[FOTO] Penduduk Dunia Terkejut Pemandangan Indah Salji Di Arab Saudi & Gurun Sahara

Share

 

Sekali lagi seperti dua tahun lalu, kejadian salji turun di Arab Saudi telah mula berlaku pada tahun 2021, lapor portal berita MailOnline pada hari ini.

Walaupun ini bukanlah untuk kali pertama, namun penduduk dunia masih terkejut melihat fenomena tersebut pada bulan Januari ini.

Untuk pengetahuan, Arab Saudi mencatatkan suhu serendah -2 darjah Celcius pada hari ini berikutan cuaca sejuk dan fenomena salji di wilayah Asir, Arab Saudi.

Portal watchernews melaporkan salji telahpun mulai turun sejak 10 Januari lalu. Di bandaraya Riyadh pula, ia lebih normal pada suhu 14 darjah Celcius diikuti dengan suhu 21 darjah Celcius di Jeddah.

ARTIKEL BERKAITAN[FOTO] Iklim Dunia Semakin Pelik, Dubai UAE Pula Diselaputi Salji – REMAJA

Sedikit mengejutkan pada tahun ini apabila satu lagi kawasan yang tidak disangka-sangka akan menyaksikan salji turun di sana telahpun mengalaminya sejak Rabu minggu lalu.

Kawasan yang dimaksudkan ialah di pergunungan Atlas, gurun Sahara yang terletak berdekatan dengan sempadan Maghrib.

Beberapa foto di kawasan yang dikenali sebagai Ain Sefra iitu menunjukkan sekumpulan unta serta kambing gurun yang diliiputi salji dan berada di bawah suhu -3 Celcius.

Ain Sefra juga dikenali sebagai The Gateway to the Desert, kira-kira 1,000 metres (3.280 kaki) dari paras laut dan dikeliling oleh pergunungan Atlas. Sumber Foto: DailyMail.

Foto indah ini dirakamkan oleh Karim Bouchetata. Sumber Foto: DailyMail.

Sumber Foto: DailyMail.

Menurut laporan media di sana, Ain Sefra pernah juga diliputi salji pada tahun 2017 dan 2018 namun fenomena tersebut tidak terlalu ‘hangat’ diperkatakan seperti kejadian di Arab Saudi. Kebiasaannya, suhu di sana adalah pada 12 darjah Celcius pada musim sejuk dan boleh meningkat sehingga 40 darjah Celcisu pada musim panas.

Sumber Foto: DailyMail.

Sumber Foto: DailyMail.

IKLAN