Sepanjang penganjuran pencarian Dewi Remaja selama 10 musim terdahulu, banyak perubahan telah berlaku apabila zaman berubah dari semasa ke semasa.
Antaranya termasuklah penukaran cara penyertaan. Dahulu finalis perlu menghantar borang dan kemudiannya pemenang bulanan akan dipaparkan di cover Majalah Remaja. Kini tidak lagi, sejak edisi 2014/2015, Majalah Remaja menganjurkan ujibakat terbuka kepada peserta untuk hadir.
Malah edisi 2014/2015 yang dimenangi oleh Raysha Rizrose itu juga memecah sejarah apabila ia merupakan edisi pertama yang membenarkan peserta berhijab untuk menyertai pencarian.
Setelah 3 edisi dianjurkan, pencarian Dewi Remaja 2019 menjadi edisi pertama yang menyaksikan seorang finalis Hijabi melangkah ke pentas finale.
Ads
Syamira Izzati, 22 baru saja diumumkan sebagai finalis terakhir dalam kedudukan Top 5 sebentar tadi live di rancangan MeleTOP.
Ia diumumkan oleh pengacara tetap, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa yang merupakan Dewi Remaja 2009/10.
Ads
Menurut Syamira, dia berbangga untuk mewakili remaja Hijabi secara amnya di pentas finale. Dirinya ingin membuktikan gadis berhijab juga punyai personaliti dan kebolehan yang boleh dibawa ke hadapan dalam industri seni dan apa jua bidang yang ingin mereka ceburi.
Ini sekaligus melengkapkan Top 5 Dewi Remaja 2019; yang terdiri daripada Adriana Ghafar, Nynaa Harizal, Shatirah Amanda, Shaza Bae dan Syamira Izzati. Adakah imej berhijab Syamira bakal menjadi kelebihan buatnya untuk tampil berbeza pada finale Dewi Remaja 2019?
Ads
Sama-sama kita nantikan dengan menonton acara finale pada 14 Disember ini (Sabtu) jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Namun sebelum itu, saksikan dahulu sesi live karpet merah #redONELiveStage yang akan bersiaran di Facebook Majalah Remaja pada jam 8.30 malam pada hari yang sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini, Puteri pernah berkongsi keberadaannya di Scotland bagi mengikuti penggambaran drama berjudul Demi sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.
Sepanjang tempoh kuarantin, Puteri sempat berkongsi foto dirinya yang menetap di tempat tinggal di sana.
Bercakap dengan rakan media di BHarian pula, pengarah drama Demi iaitu Rahila Ali telah mengikuti arahan kuarantin selama 14 hari sejurus tiba di Lapangan Terbang KLIA.
“Saya bersama pelakon dan kru telah mengadkan ujian saringan Covid-19 di sebuah hospital swasta pada .
“Kami tidak menjangka ini boleh berlaku. Namun syarikat produksi bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan keselamatan semua pelakon dan kru. lalu, tiada seorang pun yang terlepas daripada menjalani ujian saringan,” ujar beliau.
Mereka sekumpulan juga mengambil keputusan untuk menghentikan penggambaran dan pulang lebih awal. Drama Demi turut dibintangi oleh Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.
*
Dalam pada itu, pelakon, Mimi Lana pantas melayangkan ucapan syafakillah kepada Puteri menerusi Instagram.
“Sending you all my love and prayers Puti. Marilah sama-sama doakannya semoga cepat sembuh.”
Get well soon Puteri, our prayers are with you!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Barulah saya tahu dunia realiti seorang pembaca berita dan ia tidak semudah yang disangka..”
Begitulah isi hati pengacara Didik TV dan finalis Dewi Remaja 2019, Syamira Nazir selepas dia secara rasminya kini disunting sebagai pembaca berita di Buletin TV9.
Syamira, 26 meniti perjalanan awal dalam industri penyiaran menerusi penglibatan dalam pencarian Dewi Remaja 2019 bersama-sama rakan seangkatan seperti pelakon Shaza Bae, Nynaa Harizal, Myra Natasya, pengacara HLive Ash Azhan dan Dian Fernandez, pembaca berita Adriana Ghafar dan model Nina Amin.
Setelah mengakhiri fasa pertandingan tersebut dengan mengecapi kedudukan pemenang tempat keempat, Syamira tidak membazir masa untuk mengejar impian dalam dunia penyiaran.
Syamira cemerlang dalam pencarian Dewi Remaja 2019 dan pernah memasang impian menyertainya sejak edisi 2014/2015 lagi.
Semasa berada dalam kamar uji bakat Dewi Remaja lagi, anak kelahiran Selangor ini sudahpun menetapkan impian bergelar seorang pembaca berita. Malah, itulah bakat pertama yang dijadikannya sebagai sandaran demi memikat hati juri pada waktu tersebut.
Begitupun, rezeki Syamira terlebih dahulu hadir sebagai pengacara program televisyen. Wajahnya mewarnai program seperti Infiniteen di TV Okey dan Didik TV (dahulunya saluran NTV7) sehinggakan penonton cilik sudahpun boleh mengecam wajah sebagai ‘Kakak Didik TV’.
Kongsi Syamira, tugasan sebagai hos di Didik TV masih diteruskannya.
Sewaktu dihubungi REMAJA, Syamira menyifatkan pengalaman selama tiga tahun lepas sebagai seorang pengacara telah banyak mengajarnya mengenai dunia penyiaran.
“Saya berpegang kepada frasa, ‘trust the process, trust the time’. Jika Allah tentukan waktu dan rezeki itu adalah bagi kamu, maka tiada orang yang boleh menyangkalnya.
“Kebetulan pula, saya bertugas di Sri Pentas bersama saluran Didik TV dan setiap hari apabila berulang-alik di dalam bangunan itu, saya selalu terserempak dengan penerbit bahagian berita. Satu hari, beliau menegur saya dan bertanya jika berminat untuk menjadi seorang pembaca berita Buletin TV9.
“Namun ia tidak semudah disuap dengan peluang sebegitu oleh ‘orang dalam’. Saya perlu menjalani temuduga sama seperti 17 calon lain dan Alhamdulillah, akhirnya saya tersenarai dalam 8 calon terakhir; lima orang wanita dan tiga lelaki,” katanya.
Sedari awal, Syamira mempunyai tanggapan bahawa suaranya tidaklah sebulat rakan-rakan pembaca lain.
Begitupun, dengan tunjuk ajar menerusi kelas kendalian pembaca senior di Media Prima seperti Kamaruddin Mape, Azwaliza Azman dan Mas Zharif Zhafri (putera sulung Allahyarham Aziz Desa); Syamira kini lebih yakin dengan kebolehan suaranya untuk menyampaikan berita.
“Sejak terima tawaran pada akhir Oktober, rutin saya pada setiap hujung minggu melibatkan kelas pada hari Sabtu untuk ilmu teori dan Ahad bagi sesi praktikal seperti mock run di hadapan kamera.
“Di bawah tunjuk ajar mereka, saya pelajari cara pembacaan betul, bagaimana untuk carry sesebuah story, pencarian mood untuk berita berbeza, intonasi, pacing, di mana perlu ‘memotong’ ayat dan macam-macam lagi. Berbanding dua bulan dulu, memang banyak perubahan yang saya dapati pada cara bacaan saya.”
Syamira di majlis konvokesyennya baru-baru ini setelah ia tertangguh akibat pandemik COVID-19.
“Paling tak boleh dilupakan adalah latihan membaca berita sambil berlari di gelanggang futsal! Bukan saja-saja lari tetapi untuk melatih stamina. Buletin TV9 umpamanya bersiaran dari 7 malam hingga 7.50 malam pada setiap hari. Jadi sepanjang lebih kurang 50 minit itu, saya perlu memastikan diri tak mudah cungap,” kongsi Syamira lagi.
Walaupun Syamira pernah berada di belakang meja berita sewaktu bergelar pelatih di stesen Bernama semasa zaman belajar, namun rasa cemas tetap dirasai setiap kali mengendalikan Buletin TV9.
Syamira menganggap dirinya cukup bertuah apabila dia perlu membaca berita buat kali pertama pada hari sambutan Tahun Baru 2023, Ahad lalu.
“Itulah kali pertama saya menyampaikan berita kepada seluruh rakyat Malaysia. Kebetulan pula tarikhnya jatuh pada 1 Januari simbolik kepada permulaan fasa baharu ini.”
“Barulah saya tahu dunia realiti seorang pembaca berita dan ia tidak semudah yang disangka. Kita boleh mempersiapkan diri dengan segala teori dan praktikal, namun bila tiba masa sebelum membaca berita, terdetik di hati saya bahawa kerjaya ini sebenarnya adalah satu tanggungjawab yang besar.
“Berita yang sahih berada di tangan saya dahulu dan sayalah yang menjadi medium perantara kepada seluruh rakyat Malaysia? Ini merupakan satu amanah dan penghargaan,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan saja gelaran juara yang ditarik, malah gelaran sebagai finalis juga gugur begitu je..
Insiden video kontroversi tular yang melibatkan pemenang pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Haneesya Hanee dan beberapa lagi orang finalis lain mendapat pelbagai respon daripada netizen.
Haneesya menyerahkan semula hadiah dan gelaran yang dimenanginya kepada pihak penganjur dan pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv Sdn Bhd yang diwakili oleh Editor Remaja, Faiz Aimman.
Ada yang berpendapat perbuatan Haneesya tersebut melampaui norma seorang peserta muda yang sedang bertanding untuk menjadi wajah role model kepada remaja seluruh Malaysia.
Ada juga yang berkata insiden berlaku atas kekhilafan diri sendiri dan dia telahpun mengakui kesalahan tersebut melalui sidang media yang dianjurkan sekitar tengah hari tadi. Lalu, penarikan tersebut dilihat seakan tidak adil buat Haneesya yang telah melakukan yang terbaik sepanjang berlangsungnya pencarian Dewi Remaja.
BAGAIMANAPUN..
Perbuatan tersebut nyata melanggari klausa kontrak yang telah ditanda tangani oleh para peserta sebelum mereka mula bertanding untuk episod pertama.
Di bawah salah satu seksyen ‘Standard Terms and Conditions’ yang telah mereka persetujui, ia melarang para peserta daripada berkelakuan kurang sopan, tidak senonoh atau melakukan apa jua perbuatan dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi penganjur dan pemilik jenama iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta Majalah Remaja DAN yang menjejaskan reputasi para peserta sendiri.
Pemenang Tempat Kedua, Tia Sarah datang memberikan sokongan kepada rakannya ini.
Lantas setelah menyiasat, pihak penganjur mendapati insiden tersebut berlaku semasa para finalis masih berada dalam peringkat pertandingan dan tindakan sewajarnya perlu diambil memandangkan syarat yang ditetapkan telahpun dilanggar.
Ini menjelaskan mengapa kemenangan dan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Haneesya Hanee terpaksa ditarik semula setelah tempoh 72 jam.
Manakala bagi dua lagi orang finalis yang terlibat di dalam video itu iaitu Fazreen Fazeera dan Ernisha, gelaran finalis (Top 12) Dewi Remaja mereka juga terpaksa ditarik balik dan mereka dilarang daripada menggelarkan diri sebagai finalis pada masa akan datang.
Kami faham finalis Dewi Remaja kesemuanya masih muda dan baru ingin mengenal erti dunia. Namun, peraturan tetap peraturan, and it is there to turn them into disciplined and matured young ladies.
Kami doakan agar insiden ini dijadikan pengajaran bukan saja untuk pihak Haneesya Hanee, Ernisha dan Fazreen Fazera. Tetapi juga pengajaran kepada kita semua untuk sentiasa berwaspada dengan perbuatan diri sendiri. Kita mungkin berasa seronok untuk jangka masa sekejap tetapi implikasinya mungkin akan datang untuk meranapkan segala keseronokan itu.
Jumpa lagi pada edisi pencarian Dewi Remaja yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.