Tak percaya, jom intai foto bintang-bintang popular ini sewaktu bergelar si cilik.
Zaman ketika kanak-kanak merupakan tempoh membesar yang pasti tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja. Pelbagai perkara pahit dan manis berlaku sepanjang proses untuk mengenal dunia.
Seperti kamu, bintang k-pop juga pernah lalui zaman kanak-kanak atau remaja yang pastinya memberikan seribu satu kenangan dalam hidup mereka. Dan hari ini Remaja ingin kongsikan koleksi-koleksi foto throwback 10 selebriti Korea Selatan ketika mereka kanak-kanak atau remaja.
Jimin BTS
Dari pipi chubby dan bentuk bibirnya, dah tahu ini foto masa kecil Jimin BTS. Ehhh!
Chaeyoung TWICE
Somi
Baekhyun EXO
Ads
Hwang In-Yeop
Wajah pelakon kacak True Beauty ini dari kecil memang tidak berubah.
Jungkook BTS
Taeyon
Ads
Dari kecil sampai dewasa senyum Taeyon tak berubah? Tetap cute!
Nayeon TWICE
Pipi chubby Nayeon tu memang buat geram sampai sekarang.
Jooheon (MONSTA X)
Mata yang ‘hilang’ ketika ketawa memang cuma milik Jooheon.
TULAR di laman TikTok, seorang wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) telah berkongsi pengalaman bagaimana dia menjadi buta.
Dalam perkongsian melalui akaun @ilakamilah97, wanita itu menjelaskan bahawa dia masih boleh mengenal pasti kedudukan barang dan warna sewaktu kecil.
Mata Kabur Kerana Sering Bermain Di Luar
Walau bagaimanapun, ketika berumur kira-kira lima hingga enam tahun, penglihatannya mula kabur kerana sering bermain di luar yang akhirnya menyebabkan matanya kerap gatal.
“Seperti kanak-kanak lain yang gemar bermain di taman, begitu jugalah saya. Saya ini kasar sifatnya… jadi memang gemar bermain di luar.
“Apabila bermain di luar, habuk akan berterbangan dan masuk ke mata, menyebabkan ia menjadi gatal.
“Saya selalu menggosok-gosok mata saya, kemudian penglihatan saya mula kabur. Lama-kelamaan menjadi semakin gelap kerana dikatakan selaput mata sudah menutup biji mata.
“Saya suka menggosok dan menekan mata kerana rasa gatal,” katanya.
Bahaya Mengosok Mata
Memetik laman Hellodoktor, menggosok mata adalah tabiat buruk yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan risiko kesihatan pada mata.
Antaranya termasuklah:
Pengaruh terhadap Penglihatan
Tabiat menggosok mata boleh merosakkan penglihatan yang sebelumnya baik. Ini kerana menggosok boleh memecahkan saluran darah di mata, sehingga menyebabkan percikan darah.
Konjunktivitis
Tangan adalah tempat yang banyak mengandungi kuman. Jadi, apabila seseorang menggosok mata dengan tangan, kuman dengan cepat dipindahkan ke mata dan menyebabkan jangkitan.
Kerosakan pada Kornea
Jika terdapat objek asing yang terperangkap dalam mata, tabiat menggosok hanya akan memperburuk keadaan dan boleh merosakkan kornea.
Menggosok mata terlalu kerap juga boleh menyebabkan kornea menjadi semakin nipis, suatu keadaan yang dikenali sebagai keratoconus yang mengganggu penglihatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia baru-baru ini kembali menjadi tumpuan apabila turun beraksi di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 yang akan berlangsung di Adidas Arena, Paris bermula hari ini. Apa yang lebih mengagumkan, kemunculan semula pemain berusia 27 tahun itu dinanti-nantikan selepas berehat panjang akibat kecederaan buku lali sejak Mac lalu.
Menurut perkongsian Team LZJ di laman Instagram, Zii Jia tidak mahu meletakkan tekanan besar ke atas dirinya dalam kejohanan kali ini.
“Sudah agak lama dan Kejohanan Dunia akan menjadi kejohanan pertama saya selepas berehat panjang”
“Saya tidak mahu meletakkan terlalu banyak tekanan pada diri sendiri. Saya hanya mahu menikmati kembali berada di gelanggang kompetitif dan yang paling penting, menamatkan kempen di Paris tanpa sebarang kecederaan,” katanya.
Kredit foto: IG Team LZJ
Pada masa yang sama, dalam satu pendedahan kepada BWF, pemain kesayangan negara itu mengakui tempoh lima bulan berehat memberi tamparan hebat bukan sahaja dari segi fizikal malah emosi.
“Sepanjang lima bulan itu, saya bukan sahaja berdepan kecederaan tetapi juga tekanan dan sudah tentu menghadapi sedikit kemurungan. Ini bukan sesuatu yang normal (berehat selama lima bulan),” ujarnya.
“Saya pernah berada dalam situasi, saya mahu berhenti bermain kerana semua kecederaan dan perkara yang membelenggu saya,” jelasnya lagi.
Mengakui berdepan cabaran mental, Zii Jia berkata beliau memilih untuk menjauhkan diri daripada media sosial dan dunia badminton buat sementara waktu. Sebaliknya, beliau menumpukan masa ‘perjalanan penyembuhan’ dengan aktiviti membaca, mengembara solo, terjun udara di Dubai serta melawat muzium seni di Abu Dhabi.
“Saya juga mengembara untuk segarkan fikiran. Saya agak obses dengan seni. Saya sedar melalui seni mampu mengekspresikan perasaan kita, bukan sahaja sisi indah tetapi kadangkala sisi gelap juga. Sebab itu saya kongsikan gambar-gambar tersebut,” tambah Zii Jia.
Terdahulu, pada Julai Zii Jia mencuri perhatian menerusi beberapa perkongsian gambar lukisan misteri di media sosialnya menimbulkan spekulasi mengenai keadaan emosinya ketika itu.
Kredit foto: IG Team LZJ
Kini, dengan semangat baharu, beliau berharap penampilan semula di Paris mampu membuka lembaran positif buat kariernya. Kejohanan Dunia ini bukan sahaja menjadi peluang untuk menguji ketahanan dirinya selepas kecederaan, malah platform penting untuk membina kembali keyakinan menjelang baki saingan musim ini.
Sekadar info, bekas juara All England 2021 itu sebelum ini dilanda kecederaan ketika beraksi di Jelajah Dunia Akhir pada Disember lalu. Kecederaan tersebut memaksanya menarik diri daripada beberapa siri kejohanan utama termasuk Terbuka Amerika Syarikat, Jepun dan China, selain tersingkir awal dalam kejohanan Masters Orleans dan All England pada Mac.
Untuk perkembangan terkini, bagi aksi pembukaan pemain kelahiran Alor Setar itu dijadualkan menentang wakil Korea Selatan, Jeon Hyuk-jin yang berada di ranking ke-38 dunia.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai seorang muslim, mandi wajib atau mandi junub merupakan perkara yang wajib diketahui dan dipelajari bagi membersihkan diri daripada hadas besar.
Namun, entah mana silapnya, ada di antara kita yang mengambil mudah mengenai hal ini kerana seakan sudah dimomokkan bahawa mandi wajib merupakan satu perbuatan yang renyah dan menyusahkan.
Tanggapan tersebut disangkal oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal dan menjelaskan bahawa mandi wajib merupakan rutin yang sangat mudah.
Menurut Ustaz Don, seseorang itu tidak perlu untuk ‘tunggang terbalik’ ketika mandi wajib. Sebaliknya, cukup sekadar meratakan air di seluruh anggota badan tanpa perlu merasa was-was.
“Pertama sekali kita kena ingat, mandi wajib ini kategori dan syaratnya bukan yakin. Dia tak macam wudhu’. Kalau wudhu’ kena yakin.
“Mandi wajib ini kena zon (sangkaan) sahaja. Kita sangka air itu kena bahagian tubuh badan. Macam itu sahaja,” katanya menerusi satu perkongsian video di laman Instagram Suria FM.
Lantaran itu, Ustaz Don berharap agar orang ramai tidak merumitkan lagi apa-apa perkara melibatkan mandi wajib selepas ini.
“Mandi wajib syaratnya bukan yakin. Kalau yakin, kita kena nampak. Sebagai contoh, bila kita ratakan air di bahagian tangan untuk ambil wudhu’, kita akan nampak perbuatan itu.
“Kalau kita mandi, bahagian belakang badan, macam mana nak tengok. Jenuhlah kita nak tengok cermin. Takkan bahagian bawah (kemaluan) pun kita nak letak cermin.
“Kita ratakan air di seluruh badan mengikut kemampuan tangan. Dah kena seluruh anggota, dah kira selesai. Jadi, tak payahlah nak mandi lama-lama. Laju saja mandi wajib ni.
“Tiadalah sampai nak kena terbang-terbang, merangkak atau bersilat,” jelasnya lagi.
Semoga pencerahan ini dapat menangkis segala stigma yang mengatakan mandi wajib itu rumit dah memakan masa.
Ingatlah, orang yang berhadas besar akan terhalang daripada melaksanakan ibadah fardhu seperti solat, berpuasa, dan bertawaf.
Malah, mereka juga diharamkam menyentuh Al-Quran dan membacanya.
Hadas besar boleh terangkat dengan mandi wajib. Jadi, buatlah dengan betul. ‘Simple’ sahaja, ikut cara yang telah diterangkan oleh Ustaz Don ini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Suria FM & Ustaz Don Daniyal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!