Finalis Hero Remaja ini berasal dari Muar, Johor dan merupakan seorang graduan jurusan TESL di MSU serta berpengalaman menjadi guru selama empat bulan di sekolah menengah ketika menjalani latihan praktikal.

Mengakui bahawa tugas seorang guru adalah mencabar, pelbagai kenangan pahit manis dikutip sepanjang bergelar guru praktikal. Kalau dahulu dia pernah menjadi pelajar, kini barulah Farhan sedar bagaimana susahnya untuk menjadi seorang pendidik untuk mengawal para pelajar. Antara pengalaman yang dilalui adalah apabila dia dikacau oleh seorang pelajar wanita yang memberikan mesej di WhatsApp.

Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin Kongsi Pengalaman Bergelar Pendidik
Instagram Farhan Nordin

“Pengalaman menjadi seorang guru ni mencabar sebenarnya. Ada yang pahit, ada yang manis. Dulu kita jadi murid, cikgu yang handle kita cakap kita ni nakal. Sekarang ni, bila saya kena handle sendiri pelajar, barulah saya faham bagaimana perasaan seorang guru untuk mengawal para pelajarnya,”

“Ada juga beberapa peristiwa yang berlaku, contohnya macam saya kena kacau dengan pelajar. Pernah berlaku apabila seorang pelajar menghantar WhatsApp kepada saya atas tujuan peribadi. Saya pun tidak tahu mana dia dapat nombor telefon saya. Yang saya tahu dia bukan pelajar kelas saya mengajar. Situasi itu agak awkward bagi saya, tetapi saya cuba untuk menerangkan kepadanya dengan cara yang baik,” jelas Farhan.

IKLAN

Remaja berusia 23 tahun ini baru sahaja menamatkan pengajiannya dan sedang menunggu majlis graduasi. Sewaktu PKP ini, Farhan mengambil peluang untuk membantu rakannya berniaga berhampiran dengan kediamannya.

Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin Kongsi Pengalaman Bergelar Pendidik

IKLAN

“Setiap pagi saya akan pergi jogging terlebih dahulu dan selepas itu, saya akan membantu rakan di gerainya dari pukul 12 tengah hari hingga lewat petang. Tidak banyak yang boleh dilakukan sepanjang PKP ini, jadi saya mengisi masa lapang dengan membantu rakan-rakan berniaga,”

IKLAN

Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin Kongsi Pengalaman Bergelar Pendidik

“Pada sebelah malam pula, saya akan sambung workout di rumah. Tetapi tidaklah terlalu lama, dalam 15 minit sahaja kerana setiap pagi pun saya dah keluar berjogging. Apa yang penting saya akan pastikan badan saya tidak terlalu ‘dimanjakan’ walaupun hanya duduk rumah sahaja,” tambah Farhan lagi.

Farhan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepadanya selama ini, lebih-lebih lagi untuk berjuang di dalam pencarian Hero Remaja.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI