Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi meraih perhatian apabila mendapat pencapaian cemerlang dalam pelajaran sekaligus meraih Anugerah Pengetua.
Kejayaan yang menggembirakan tersebut dikongsi sendiri oleh Rita Rudaini (48) menerusi Instagram dan pelakon Mami Jarum itu turut meluahkan rasa bersyukur di atas pencapaian anaknya.
“Alhamdulillah. Rayyan dapat anugerah pengetua lagi hari ini”
“Terima kasih homeroom Rayyan, Mummy Ustazah Nor Faiza, wakilkan untuk Rayyan. Fly high Ryan,” coret Rita menerusi perkongsian gambar di Instagram miliknya.
Bak kata pepatah, sejuk perut ibu mengandung. Turut tercatat keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) yang diraih Rayyan iaitu 3.842 menunjukkan dia merupakan seorang yang bijak dan sering mencatat rekod cemerlang bukan sahaja dalam lapangan sukan, malah memiliki pencapaian akademik yang mengagumkan.
Terdahulu, Rayyan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan turut disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua pada tahun lalu.
Dalam pada itu, warga internet turut menitipkan ucapan tahniah buat Rayyan dan Rita serta menjadikan kejayaan diraih remaja itu sebagai inspirasi yang boleh dijadikan contoh untuk rakan sebayanya.
Selain itu, Rayyan juga difahamkan telah meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024 baru-baru ini. Selain mensasarkan keputusan CGPA 4.0, Rayyan juga berdoa agar berjaya bergelar Huffaz Al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari yang paling dinanti-nantikan oleh peminat K-Drama tiba juga apabila Netflix akan mula menayangkan drama Vincenzo mulai hari ini!
Tentunya, jalan cerita drama anti-hero yang mengisahkan tentang ‘perunding’ yang berkhidmat untuk mafia Itali ini sudah cukup untuk menarik perhatian penonton.
Bagaimanapun, satu lagi tarikan Vincenzo terletak pada barisan pelakon trio utamanya. Masing-masing mempunyai kelompok peminat yang cukup luar biasa.
REMAJA berkesempatan menyertai sidang media yang dihoskan oleh Netflix bersama-sama Song Joong-ki (Vincenzo Cassano), Jeon Yeo-been (Hong Cha-young) dan Ok Taecyeon (Jang Joon-woo) bagi mendalami peranan masing-masing dan apa yang membuatkan Vincenzo sebagai drama yang sama sekali tidak boleh dilepaskan oleh penonton.
Karakter mereka bertiga ini mungkin sekali berkait rapat dengan dunia guaman. Bagaimanapun, misi dan agenda yang mereka miliki adalah berlainan dan di situlah timbulnya konflik mahupun persamaan yang wujud tanpa sedar.
Malah, Joong-ki melihat ada sedikit persamaan di antara wataknya, Vincenzo Cassano dan watak Tom dalam filem Godfather.
Song Joong-ki.
“Kami bertiga mempunyai karakter anti-hero yang membuatkan drama ini menarik. Ada masanya, kami kelihatan lebih seperti ‘villain’ daripada villain sebenar.
“Semasa peringkat awal membaca skrip tentang K-drama berkonsep perunding Mafia yang berhijrah ke Korea, saya sendiri tidak pasti sama ada drama ini akan ‘makes sense’ memandangkan ia adalah genre baru.
“Ada drama, komedi dan fantasi dalam Vincenzo. Namun, saya rasakan pengarah Kim Hee Won berjaya untuk menggabungkan unsur Mafia dengan masyarakat Korea zaman ini. Ramai yang boleh ‘relate’ dengannya.”
“Kita selalu menonton berita tentang kes jenayah di TV pada setiap hari. Vincenzo mengkritik masyarakat kita yang terlibat dalam jenayah secara langsung atau tidak. Dan saya rasakan cara Vincenzo menghukum pesalah adalah refreshing serta memuaskan hati,” jelas Joong-ki yang perlu mempelajari slanga dan bahasa Itali demi drama Vincenzo ini.
Drama Vincenzo juga umpama magnet buat peminat bekas ahli grup 2PM, Ok Taecyeon apabila dia melakukan comeback setelah kali terakhir muncul menerusi drama The Game: Towards Zero, tahun lalu.
“Sekiranya Joong-ki dan Yeo-been perlu melakukan persediaan rapi untuk menguasai watak peguam, saya pula lebih chill kerana watak Joon-woo merupakan seorang intern yang sering melakukan kesalahan dan naif.
“Ada masanya, saya juga pelik bagaimana dia boleh melepasi bar exam untuk menjadi peguam! (ketawa)”
“Dia menyimpan perasaan terhadap Hong Cha Young namun cinta itu ditolak dengan keras. Episod demi episod, penonton akan menyaksikan jalan cerita Joon-woo berkembang, begitu juga dengan kematangannya.
Ok Taecyeon
“Sebelum ini, saya dan Yeo-been pernah bekerjasama menerusi drama Save Me pada tahun 2017, jadi kami selesa bergandingan. Dengan Joong-ki pula, ini adalah kali pertama kami dalam produksi sama.
“Biarpun babak saya dan Joong-ki tidak begitu banyak, tapi kami berjaya mewujudkan persekitaran yang mesra di set sepanjang 6 bulan penggambaran Vincenzo,” kata Taecyeon yang tidak lokek dengan senyuman semasa menjawab soalan sidang media.
*
Berbeza dengan watak Taecyeon dalam drama Vincenzo itu, watak Hong Cha Young lakonan Jeon Yeo-been pula bersifat serius dan mempunyai motif untuk ‘menang’ dalam apa jua keadaan.
Jeon Yeo-been.
“Sebagai peguam di firma paling berprestij di Korea, Cha Young tidak berpandukan kepada apa yang benar atau tidak. Dia membuat keputusan berdasarkan apa yang akan memberikan kelebihan kepadanya. Itu membuatkan saya tidak sabar menantikan apakah yang akan dilakukan oleh watak saya ini dalam situasi berbeza.
“Sebagai seorang pelakon yang tidak berapa dikenali, saya terkejut apabila saya merupakan pelakon pertama yang direkrut untuk Vincezo sebelum Joong-ki dan Taecyeon.”
“Saya sudah lama meminati Joong-ki sejak di sekolah menengah manakala saya dan Taecyeon pula pernah bergandingan sebelum ini dan saya tahu dia seorang yang amat prihatin terhadap orang lain. Ia membuatkan saya lebih mudah mendalami karakter karismatik seperti Hong Cha Young ini.
“Saya tahu tak semua penonton akan menggemari Cha Young, tapi itulah yang membuatkan saya lebih menyukainya. Cara dia bercakap dengan cepat, pergerakannya yang unik. Dia tahu dia tidak perlu disukai untuk berjaya,” jelas pelakon berbakat berusia 31 tahun itu.
Bagi korang yang gemarkan K-drama penuh cliffhanger, kejutan, kadangkala kelakar atau sekadar ingin menonton tiga orang pelakon utama ini, Vincenzo adalah jawapannya.
Tonton Vincenzo pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula hari ini di platform penstriman atas talian, Netflix.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat filem muzikal, Wayang Remaja nak berikan korang dua pas masuk percuma untuk menonton filem Cats yang kini sudah pun berada di pawagam mulai 26 Disember 2019.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti James Corden, Judi Dench, Jason Derulo, Idris Elba, Jennifer Hudson, Ian McKellen, Taylor Swift dan Rebel Wilson, filem Cats mengisahkan tentang sekumpulan kucing yang dikenali sebagai Jellicles perlu membuat 'The Jellicle Choice', iaitu kucing mana yang akan dipilih untuk naik ke Heaviside Layer dan pulang ke kehidupan Jellicle baru.
Kalau korang memang sejenis yang suka kucing, pasti terhibur dibuatnya melihat aksi kucing-kucing comel yang menari. Ada kucing cantik, gemuk dan jahat, pendek kata semua jenis kucing ada dipaparkan menerusi filem ini.
So guys, nak menang tiket percuma untuk menonton filem ini? Jom sertai peraduan #WayangRemaja dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah ini.
Penyertaan dibuka hanya untuk mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang sahaja bagi memudahkan urusan pengambilan tiket.
Pemenang akan diumumkan diruangan mesej di Instagram dan korang perlu mengambil pas masuk tersebut di alamat seperti yang tertera dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd
Lot 2, Jln Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
*Pas perlu diambil dalam masa satu minggu selepas pemenang diumumkan mengikut waktu yang kami akan berikan nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam separuh akhir Muzik-Muzik semakin terasa pada hujung minggu ini apabila 12 buah lagu akan dinamakan sebagai peserta akhir yang melangkah masuk ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35, malam ini.
Dalam kalangan 30 buah lagu yang bertanding pada hari Jumaat dan Sabtu, ada yang menepati jangkaan memberikan persembahan yang baik. Ada yang – err – seperti tidak kena dan ada juga yang mengejutkan ramai penonton.
Tak semua lagu yang bertanding pada kali ini ‘popular’ dalam carta ataupun selalu diputarkan di radio. Namun apabila dipertandingkan di SFMM kali ini, seakan ada magis yang berlaku di atas pentas.
Salah satu daripadanya ialah ‘Tentang Rahsia’ iaitu lagu terakhir yang dinyanyikan semalam oleh Shila Amzah dan Afif Tirmizie.
Sumber Foto: Instagram Afif Tirmizie.
Penyanyi asalnya iaitu Judika tidak dapat bersama dengan Shila atas kesulitan musim pandemik dan Judika masih berada di Indonesia.
Bagaimanapun, Afif nyata telah memberikan yang terbaik dengan kepercayaan ini dan tidak keterlaluan jika penulis gambarkan gandingan mereka adalah di antara gandingan yang menjadi pada musim ini. Ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Afif Tirmizie ini.
Nah, ini 4 fakta ringkas mengenai penyanyi berusia 34 tahun ini.
Dari Akademi Fantasia
Bekas Ahli Fabulous Cats
Penyanyi Popular Drama
Jadi Tenaga Pengajar
*
Cuba korang saksikan semula persembahan Tentang Rahsia oleh Shila Amzah dan Afif Tirmizie.