beberapa tahun menyepi, perlumbaan Formula 1 (F1) akhirnya bakal kembali ke Malaysia dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini membuka peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman menjadi sebahagian daripada penganjuran sukan permotoran paling berprestij di dunia.
Namun, tawaran menjadi sukarelawan dengan bayaran RM60 sehari berserta makanan sepanjang tempoh bertugas telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Peluang Jadi Sebahagian Daripada F1
Menerusi pengumuman rasmi yang dibuat minggu ini, SIC membuka pendaftaran sukarelawan sempena Grand Prix Formula 1 Bahrain yang dijadual berlangsung di Sepang dari 2 hingga 4 Oktober.
Perlumbaan tersebut dijadualkan berlangsung di antara Grand Prix Azerbaijan dan Grand Prix Singapuradalam kalendar Formula 1 musim 2026. Kedudukan itu sekali gus menjadikan Malaysia sebagai salah satu lokasi penting dalam siri perlumbaan ketika saingan musim berada pada fasa yang cukup sengit.
Orang ramai yang berminat boleh mengemukakan permohonan menerusi laman web rasmi SIC dengan mengisi maklumat peribadi, alamat kediaman serta pengalaman sebagai sukarelawan di litar itu sekiranya pernah terlibat sebelum ini.
Jadual tugasan pula akan ditentukan mengikut peranan yang diberikan serta keperluan pihak penganjur.
Ads
RM60 Sehari Berserta Makanan
Sukarelawan yang berjaya akan menerima bayaran sebanyak RM60 sehari selain makanan disediakan sepanjang hujung minggu perlumbaan berlangsung.
Walaupun ganjaran itu dilihat sebagai penghargaan kepada sukarelawan, jumlah tersebut menjadi perhatian ramai memandangkan harga tiket tempat duduk grandstand bagi perlumbaan sama dijangka berharga beberapa kali ganda lebih tinggi.
Netizen Beri Pelbagai Reaksi
Di media sosial, ramai pengguna tampil berkongsi pandangan mengenai kadar bayaran yang ditawarkan.
Ads
“Tahun 2026 dah ni, takkan masih bayar gaji RM60 sehari?” tulis seorang pengguna media sosial.
Seorang lagi pengguna pula berseloroh dengan mengatakan dia sanggup mengambil semua slot sukarelawan yang tidak dimahukan orang lain.
Ads
Pengalaman Lebih Bernilai Daripada Ganjaran?
Hakikatnya, program sukarelawan bagi acara sukan permotoran bertaraf antarabangsa seperti Formula 1 sememangnya diamalkan di banyak negara.
Kebanyakan individu yang menyertainya bukan kerana mengharapkan pulangan lumayan, sebaliknya tertarik dengan peluang menyaksikan sendiri operasi perlumbaan dari sebalik tabir, menikmati suasana eksklusif di litar serta menjadi sebahagian daripada acara yang selama ini hanya ditonton di kaca televisyen.
Namun begitu, apabila acara berkenaan melibatkan Formula 1 yang terkenal dengan kos operasi mencecah ratusan juta serta pakej hospitaliti yang nilainya melebihi gaji bulanan kebanyakan individu, tidak hairanlah bayaran RM60 sehari terus menjadi topik hangat dan mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.
Bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman di sebalik penganjuran perlumbaan Formula 1, permohonan sukarelawan kini dibuka menerusi laman web rasmi Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut Melaka, kita terus terbayang bandar bersejarah itu yang mempunyai peninggalan kisah legenda, bangunan dan monumen dari zaman penjajahan Portugis serta artifak yang mencecah usia setengah alaf.
Khabarnya, tidak lama lagi Melaka akan memiliki taman tema bertaraf antarabangsa sebagai satu lagi tarikan pengunjung ke negeri itu.
Taman tema yang masih belum bernama itu bakal menjadi sebahagian daripada pembangunan Melaka Gatewayy di Pulau Melaka dan dijangka siap hanya pada 2026. Nampaknya kita semua perlu menantikan empat tahun untuk ke lokasi dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion ini.
Pengumuman tarikan baharu ini telah dilakukan oleh EXCO Kanan Pelaburan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selepas mengadakan lawatan rasmi ke Projek Melaka Gateway di Pulau Melaka. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Michelle Ong; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu, Pengarah Pembangunan Perniagaan KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Kamarudin Ahmad dan lain-lain tetamu kenamaan.
Ujar Ab Rauf, Melaka Gateway pasti memberi pulangan kepada KAJD dan mampu menaikkan lagi ekonomi masyarakat di Melaka apabila menyambut ketibaan pelancong dari seluruh negara nanti.
“Saya melihat taman tema yang bertaraf dunia dan saya kira ia jauh lebih barik daripada Genting Highlands seperti yang digambarkan kepada kita tadi. Dan lebih besar daripada Genting Highlands; seluas 36 ekar akan menjadi kenyataan seawal tahun 2026.
“Sebagai sebuah negeri pelancongan, infrastruktur dan ruang perniagaan moden akan berada di sepanjang kawasan Melaka Gateway ini. Ini termasuklah pengenalan kawasan zon bebas cukai dan beberapa jenis produk bertaraf dunia serta berimpak tinggi di kawasan ini,” katanya.
Sedikit info menarik mengenai taman tema yang dijangka akan menarik lima juta orang pengunjung setiap tahun. Dibina pada tanah keluasan 14.56 hektar di Pulau Satu (PME1) Melaka Gateway, ia adalah lebih besar berbanding taman tema Genting Highlands Skyworld.
Projek berkenaan kini telah dimulakan dengan pembinaan Terminal Kapal Pelayaran Antarabangsa (MICT) yang dijangka siap dalam tempoh 15 bulan dari sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi realiti sebenar dunia politik yang disifatkannya tidak semewah seperti yang disangka ramai.
Menerusi podcast Lebih Masa, beliau mendedahkan bahawa pendapatan sebagai ahli politik sebenarnya tidak setinggi peluang kerjaya yang ditawarkan di luar.
Gaji Ahli Politik Tidak Seperti Disangka
Menurut Syed Saddiq, persepsi masyarakat terhadap gaji ahli politik sering kali tersasar daripada realiti sebenar.
“Saya perasan ramai orang ingat politik ni gajinya besar. Kadang-kadang, kita sebenarnya perlu keluarkan belanja yang jauh lebih banyak, melainkan kalau kita memang nak bertahan lama dalam politik.
“Hakikatnya, pendapatan di luar sana jauh lebih lumayan,” katanya.
Banding Pendapatan Dengan Bella Astillah
Dalam masa sama, beliau turut berkongsi perbandingan pendapatannya dengan tunangnya, Bella Astillahyang aktif dalam industri hiburan.
“Saya ada kongsikan dengan tunang saya, kata: ‘You know, kalau dia pergi ke buat konsert atau menyanyi, dia menyanyi satu malam tu bersamaan dengan gaji saya sebulan.
“Bila saya buat shooting sekarang, shooting satu hari, dia seperti dua bulan, tiga bulan gaji sebagai Ahli Parlimen,” katanya.
Tekanan & Kehilangan Privasi
Dalam pada itu, Syed Saddiq tidak menafikan cabaran besar yang perlu dihadapi sebagai ahli politik, termasuk tekanan berterusan dan kehilangan privasi diri.
“Yang sehari, dahlah tak ada stress, hilang privasi, kena attack kiri, kanan, atas, bawah, ditelanjangkan segala hidup kita kan. So, there is life outside of politics,” kongsinya.
Perkongsian tersebut secara tidak langsung membuka mata ramai mengenai realiti sebenar dunia politik yang sering disalah tafsir oleh masyarakat, khususnya dari segi ganjaran kewangan dan cabaran peribadi yang perlu ditanggung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, jaguh boling remaja negara, Ethan Damien Goh melakar sejarah apabila muncul sebagai juara bagi Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-43 di Petaling Jaya pada Ahad.
Kejayaan tersebut diraih selepas atlet berusia 15 tahun itu mengejutkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Hafiz Zainuddin 220-180 dalam aksi final di Sunway Mega Lanes.
Dalam pada itu, ini merupakan gelaran pertamanya bersama skuad senior dan kejayaan tersebut amat sukar dipercayai kerana bersaing dengan ramai pemain berpengalaman.
Kredit foto: Kosmo
“Saya sangat teruja dapat bermain dalam perlawanan akhir. Kejayaan ini tidak dijangka, namun saya sangat bangga dengan cara saya beraksi hari ini (Ahad),” katanya.
Sehubungan itu, kejayaan tersebut membolehkan Ethan memperoleh wang besar RM50,000, manakala Hafiz meraih RM25,000 dan Luke Doyle dari Australia membawa pulang RM13,000 setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Terbuka Malaysia menarik penyertaan pemain boling bertaraf dunia termasuk Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol serta juara Jelajah PBA,Tun Hakim Tun Hasnul Azam.
Walau bagaimanapun, Ethan langsung tidak gentar dengan nama-nama besar dan kejayaan tersebut akan dikenang sebagai salah satu kejutan terbesar dalam sejarah kejohanan.
Kredit foto: FB ABF OnlineKredit foto: FB ABF Online
Dalam pusingan pertama final stepladder, Hafiz menewaskan Doyle 219-182 untuk mendapatkan peluang merebut gelaran. Namun Ethan lebih awal memperagakan impiannya untuk mendahului pusingan Masters dengan jumlah lapan permainan yang hebat menerusi 1,998 jatuhan pin mengatasi Doyle (1,876) dan Hafiz (1,755).
“Saya tidak pernah melalui perlawanan stepladder seperti ini. Ia pengalaman berharga. Saya tidak dapat melakukannya tanpa keluarga, jurulatih dan semua yang telah menyokong saya.
“Sejujurnya, saya terlalu teruja dan tidak tahu apa lagi yang boleh saya katakan,” katanya.
Sekadar info, pemain kidal yang kini menuntut di Maple Leaf Kingsley International School di Putra Heights itu mewakili Sarawak dalam kejohanan tempatan. Selepas meraih kejayaan besar, Ethan memasang impian untuk menyertai pasukan kebangsaan bagi Piala Dunia Remaja di Sweden pada 15 hingga 22 Jun depan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!