
Aktres kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hong Kong, Fish Liew, sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong ke-44, malam tadi.
Kemenangan tersebut diraih menerusi lakonannya dalam filem Someone Like Me sebagai watak wanita bernama Ah Mui, sekali gus menewaskan barisan calon hebat lain termasuk
Ma Li (The Dumpling Queen), Natalie Hsu (My First of May), Fala Chen (Peg O’ My Heart) serta Zhang Ziyi (She’s Got No Name).Filem berkenaan menyaksikan pelakon berasal dari Johor Bahru itu membawakan watak mencabar sebagai seorang penghidap cerebral palsy (palsi serebrum), sekali gus memperlihatkan versatiliti lakonannya di layar perak.
Lebih membanggakan, kejayaan ini turut menandakan satu lagi pencapaian peribadi dalam kerjaya seni Fish Liew selepas sebelum ini pernah merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada edisi 2022 anugerah sama menerusi filem
Anita.Terdahulu, aktres berusia 36 tahun itu turut mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Hong Kong Film Critics Society Award dan Hong Kong Film Directors’ Guild Awards.
Dalam satu hantaran di akaun Instagram @fish331, Liew meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan yang diterimanya.
“Terima kasih Persatuan Pengarah Filem Hong Kong kerana memberikan anugerah ini kepada saya,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.