
Floss Gigi Bukan Isu Baharu Tetapi Kini Jadi Perhatian
Isu floss gigi bukan perkara baru, tapi baru-baru ini ia kembali jadi perhatian selepas Dr Habib, seorang doktor gigi, berkongsi bahawa kecuaian menjaga kebersihan gigi boleh meningkatkan risiko salur darah tersumbat. Perkongsian itu tular di Threads dan membuatkan ramai tertanya-tanya boleh ke masalah gigi membawa kepada penyakit jantung?
Jawapannya: ya, memang boleh.
Ramai Sangka Gosok Gigi Dah Cukup Tapi Tak!
Dari kecil kita dah diajar memberus gigi, tapi realitinya masih ramai yang tak ambil berat. Berus gigi sahaja sebenarnya tak mampu membersihkan keseluruhan mulut, terutama celah-celah gigi yang sempit. Di sinilah pentingnya floss gigi.
Dr Habib menjelaskan bahawa:
“Risiko salur darah tersumbat adalah sebab tak floss gigi dan tak gosok gigi dengan cara betul… Kencing manis pun boleh jadi makin teruk kalau kebersihan gigi diabaikan.”
Amalan floss gigi bukan sekadar menjaga rupa senyuman, tapi melindungi sistem tubuh, termasuk jantung.

Bagaimana Tak Floss Gigi Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?
Menurut Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P), bakteria dari masalah gusi boleh memasuki aliran darah jika gusi kerap berdarah. Bila bakteria ini bergerak ke jantung, ia boleh menyebabkan:
- Keradangan pada saluran darah
- Pembentukan plak di dinding arteri
- Aterosklerosis (salur darah sempit)
Keadaan ini meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.
Kajian juga menunjukkan:
- 9 daripada 10 orang dewasa Malaysia mengalami periodontium tidak sihat
- 24% daripada mereka yang memiliki poket periodontium yang dalam menghidap penyakit kardiovaskular
Periodontium ialah keradangan kronik pada gusi dan tisu penyokong gigi akibat jangkitan bakteria.

Apa Berlaku Dalam Badan Bila Gusi Meradang?
Jika gusi sering berdarah—sama ada ketika makan atau menggosok gigi—bakteria mudah memasuki saluran darah. Bila ia sampai ke jantung, bakteria boleh:
- mengganggu endokardium (lapisan dalam jantung)
- menjejaskan fungsi injap jantung
- mencetuskan serangan jantung tanpa disedari
Inilah sebab kenapa pakar gigi selalu tekankan penjagaan mulut yang betul.
Tanda-Tanda Anda Ada Penyakit Gusi
Menurut Dr Habib, 90% rakyat Malaysia kini ada masalah gusi tanpa sedar. Antara simptomnya:
- nafas berbau
- gusi berdarah
- gusi sakit atau sensitif
- gusi menurun, gigi nampak panjang
- gigi bergoyang
- warna gusi merah gelap (normalnya pink)
Golongan yang lebih berisiko pula termasuk:
- perokok
- pesakit diabetes
- mereka yang pernah alami serangan jantung
- individu yang tidak menjaga kebersihan mulut
Cara Mencegah Penyakit Gusi & Melindungi Jantung
Berita baiknya, langkah pencegahan sangat mudah:
- ✔️ Floss gigi sekali sehari
- ✔️ Gosok gigi dua kali sehari dengan teknik yang betul
- ✔️ Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya setahun sekali
- ✔️ Rawat masalah gusi dari peringkat awal
Ramai sangka sakit gusi hanya buat mulut ngilu atau berbau, tapi sebenarnya ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang jauh lebih serius.
Kesimpulan
Penyakit gusi bukan isu remeh—ia boleh membuka jalan kepada salur darah tersumbat, penyakit jantung, dan strok. Semua ini berpunca daripada bakteria yang kita biarkan hidup subur di celah-celah gigi kerana malas nak floss gigi.
Jadi kalau selama ini floss hanya “hiasan” di bilik air, inilah masa untuk ubah rutin. Mulut sihat, badan pun kuat termasuk jantung yang bekerja setiap saat untuk kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!





















