Heboh baru-baru ini di media sosial apabila berita ‘floating market’ atau pasar terapung yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan keperluan cukup terkenal bakal dibuka di Melaka.
Bersempena dengan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, pasar terapung tersebut akan beroperasi di Sungai Melaka sebagai tarikan orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Murad Husin sebelum ini berkata, usaha itu adalah bagi memastikan terdapat kepelbagaian produk pelancongan di negeri tersebut.
Memetik laporan Melaka Hari Ini di Instagram, setakat 31 Januari, kemajuan pembangunan Floating Market di Sungai Melaka Fasa 2 kini sudah mencapai lebih 60%.
Menjenguk ke ruangan komen dan reaksi warganet di media sosial, majoriti berbelah bahagi dengan berita tersebut.
“Masalahnya, volume pelancong memang tidak mencukupi untuk menampung pasar terapung untuk jangka masa panjang. Lokasinya juga kurang sesuai,” kata seorang netizen.
“Nanti harga makanan mesti akan berlipat kali ganda mahal. Lepastu pelik kenapa pengunjung mula sikit,” komen warganet lain.
Floating market di Hatyai, Thailand antara tarikan utama pelancong.
Ads
“Di Kangar, Perlis ada pusat pelancongan menyediakan pasar terapung dekat JPS. Saya pergi konon jakun nak tengok. Kosong tiada orang. Tiada apa yang terapung pun,” jelas seorang warganet.
“Habislah kebersihan Sungai Melaka selepas ini. Sampah mesti akan dibiarkan terapung begitu sahaja,” komen netizen lain.
Sementara itu, ada juga yang memberikan reaksi positif terhadap langkah kerajaan kerana mahu mengembangkan lagi sektor pelancongan di Melaka.
Ads
“Ni salah satu usaha untuk tarikan pelancong. Bagi aku tak salah pun mencuba. Sungai situ pun dah cantik dan tak berbau kuat macam dulu. Memang dah jadi tarikan para pelancong.
“Lagi satu konsep floating market (di Melaka) ni jual makanan dan bukannya keperluan harian kalau nak bandingkan dengan Giant, Tesco dan lain-lain,” ulas seorang lelaki.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: Utusan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dua hari lalu menyaksikan Minneapolis antara kota terbesar di Minnesota, USA dicemari insiden huru-hara orang ramai selepas kematian seorang tahanan polis tular di media sosial.
Dalam video yang tersebar luas dan mengakibatkan orang ramai melakukan rusuhan termasuk membakar beberapa pasaraya, merompak termasuk ada kejadian mati bermula selepas pihak berkuasa tempatan menahan seorang lelaki berkulit hitam yang dilihat langsung tidak melawan ketika penahanannya.
Penahanan Geaorge dikatakan bermula apabila dia menggunakan duit palsu bernilai USD 20 untuk membeli makanan di sebuah kedai makan “cup food” milik Mahmoud Abumayyaleh di mana pekerja kedai berkenaan melaporkan kejadian wang palsu berkenaan ke pihak polis.
Pihak berkuasa yang datang dilihat menahan George yang ketika itu berada dalam kenderaan. Selepas keluar dari kereta dinaiki mangsa dan menunggu kedatangan kereta peronda lain membantu, dengan tangan yang masih bergari, anggota polis berkenaan dilihat menekan leher George Floyd, 46 tahun menggunakan kepala lututnya dan dalam video yang tular itu dapat kedengaran George Floyd merayu agar dilepaskan kerana dia sukar bernafas.
Namun kelihatan agak selamba empat orang anggota polis di mana seorang dari mereka masih menekan lehernya seperti tiada apa-apa. Ekoran kejadian dianggap melampau itu di mana masih wujud sentiment kulit hitam kulit hitam seperti zaman apartheid dahulu, orang ramai terutama kalangan penduduk berkulit hitam mula berkumpul dan melakukan rusuhan. Namun dengan penularan video menyaksikan George Floyd tidak melawan, rusuhan itu semakin merebak dan orang ramai mula melakukan keganasan dengan menganggap pihak polis adalah virus dalam insiden ini.
Empat anggota polis yang terlibat dalam insiden yang mencetuskan huru hara ini telah pun dipecat dari jawatan mereka.
Lihat video bagaimana huru haranya keadaan di Minneapolis sejak dua hari lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat, mereka mungkin lega mendengar berita baik ini.
Diharap segala “kesilapan” pasangan ini dapat kita terima dengan hati terbuka kerana selama ini kita follow pun kerana masakan mereka yang tampak menyelerakan. Betul tak.
Bagi peminat YouTuber sensasi 'Sugu Pavithra', boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.
M Sugu, 29, berkata, dia menjangka video baharu akan dimuat naik di YouTube 'Sugu Pavithra' pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.
Sugu, suami kepada S Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi. "Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah)," katanya ketika dihubungi di Bernama di Ipoh, hari ini.
Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, Selasa lalu, Pavithra mengakui memaafkan perbuatan suaminya itu.
Selain itu, Pavithra ketika ditemui di mahkamah juga berkata, mereka enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon, sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.
Bercerita lanjut, Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput turut mengakui hilang pendapatan daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan tindakan memadam semua video.
"Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.
Bernama adalah media pertama melaporkan kisah pasangan berkenaan pada 8 Mei lalu, yang ketika itu mempunyai sejumlah 420,000 pelanggan. Kredit / Foto : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja dan jerawat memang tidak dapat dipisahkan. Bagi individu yang mempunyai muka berjerawat, mesti tangan sentiasa ‘gatal’ nak picit isi yang tumbuh di dalamnya.
Sumber Gambar : Web MD
Mungkin korang tak sedar tindakan memicit jerawat terutama di bahagian Dangerous Triangle atau segitiga bahaya, kita mendedahkan diri kepada bahaya yang boleh mengancam nyawa sendiri.
Menurut laporan The Sun UK, seorang remaja berusia 17 tahun di Filipina, Mary Ann Regacho mengalami kesakitan di muka yang berlanjutan selama beberapa hari selepas memicit “jerawat” dibahagian hidungnya.
Paling mengejutkan ‘jerawat’ tersebut semakin membesar, menjadi benjolan dan merebak di sekitar mukanya! Penyakit misteri itu membuatkan wajahnya berubah dan sukar untuk dikenali.
“Muka saya berubah dan membengkak seperti belon yang ditiup,” kata remaja berusia 17 tahun itu menerusi temu bual.
Kini, benjolan itu telah merebak di seluruh wajah Mary dan turut menjejaskan penglihatannya apabila ia bengkak hingga mencecah ke bahagian matanya.
Sebenarnya, Mary tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan di pusat perubatan kerana suaminya, Albert Sales tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja ‘part-time’ di ladang jirannya. Malah, mereka juga memiliki seorang anak yang baru berusia setahun.
Ibu muda berusia 17 tahun itu pernah pergi ke hospital untuk memeriksa keadaan penyakit misterinya tetapi dia tidak mampu untuk membayar kos perubatan yang diperlukan.
Justeru itu, suaminya terpaksa memohon pertolongan orang ramai bagi menjana dana supaya Mary dapat menjalani rawatan dari penyakit misteri yang dihidapinya.
Ishh…dari cantik-cantik terus jadi macam kena sengat serangga kan. Bahaya betul ye, so kalau korang tak nak jadi seperti Mary ni elakkanlah diri daripada menekan atau memecahkan atau mengeluarkan jerawat yang berada dibahagian segitiga muka ini. Jika ada jerawat yang besar, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu.