Ikon popular K-Pop, G-Dragon baru-baru ini membuktikan kekuatan pengaruh luar biasanya apabila berjaya menarik kehadiran seramai 65,000 penonton ke persembahannya di acara Formula 1 (F1) Singapore Grand Prix 2025 di mana angka itu dilaporkan mencatat rekod terbaru dalam sejarah kejohanan berprestij berkenaan.
Menurut laporan media antarabangsa, persembahan istimewa yang berlangsung pada 3 Oktober di pentas Padang Stage, Marina Bay Street Circuit, Singapura itu merupakan sebahagian daripada siri persembahan tahunan F1 Singapore Grand Prix sinonim sebagai festival global dan ikon sukan permotoran.
Untuk tahun ini, dua nama bintang hebat dunia hiburan, G-Dragon dan Elton John diumumkan sebagai artis utama yang menghangatkan suasana malam perlumbaan. Pengumuman itu sudah cukup untuk mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat di seluruh rantau Asia Tenggara.
Ads
Dalam pada itu, kemunculan G-Dragon atau pemilik nama sebenar Kwon Jiyong kali ini menandakan kepulangannya ke pentas Singapura selepas lapan tahun. Kali terakhir beliau mengadakan konsert di sana ialah ketika jelajah dunia keduanya pada 2017.
Sejak khabar kemunculan pelantun lagu ‘Heartbreaker’ itu tersebar, para peminat khususnya VIP mula membanjiri media sosial dengan rasa keterujaan dan pada malam persembahan, kehadiran penonton yang mencecah 65,000 orang membuktikan kekuatan pengaruh ‘King of K-Pop’ tersebut.
Beliau memukau penonton dengan rangkaian lagu terbarunya seperti ‘PO₩ER’, ‘HOME SWEET HOME’ dan ‘TOO BAD’, selain itu deretan lagu hit seperti ‘MichiGO’, ‘One of a Kind’ dan ‘Crayon’ juga dipersembahkan selama lebih 90 minit dengan persembahan bertenaga dan profesional, menjadikan malam itu satu kenangan luar biasa buat semua yang hadir
Ads
Sementara itu, penampilan G-Dragon turut menjadi bualan hangat apabila beliau tampil dengan tiga gaya berbeza sepanjang konsert. Di segmen pertama, beliau mengenakan gaya bertemakan perlumbaan dengan jaket kulit berhias logo ‘Übermensch’ dan padanan seluar kulit serta but hitam, menyerlahkan aura maskulin dan berkuasa.
Bagi segmen kedua pula, ketua kumpulan BIGBANG itu tampil dalam sut merah menyala yang menyerlahkan persona visual uniknya, sementara segmen terakhir pula menyaksikan gabungan gaya kitsch dan dandy dengan sentuhan bendera corak papan dam F1, menjadikan keseluruhan persembahan tampak lebih artistik dan imersif.
Untuk perkembangan terkini, G-Dragon kini sedang giat menjayakan jelajah dunia ketiganya yang dinamakan ‘Übermensch’, sekaligus menandakan fasa baharu dalam kerjayanya sebagai ikon global muzik dan fesyen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal Malaysia, Siti Sarah Raissuddin, 36, telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi akibat jangkitan Covid-19.
Allahyarhamah yang dikejarkan ke hospital, Rabu lalu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos 2021 (Isnin) jam 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Isteri kepada pelawak, pelakon dan usahawan, Shuib itu terlebih dahulu selamat melahirkan bayi lelaki pra-matang yang diberikan nama Ayash Affan pada petang Jumaat lalu menerusi pembedahan tanpa sedar.
Bagaimanapun, paras oksigennya menunjukkan ketidak stabilan. Ia jatuh hingga 40 peratus pada malam tersebut dan kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi hinggakan ke 85 peratus semalam.
Pada majlis bacaan yasin yang dilakukan secara maya pada Ahad malam pula, Shuib memberitahu bahawa paras oksigen isterinya itu kembali jatuh hingga ke tahap 30 peratus.
Terdahulu pada 27 Julai 2021 menerusi hantaran di Instagram, arwah ada memberitahu kepada umum bahawa pembantu rumahnya terlebih dahulu telah disahkan positif.
Justeru, seluruh ahli keluarganya termasuklah tiga orang anak mereka melakukan ujian calitan sebelum disahkan positif. Shuib dan anak-anaknya kemudian disahkan negatif selepas menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.
Takziah Remaja ucapkan kepada seluruh keluarga Siti Sarah atas pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala amal kebaikan diterima oleh-Nya.
Sumber: Media Hiburan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pembedahan bariatrik adalah rawatan klinikal untuk mengatasi masalah obesiti. Malah. obesiti adalah antara masalah kesihatan yang banyak berlaku di kalangan rakyat Malaysia dan dunia. Namun, ia hanya sesuai dilakukan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.
Penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw juga turut melakukan keadah ini dan muncul dengan penampilan barunya; lebih langsing dan sihat berbanding sebelum ini. Perubahan bentuk badannya itu dikatakan selepas menjalani pembedahan bariatrik.
Sebelum menjalani pembedahan, Melly telah mengikuti program diet dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25kg; dan masih mempunyai sekitar 35kg untuk diturunkan lagi. Ini kerana berat badannya masih berada dalam kategori obesiti atau berlebihan.
Dan disebabkan oleh itu, Melly mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik bagi menurunkan berat badan selebihnya.
Foto Via Instagram Melly Goeslaw
Menurut Public Health Malaysia, pembedahan ini bukan sebagai pembedahan kosmetik, fungsi utamanya bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punya pelbagai penyakit kronik.
Sekadar info, pembedahan bariatrik ini membantu penurunan berat badan individu berkenaan dengan mengubah cara sistem pencernaannya. Dan untuk lakukan pembedahan ini, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan seperti;
Gastric bypass – Kantung kecil di atas perut akan dibuat untuk pisahkan dari bahagian perut lain dan usus kecil akan disambung bersamanya; jumlah makanan dan penyerapan kalori akan dihadkan.
Doudenal switch – Kantung berbentuk tiub dicipta di seluruh bahagian perut dan sebahagian besar usus kecil untuk kawal jumlah makanan ditampung oleh perut.
Sleeve gastrectomy – Pengalihan perut hampir 80% menjadikan perut menjadi lebih kecil dan hormon ghrelin dikeluarkan untuk kawal selera makan.
Gastric band adjustment – Band akan diletakkan di atas perut untuk hasilkan kantung yang kecil dan saiznya akan berkurang dari semasa ke semasa.
Ingat, pembedahan ini bukan ska-suka boleh dibuat. Ada kriteria perubatan yang tertentu, dipantau oleh doktor.
Sebelum ini, antara selebriti negara kita yang pernah menjalani pembedahan bariatric termasuklah juga Chef Zam, Syanie dan Rahim Sepahtu, Abby Abadi, penyanyi terkenal tanah air, Aishah dan pengarah Michael Ang juga juga telah menunjukkan perubahan positif setelah berjaya menurunkan berat badan dengan agak ketara.
Apa-apapun, Melly memang nampak awet muda dengan kejayaan pembedahan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terasa begitu pantas masa berlalu, seperti baru sahaja kita menyempurnakan sahur pertama di bulan Ramadan, kini Syawal pula menjelma. Sedar tak sedar sudah hari ke tiga kita menyambut Aidilfitri .
Walaupun beraya di musim PKPB akibat Covid19, namun kemeriahannya tetap dirasai!
Namun kekeliruan mula timbul apabila ada yang menggabungkan niat puasa enam serentak dengan puasa ganti (qada). Banyak hujah dan persoalan yang berlegar terutamanya di media sosial mengenai perkara ini. Justeru, kami memetik semula penjelasan terkini (Jun 2019) dari Mufti Wilayah Persekutuan tentang isu ini.
Menerusi rakaman dari berita RTM , Mufti Wilayah Persekutuan juga turut menjelaskan terdapat dua pandangan ulama di mana yang pertama terdapat pandangan puasa sunat enam dan puasa ganti hendaklah diasingkan. Ada pula pendapat kedua menyatakan hukum menggabungkan niat puasa ganti dan puasa sunat enam dibolehkan.
Melihat pandangan yang berbeza pastinya ramai antara kita menjadi ragu-ragu untuk melakukan amal ibadah ini bukan.
Jika dilihat di umat Islam di Malaysia cenderung mengikuti Mazhab Imam Syafie, justeru itu mengikuti pandangan dari Imam Syafie dimana amal ibadat puasa sunat enam dan puasa ganti dilakukan secara berasingan.
Kenali Apa Itu Puasa Sunat Enam
Puasa sunat enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal. Selain itu, puasa sunat enam ini juga boleh dikerjakan secara berselang-seli dalam bulan Syawal.
Untuk pengetahuan semua sebenarnya besar fadhilat serta ganjaran mengerjakan puasa sunat enam ini. Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu’anhu, beliau telah berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun” – Hadis riwayat Imam Muslim
Cara niat puasa sunat enam
.
“Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari syawal kerana Allah Taala”
So,kesimpulannya lebih afdal kita lakukan puasa sunat enam dan puasa ganti secara berasing, jom puasa sunat enam Syawal esok!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...