[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat

Share

 

Setelah kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat di zon berstatus hijau telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan minggu ini, beberapa masjid di kampus Institut Pengajian Tinggi seluruh negara mula menerima kunjungan jemaah secara perlahan-lahan, sebentar tadi.

Walaupun kapasiti jemaah yang dibenarkan hanyalah satu pertiga daripada kapasiti penuh, namun jemaah rata-rata meluahkan rasa syukur mereka apabila tuntutan agama ke atas kaum lelaki yang memenuhi syarat itu mulai ditunaikan.

Bersesuaian dengan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang sedang berlangsung sekarang, jemaah perlu beratur mengikut marking yang ditetapkan untuk merekodkan suhu sebelum dibenarkan masuk.

Cara solat Jumaat ditunaikan juga berbeza daripada biasa apabila jemaah dijarakkan sejauh 1 meter di antara satu sama lain, selain diwajibkan memakai pelitup muka.

Setelah tamat sesi solat Jumaat, jemaah terus diminta bersurai secara tenang.

Jom lihat gambaran masjid di IPT tempatan terpilih yang dikongsikan oleh warganet.

 

Masjid Muhammad Al-Fateh
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

 

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah
Universiti Islam Antarabangsa Gombak

 

Masjid An-Nur
Universiti Teknologi Petronas Perak

 

Masjid Sayyidina Abu Bakar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

 

Pusat Islam UTMKL
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

 

Universiti Malaysia Pahang

*

Dalam pada itu, ada universiti yang perlu menangguh solat jumaat di masjid utama kampus memandangkan ia tidak termasuk dalam senarai masjid yang diperkenankan untuk mendirikan solat jumaat.

Antaranya termasuklah masjid di kampus Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Tak mengapalah.

Yang penting solat Jumaat perlahan-lahan ditunaikan selari dengan norma baharu di Malaysia, Alhamdulillah.

IKLAN