah rancangan di Youtube ‘Yongtaro’ yang dikendalikan oleh pelawak terkenal Korea Selatan, Lee Yong Jin, G-Dragon muncul sebagai tetamu jemputan istimewa dimana beliau diwawancara dan beberapa kad ramalannya dibaca.
G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong (37) semasa sesi tersebut membincangkan tentang ramalan umum untuk tahun 2025.
“Tahun ini akan ada banyak perkara yang berlaku serentak, seperti Good Day dan projek-projek lain,” katanya sambil menunjukkan raut wajah yang gelisah.
Selepas menarik satu kad, Yong Jin menafsirkan,
Ads
“Bila awak dah curahkan tenaga sepenuh hati, awak perlu ambil masa yang cukup untuk berehat”
Pelantun lagu Home Sweet Home dan Power itu terus bersetuju sambil berkata, “saya sudah mengambil rehat selama tujuh tahun.”
Dalam pada itu, G-Dragon menceritakan satu kejadian di mana pengurusnya selalu memeriksa dirinya semasa tidur.
Ads
“Pengurus saya selalu masuk dan menyentuh hidung saya untuk pastikan jika saya masih bernafas,” katanya, meniru tindakan itu.
Yong Jin yang ketawa mendengar kisah itu menjawab, “Oh, untuk lihat jika awak masih hidup atau sudah mati? Kalau tidur tiga hari berturut-turut, memanglah mereka kena periksa”
Penyanyi rap itu turut ditanya sama ada beliau tidak makan langsung semasa tidur dalam jangka waktu yang lama dan G-Dragon menjawab,
Ads
“Saya kalau tidur, saya tak pergi tandas atau minum air pun”
Mendengar itu, Yong Jin berseloroh, “Masa tu awak pakai lampin ke? Tak masuk akal langsung,” telah menyebabkan G-Dragon tergelak besar.
Sementara itu, Yong Jin yang juga berkongsi tabiat tidurnya, berkata, “Saya faham sangat. Saya pun tidur dengan lena. Bila saya tidur, saya tidur sekurang-kurangnya 10 jam.”
G-Dragon bersetuju dan menjelaskan, “Saya pun sama tapi itu sebab saya berjaga sepanjang malam bekerja, jadi jadual tidur saya selalu terbalik.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop terkenal, Felix dari kumpulan popular Stray Kids baru-baru ini menyentuh hati para peminat apabila memilih untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-25 dengan penuh makna dengan mendermakan sebanyak 200 juta Won Korea (kira-kira RM700,000) kepada beberapa badan kebajikan antarabangsa dan tempatan.
Memetik laporan media Korea Selatan, sumbangan tersebut diagihkan kepada tiga organisasi berbeza iaitu 100 juta Won Korea kepada Samsung Medical Center untuk membantu kos rawatan pesakit kanak-kanak, 50 juta Won Korea kepada UNICEF bagi projek air bersih dan nutrisi di Laos, serta 50 juta Won Korea kepada World Vision untuk program sokongan kanak-kanak.
Menurut Felix atau nama sebenarnya Lee Yong Bok mengakui beliau sangat terharu kerana dapat berkongsi kasih sayang yang selama ini diterima daripada peminat melalui kerja amal.
“Berkat cinta yang tak pernah berhenti dari para peminat, saya sangat tersentuh dan merasa terhormat dapat mengambil bahagian dalam berkongsi demi masa depan cerah anak-anak, baik di Korea maupun di luar negara. Saya sungguh berharap mereka semua dapat bermimpi dengan bebas,” katanya.
Dalam pada itu, apa yang lebih menarik, ini bukan kali pertama Felix menyambut ulang tahun dengan cara seperti ini. Pada tahun lalu, beliau juga membuat sumbangan kepada UNICEF dan World Vision di mana hal ini telah menjadi salah satu tradisi hari lahirnya agar lebih bermakna.
Selain itu, pelantun lagu ‘Unfair’ dan ‘Deep end’ ini pernah beberapa kali menyumbang kepada UNICEF dengan jumlah keseluruhan 150 juta Won Korea bagi membantu kanak-kanak di Laos yang berdepan masalah kekurangan zat makanan serta isu air bersih. Malah, beliau sendiri sempat turun padang untuk melawat lokasi projek tersebut di Laos.
Bukan itu sahaja, pada Februari 2023 Felix menyumbang dalam usaha bantuan kecemasan untuk mangsa gempa bumi di Turki dan Syria. Penyanyi rap ini juga terlibat dalam projek sokongan kanak-kanak di Korea pada September 2024, serta menyokong misi pemulihan pasca kebakaran hutan di Gyeongnam dan Gyeongbuk pada April 2025.
Sementara itu, di media sosial pula, sikap dermawan Felix membuatkan ramai pihak terutamanya peminat kagum kerana beliau membuktikan populariti boleh digunakan untuk membawa perubahan positif, bukan sekadar di pentas hiburan tetapi juga dalam kehidupan sebenar.
Untuk perkembangan terkini, Stray Kids kini sibuk membuat persiapan persembahan encore jelajah dunia mereka ‘dominATE’ yang dijadualkan berlangsung di Stadium Incheon Asiad pada 18 dan 19 Oktober ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Bio-essence memperkenal Bio-Water Toning Water dengan kolaborasi bersama kumpulan yang sedang meningkat naik Dolla, yang mampu menyuntik tenaga segar dan dinamik ke dalam jenama ini.
Dolla yang terkenal dengan muzik pop mencerminkan keyakinan dan sentiasa segar persis Bio-Water Toning Water yang menjanjikan kulit kekal cerah, segar dan lembap.
Melalui kerjasama ini juga Dolla dan Bio-essence berharap ia dapat memberi inspirasi kepada peminat dan para pengguna untuk sentiasa yakin dengan kecantikan semulajadi dan mampu memiliki kulit yang sihat.
Dolla yang juga hadir di acara pelancaran Bio-Water Toning Water di IOI City Mall pada 6 Julai lalu juga sempat meluangkan masa bersama peminat mereka, iDolla dengan bermain beberapa permainan di atas pentas.
Untuk pengetahuan, Dolla juga bakal mengadakan konsert sulungnya pada 3 Ogos ini yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur dan antara tips daripada Dolla untuk sentiasa Watch Me Glow dan nampak fresh and hydrated walaupun sentiasa sibuk dengan aktiviti adalah dengan menggunakan Bio-Water Toning Water tau!
Sekadar info, Bio-Water Toning Water ini merupakan formula terbaru mengandungi Bio Energy Complex, yang membantu memperbaiki dan menyegarkan kulit dengan meningkatkan penyerapan oksigen, memberikan keaktifan dan tenaga kepada kulit.
Jadi, kalau anda nak sentiasa nampak segar macam Dolla, bolehlah cuba tips yang mudah yang dikongsi mereka tu!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dua menjak ini, banyak isu yang menyebabkan netizen berang mempersoal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikalangan selebriti, ahli politik, instafamous dan sebagainya. Bagi masyarakat, golongan ini sepatutnya menunjukkan kelakuan yang baik agar dapat dijadikan contoh kepada masyarakat. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Baru-baru ini, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra dengan sapaan Budak Ijat menerusi perkongsian di Instagram berkongsi dan menempelak sebahagian masyarakat yang didakwanya hipokrit kerana hanya pandai memaki dan mencerca golongan ‘kayangan’ melanggar SOP, sedangkan sebahagian dari mereka sendiri juga berbuat demikian.
“Kita adalah sebahagian masyarakat yang hipokrit. Kalau artis, selebriti, ahli politik, instafamous langgar SOP, sampai ke lubang cacing kita dok kutuk, maki dan cerca. Tapi bila kita yang buat? Apooo!
“Kalau macam ini punya ramai manusia, dah rupa macam ulat taik. Jangan mimpi SOP akan terjaga, memang taklah,” katanya merujuk pada video yang dikongsikan.
“Kalau ikutkan rasa kecewa saya ini, saya sebenarnya setuju sangat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan semula, no mercy.
“Baiklah kerajaan bertegas, tiada gunanya kalau ada perintah darurat jika rakyat masih tidak faham akan realiti sebenar. Rakyat kita tamak, mereka nak kerajaan faham akan kesusahan mereka gara-gara pandemik. Tetapi apabila kerajaan cuba memberi kelonggaran seperti ini, inilah balasan yang kerajaan dapat.
“So tutup sajalah segala bazaar bagai itu. No wedding, no gathering, no raya, no merentas daerah atau negeri. Even no shooting! Buat macam Wuhan terus. Kurung kita semua yang degil ini.
“Sakit memang sakit tetapi kalau dah degil sangat, itu saja ubatnya. Atau mungkin kerajaan buat semula restriction broder bagai. No PKP, no SOP, no social distancing, no vaccination program. Biar diorang semua kena Covid.
“Kalau terkena Covid, lantakkan saja diorang macam tu saja. Frontliner tak payah buat apa-apa. Paling-paling bagi saja panadol. Nak mati ke, nak hidup ke lepas tu suka hati dioranglah. Makin dilarang, makin dipesan makin bodoh jadinya. Seorang-seorang tak bersalah.
“Kita ingat kita ini kebal ke? Kita tak terfikir ke disebabkan kedegilan kita selang dua minggu dari sekarang akan ada yang mati kerana Covid? Mungkin parents kita, mungkin anak kita atau silap-silap kita sendiri yang mati hanya kerana kemaruk nak berbazaar ramadan. Sia-sia saja mati disebabkan kedegilan kita. Our ignorance.
“Sorry, saya give up dah dengan perangai orang kita. Lantak koranglah kalau nak mampos kerana Covid sekalipun. Aku dah tak nak rasa kesian lagi dah. Tahun lepas tak ada bazaar elok je hidup kita. Boleh juga beraya, boleh pula kita shopping online. Tahun ini dah tak boleh? Dah tak reti nak practicekan new norma?” katanya.
Malah kenyataan Shahrulezad itu turut disokong oleh kebanyakan pengikut instagramnya termasuk rakan-rakan artis sendiri seperti Rita Rudaini dan Nad Zainal.
Sumber: Instagram Shahrulezad Mohameddin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!