Ketegangan berhubung imej kaabah serta kawasan Masjid Al-Haram di Mekah dalam permainan Fortnite telah cuba diredakan oleh pengurusan permainan video multiplayer itu, minggu ini menerusi satu kenyataan balas di akaun Facebook Fortnite Timur Tengah.
Terdahulu, ketegangan bermula setelah Pusat Antarabangsa untuk Fatwa Elektronik di Universiti Al-Azhar, Mesir memberi peringatan agar pemain Fortnite terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam untuk berhati-hati setelah mendapati adanya struktur Kaabah dalam permainan video tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Permainan ‘Fortnite’ Ajak Pemain Hancurkan Kaabah? Universiti Al-Azhar Beri Peringatan – REMAJA

Ia dibimbangi akan mencetuskan konflik kepercayaan agama jika Kaabah dimasukkan ke dalam permainan bergenre sebegitu. Malah, ia boleh menyebabkan salah faham dan akan ada pihak beranggapan Fortnite sendiri yang memasukkan imej Kaabah itu.
Perkara tersebut telah dinafikan Fortnite Timur Tengah dalam satu kenyataan di Facebook rasmi mereka demi meredakan spekulasi.
“Fortnite ingin menjelaskan sesuatu mengenai isu penyalahgunaan rumah ibadat dalam permainan. Perkara (Kaabah) yang dimaksudkan adalah ‘island’ yang dicipta oleh pemain dalam creative mode. Island di sini merujuk kepada kawasan yang tidak boleh dihancurkan (dalam kes ini, Kaabah & Masjid AL-Haram).
“Kami ingin tegaskan bahawa syarikat kami menghormati semua agama dan bekerjasama dengan pencipta kandungan permainan bagi menyediakan pengalaman bermain yang selamat untuk semua orang,” catatnya pada 30 Jun lalu.

Tinjauan remaja terhadap peraturan pemain Fortnite di laman web Epic Games mendapati ada peraturan tentang kandungan-kandungan sensitif yang tidak boleh dicipta oleh pemain Fortnite.
Ia tertakluk dalam bahagian ‘Save Environment’ atau persekitaran permainan selamat, di mana:
“Pemain tidak dibenarkan untuk menyebar atau mempromosi kandungan haram termasuklah yang berbentuk gangguan (harassment), buli, serangan, perjudian, penyebaran dadah, penipuan, penggodaman dan cetak rompak. Fortnite juga tidak benarkan kandungan yang boleh mencetuskan perbalahan dan keganasan terhadap pihak lain.”
Dalam bahagian ‘Intolerance’ atau tiada toleransi pula, “Fortnite tidak mendiskriminasi sebarang kaum, tempat kelahiran, warna kulit, agama, jantina, orientasi seksual, warganegara atau sebarang kumpulan. Permainan ini dicipta bukan untuk menjatuhkan, meminggirkan atau melemahkan mana-mana individu atau kumpulan.”
Di samping itu, penciptaan Island juga tidak boleh bertujuan untuk menipu dan mengeksploitasi pemain lain. Ia juga tidak boleh disertakan teks, simbol atau imej tertentu.
*
Biarpun penjelasan Fortnite terhadap penyalahgunaan ‘kebebasan mencipta Island’ ini sedikit sebanyak telah meredakan spekulasi kononnya Fortnite yang mencipta struktur Kaabah tersebut, sebilangan pihak di ruang komen masih meminta pihak Fortnite mencari pemain yang menciptanya untuk dikenakan tindakan.
Sungguhpun ia tidak boleh dihancurkan, namun imej terbabit berjaya mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat Islam.
Anda mungkin berminat dengan

Kraich GB berkata, Kaabah dan masjid tidak harus diletakkan dalam pemainan seperti ini memandangkan ia adalah kawasan mulia dan perlu dihormati.
Noo Ali setuju dengan pandangan tersebut dan berkata simbol penting dalam agama Islam itu harus dipertahankan; sama juga seperti struktur penting dalam agama lain contohnya gereja bagi masyarakat beragama Kristian.
Dia juga berharap agar Fortnite dan Epic Games akan mengambil tindakan dalam hal ini seperti menggam (ban) pemain tersebut.

Sebarang kejadian seperti ini boleh dilaporkan kepada pihak Fortnite.
∞
Sesuai sangat nombor pendaftaran ini kita beli sebagai ingatan untuk orang disayangi. Apatah lagi perkataan SYG sangat sinonim dengan panggilan bagi setiap pasangan.
Memetik laporan Berita Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM3.4 juta bagi nombor pendaftaran SYG yang dikeluarkan JPJ Sabah iaitu yang tertinggi mengatasi bidaan bagi nombor pendaftaran ALL sebelum ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata jumlah bidaan itu RM100,254 melebihi kutipan nilai bidaaan untuk nombor pendaftaran ALL yang dibuka JPJ Perak pada September tahun lalu.
Beliau berkata, bidaan bagi siri nombor pendaftaran itu dibuka selama enam hari sehingga 15 Jun lalu melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).
"SYG 1 menjadi nombor paling mahal dibida melalui pelaksanaan JPJeBid dengan bidaan nilai tertinggi RM115,000 daripada 14 pembida.
"Bidaan kedua tertinggi adalah nombor pendaftaran SYG 9 bernilai RM70,000, diikuti SYG 9 yang bernilai RM52,000 dan SYG 10 dengan nilai bidaan sebanyak RM50,000," katanya dalam sidang media di ibu pejabat JPJ di sini hari ini.
Dalam pada itu, nombor lain yang turut menerima bidaan paling ramai adalah SYG 8055 dengan 25 pembida dan nombor berkenaan berjaya dibida dengan nilai RM19,000.
Nombor lain adalah SYG 4111 yang dibida oleh 22 pembida dan berjaya dibida dengan nilai RM5,500 serta SYG 174 yang dibida 19 pembida dan berjaya dibida dengan nilai RM7,500.
"Seramai 7,424 pembida daripada 190,225 pengguna yang berdaftar dengan JPJeBid membuat bidaan untuk siri nombor pendaftaran SYG.
"Sebanyak 3,173 siri nombor berkenaan dibida melalui JPJeBid dan selebihnya 6,826 lagi nombor yang tidak dibida akan dibuka kepada orang ramai untuk pembelian mulai 1 Julai depan," katanya.
Sumber : Berita Harian Online
∞
Ramai yang membahaskan tentang isu lelaki berumur 41, mengahwini kanak-kanak 11 tahun jadi viral di media sosial.
Boleh dikatakan rata-rata masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan lelaki dan ibu bapa yang bersetuju untuk mengahwinkan anak mereka seawal usia 11 tahun.
Ada banyak perkara perlu diambil kira sebelum membenarkan kanak-kanak bawah umur berkahwin. Antara yang boleh diberikan perhatian oleh masyarakat ialah tentang satu perkongsian yang telah dibuat oleh Dr. Izzat di laman twitternya mengenai risiko melakukan hubungan seks pada usia remaja.
Zaman sekarang ni, memang ramai remaja belasan tahun atau yang masih bersekolah sudah melakukan hubungan seks. Ada yang berkahwin seawal 15 tahun dan ada yang mengandung anak pertama pada usia 12 tahun.
Kurang pasti sama ada mereka ni betul-betul matang dan bersedia untuk berumah tangga, atau hanya mahu mencuba suka-suka untuk melakukan hubungan seks.
Iye la, masih lagi keanak-anakan dan tidak mempunyai ilmu tentang macam mana nak elakkan kehamilan serta penyakit-penyakit bawaan kelamin, sekali gus menyebabkan anak gadis ‘termengandung’ dan menurut doktor ini lagi, pesakit paling muda yang pernah dirawatnya adalah berusia 12 tahun.
Jom kita baca thread yang telah dikongsi oleh Dr. Izzat tentang risiko yang bakal diterima oleh remaja yang melakukan seks di usia yang terlalu muda.

Risiko kanser serviks



Transformation zone


Kesihatan mental

Jangan ambil mudah

Kalau kita dulu di usia kanak-kanak macam tu rasanya belum tahu apa-apa pasal nak kahwin semua ni. Masih lagi bangun pagi-pagi nak tengok kartun dan langsung tak fikir pasal kehidupan bersuami isteri. Cepat betul zaman berubah. Hiks!
∞
Belum pun reda dengan wabak pandemik COVID-19, negara jiran kita Indonesia khabarnya sedang bergolak apabila puluhan ribu orang melakukan protes terhadap undang-undang pelaburan baharu yang kontroversi.
Demonstrasi yang dilakukan itu bertujuan untuk membantah Undang-Undang Omnibus Law Cipta Kerja yang diluluskan Parlimen Indonesia pada Isnin lalu. Undang-undang berkaitan tenaga kerja itu didakwa mengabaikan hak pekerja, antaranya pengurangan kos pampasan terhadap pekerja yang diberhentikan, pengurangan cuti tahunan, pembatalan peraturan gaji minima dan pindaan berkaitan peraturan pekerja kontrak.

Di Jakarta, beribu penunjuk perasaan itu mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Negara, di kawasan Bundaran HE dan kawasan Medan Merdeka di Jakarta, yang bertukar menjadi rusuhan selepas polis bertindak meleraikan perhimpunan itu dengan gas pemedih mata dan semburan air.
Penunjuk perasaan bertindak membakar pondok polis, merosakkan harta benda awam dan membaling objek batu serta ‘molotov coctail’ kepada anggota polis.

Hampir 1,000 individu ditahan kerana mencetuskan rusuhan dan merosakkan harta benda awam. Mereka yang ditahan bukannya mahasiswa atau golongan pekerja, tetapi mereka yang menganggur turut serta dalam demonstrasi itu yang kemudiannya sengaja mewujudkan kekacauan.
Indonesia juga menjadi trending di Twitter dan ramai yang berkongsi video rusuhan yang terjadi di negara tersebut.
Sama-samalah kita mendoakan agar negara jiran kita kembali bersatu dan semoga pergolakan ini dapat diselesaikan dengan baik.
Bersyukurlah kita menjadi rakyat Malaysia kerana sekurang-kurangnya, nasib kita masih terbela sepanjang pandemik tahun 2020 ini.
Sumber: Astro Awani
∞