Sekitar dua tahun lalu, penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto yang memperlihat tubuh badannya yang semakin susut berbanding dahulu.
Penyanyi lagu popular Awan Nano itu bagaimanapun membidas semula dengan tenang komen segelintir warganet berkaitan tubuh badannya, selain berkongsi dirinya berada dalam keadaan baik serta sudah menjalani pemeriksaan kesihatan.
Terbaharu, Hafiz sekali lagi meraih perhatian di kalangan peminatnya apabila ada memuat naik hantaran di Instagram miliknya, sewaktu menjalani latihan kecergasan di gimnasium.
Menerusi hantaran tersebut, dia berkongsi gambar sedang melakukan aktiviti kecergasan sekali gus ‘memadam’ dakwaan segelintir pihak dirinya terlibat dengan aktiviti tidak sihat.
Hafiz turut mempamerkan bentuk badannya yang berotot, hasil daripada menjalani latihan di gimnasium bersama jurulatihnya.
Ads
“Saja nak kongsi gambar yang aku ambil dalam Facebook jurulatih aku. Nak kurus kena usaha, bukan sekadar ‘berjakok’ (bercakap) dalam media sosial, menyebar fitnah secara tidak sedar,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Ombak Rindu itu turut berkongsi dirinya lebih selesa untuk menyimpan segala kesakitan dan kepahitan yang dialami tanpa meraih simpati daripada sesiapa.
“Aku bukan seorang yang megah dengan apa yang aku ada. Syukur atas apa yang Allah SWT beri.
Ads
“Kesakitan atau pahit yang dialami usah diraih simpati, bahkan berdiam diri dan bersembunyi. Biar kebaikan dan manis saja disaji,” coretnya lagi.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat turut memberikan semangat buat penyanyi berusia 33 tahun berkenaan. Selain itu, ada juga yang merindui nyanyian daripada Hafiz.
Ads
“Steady @hafizsuip… move on… get going.. dont stop.. life goes on...” komen seorang pengikutnya.
“Alhamdulillah… Hafiz dah kembali bersemangat dan sembuh… kalau tak risau tengok jadi kurus sangat hari itu,” komen juga seorang peminat.
“Piz.. Tolong buat comeback… Aku rindu suara merdu kau di corong-corong radio.. Yang aku ingin sangat kau duet dengan Aina Abdul,” tulis pengikut lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebuah hantaran teman lelaki bintang popular, Raysha Rizrose, iaitu Nabil Jeffri di aplikasi TikTok miliknya baru-baru ini telah meraih perhatian warganet.
Bukan itu sahaja, perkongsian klip video tersebut juga menimbulkan pelbagai persoalan para netizen, apabila kelihatan pasangan merpati dua sejoli itu sedang membeli-belah di beberapa premis jenama terkemuka, di ibu kota.
Menerusi video pendek itu turut kelihatan pelumba kereta Formula 3 itu merakam momen teman wanitanya yang sedang memilih beg tangan, kasut, jam tangan, minyak wangi dan sebagainya.
Meskipun tidak memberitahu secara terperinci apakah tujuan mereka ke sana, namun kapsyen ringkas ‘Counting Days‘ yang ditulis Nabil di TikTok seolah-olah memberi bayangan bahawa mereka sedang membeli barang hantaran sebagai persiapan sempena majlis perkahwinan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa gembira dengan berita tersebut selain akui tidak sabar menunggu hari bahagia pasangan tersebut.
“Wah, beli barang hantaran ke, tak sabarnya nak tengok. Tahniah,” komen seorang pengguna.
“Can’t wait for it… congrats bro,” tulis juga pengguna lain.
“Shopping hantaran ke tu?,” komen ringkas seorang netizen.
Sekadar informasi, juara Dewi Remaja 2014/2015 itu sudah hampir 11 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Nabil Jeffri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tak sangka sudah setahun Nabil Aqil muncuk dalam Pencarian Herio Remaja pada tahun lalu. Pejam celik, dia kini sudah mula mengukir nama menjadi salah seorang aktor baru yang paling mendapat perhatian.
Ketika sesi uji bakat dahulu dia merupakan antara calon yang paling menarik perhatian REMAJA dan juga juri. Sehingga ada daripada kami yang menggelarnya, ‘Fattah Amin Junior’.
Dan baru-baru ini dia muncul sebagai antara salah seorang pelakon utama dalam drama ‘Striker Hati Ayah’ di samping pelakon komedi legenda Saiful Apek dan seorang lagi pelakon muda berbakat, Adam Lee.
Sepanjang pertandingan dijalankan dulu dia merupakan peserta paling popular di kalangan follower Instagram Pencarian Hero Remaja sehingga menobatkannya sebagai Hero Favourite. Dikenali ramai di kalangan follower sebagai seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan berjenaka bersama rakan-rakan, Nabil kini semakin serius dalam dunia lakonan.
“Saya bersyukur sangat kerana menyertai Hero Remaja dahulu. Platform yang disediakan kepada saya itu memang telah banyak membuka jalan untuk karier saya dalam industri seni. Setakat ini, Alhamdullilah tawaran berlakon memang tidak putus apatah lagi dengan pengurusan saya Rocketfuel Entertainment sentiasa berusaha mengembangkan karier saya,” jelas Nabil.
Transformasinya menjadi seorang pelakon yang semakin dikenali juga merupakan satu perubahan yang cukup besar dalam hidupnya. Jika dulu dia bebas untuk ke mana sahaja, kini setiap gerak-gerinya diperhatikan peminat. Disebabkan itu juga Nabil sekarang memilih untuk memakai topi bila keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya tidak kisah jika didekati oleh peminat. Mula-mula dulu rasa terkejut jugalah sebab ramai orang kenal. Tapi kini saya sudah biasakan diri. Tanpa peminat siapalah artis sebab itu saya kena pandai jaga hati mereka. Peminat saya pun ramai terdiri daripada remaja perempuan dan mereka mudah mendekati saya mungkin disebabkan personaliti saya yang happy go lucky dalam Instagram,” tambah Nabil lagi.
Ikuti temu bual eksklusif bersama Nabil Aqil dalam majalah REMAJA isu JULAI yang kini berada di pasaran!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi kebanyakan daripada kita yang merupakan 90’s kids, Happy Meal adalah satu hidangan wajib setiap kali ke restoran McDonald’s.
Fine, kadangkala bukan disebabkan makanan pun yang mengujakan kita tetapi disebabkan permainan yang ditawarkan pada setiap bulan!
Set ikonik ini telahpun berada di pasaran selama 40 tahun. Jadi sempena ulang tahun istimewanya pada 28 November ini, kita di Malaysia boleh mendapatkan permainan Happy Meals dari era 90-an untuk dijadikan koleksi edisi terhad serta untuk mengembalikan nostalgia.
Jom tengok beberapa mainan yang kita rindukan dari zaman kanak-kanak. inilah antara 14 permainan Happy Meals yang wajib korang dapatkan.
1990
GRIMACE
1991
DINO HAPPY MEAL BOX CHANGEABLE
1993
HOT WHEELS THUNDERBIRD
1995
HAMBURGLAR
1996
SPACE JAM BUGS BUNNY
1998
TAMAGOTCHI
1998
MY LITTLE PONY
1999
FURBY
*
Itu baru daripada era 90-an. Kami juga menyukai permainan era 80-an seperti koleksi McNugget, Hamburger (1989) dan Hello Kitty dari tahun 2013 ini.
Ingat, stok adalah terhad. Jadi first come first serve okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!