Fuh! Pengalaman Kucaimars Kena Game Dengan Ex-GF Jadi Idea Klip Video Barunya

Share

 

Okay, klip video ni memang akan buat ‘si dia’ sentap!

 

Rasanya, masih jelas di minda semua orang akan persamaan yang wujud di antara kisah ‘pelamin anganku musnah’ Sufian Suhaimi dan juga persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 yang lalu. Walaupun Sufian menafikan kaitan di antara kedua-duanya, namun ramai yang beranggapan sukar untuk ia dilihat sebagai satu kebetulan.

BACA: “Idea Asal Dari Saya Tapi..” Sufian Suhaimi Jawab Isu Pelamin

Hhm, tak apalah itu cerita Sufian. Dia pun telah keluarkan kenyataan nafi.

On the other hand, seorang lagi penyanyi baru yang kian meningkat populariti iaitu Kucaimars pula mengiyakan persamaan antara klip video untuk single debutnya ‘Jawab’ dan kisah peribadinya.

Err, kisah kena game dengan ex-girlfriend! 

Instagram

Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi adalah antara penyanyi yang mula menyertai pasukan BBNU lain yang mudah didekati oleh para peminat mereka.

Bermula sebagai seorang pelantun lagu cover di media sosial bermula awal 2018, Kucai diterima baik oleh followers

-nya di media sosial sehinggalah dia kini muncul dengan single ‘Jawab’.

Menariknya, dengar cerita klip video yang bakal dilancarkan pada 21 Februari ini ada kena mengena dengan kisah peribadi ditinggalkan oleh ex-girlfriend.

“Biasalah, hubungan kami berakhir kerana wujud kecurangan dengan orang lain. Pada mulanya bila saya sendiri melihat keakraban mereka di depan mata, memanglah frust. Tapi nak buat macam mana, dia sendiri yang dah move on terlebih dulu di belakang saya.

“Mungkin ia terjadi selepas komunikasi kami mulai renggang. Jadi itu yang buatkan dia cari yang lain..,” kata Kucai sewaktu penggambaran untuk majalah REMAJA isu April 2019.

BACA: Korang Syak Dia Curang? Perhatikan 5 Petanda Besar Ni

Instagram

Tak apalah Kucai, ramai lagi perempuan di luar sana yang berebut nak, eh!

Hehe, tak sabar nak tonton klip video tersebut seminggu dari sekarang. Sementara tu, jom tonton 5 Love Songs daripada Kucaimars untuk korang!

 

 

IKLAN