Setelah beberapa bulan berhempas pulas menonjolkan bakat dan potensi diri, pencarian Hero Remaja 2023 akhirnya melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada Aiman Ameer selaku Juara.
Menerusi kemenangan ini, Aiman Ameer, 23 tahun, telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Fitri Farok yang membawa pulang RM7,000 beserta trofi.
Empat lagi peserta Hero yang turut bertanding pada pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 malam ini ialah Azri Safix, Evertts Gomes, Hakim Khan dan Jay Iskandar.
Berbeza daripada edisi-edisi sebelum ini, pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja telah disatukan menerusi satu edisi buat tontonan umum menerusi tayangan di Astro Ria.
Ads
Malam finale ini turut menyaksikan 12 peserta akhir harus melalui dua cabaran berbeza iaitu pertunjukan bakat dan sesi soal jawab bersama juri.
Ternyata tuah milik Aiman Ameer apabila namanya dinobatkan sebagai Juara menggantikan takhta Mierul Aiman selaku Hero Remaja 2021.
Juara Hero Remaja 2023 yang berasal dari Johor Bahru ini turut akui bahawa dirinya cukup terkejut apabila namanya diumumkan oleh Fazziq Muqris.
Ads
Turut berkesempatan berkongsi pahit manis yang dilalui selama ini bersama pihak REMAJA setelah acara melabuhkan tirai.
“Sejujurnya, saya ‘speechless’ ketika nama disebut kerana persaingan amat sengit. Semua peserta memberikan persembahan yang terbaik dan juri-juri pun banyak memberikan komen positif kepada mereka,” ujarnya.
Beliau turut dipilih sebagai Hero Inspirasi berdasarkan hasil diskusi daripada pihak Remaja dan pihak produksi di atas positiviti, usaha dan dedikasi yang diberikan sepanjang Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 berlangsung.
Manakala, Hero Favorite hasil undian peminat di laman web Remaja menjadi milik Razin Qidran
Untuk makluman, pencarian Hero Remaja & Dewi Remaja merupakan sebuah jenama yang sudah pun mencecah usia 38 tahun sejak penganjurannya. Dewi Remaja mula dianjurkan pada tahun 1985 manakala Hero Remaja pula bermula sejak tahun 1990.
Selama 38 tahun jenama ini bertapak di Malaysia, ramai anak seni berkualiti telah dilahirkan menerusi platform ini. Misalnya, pelakon terkenal Fattah Amin, Neelofa, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Raysha Rizrose, Shaza Bae, Meerqeen, Anna Jobling dan ramai lagi.
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari dua ini di saat melihat dataran Masjidil Haram ditutup seketika untuk pembersihan bagi membasmi wabak Covit-19, hati kita pasti terasa sayu. Agak jarang dataran ditutup, tiada yang berebut-rebut mencium Hajar Aswad, berdoa di Multazam yang mustajab doanya, bersolat di Makam Nabi Ibrahim, berdoa di Pancuran Emas, solat di Hijr Ismail.
Pergilah ke ceruk dunia mana pun, London, Switzerland dan mana-mana namun bagi yang pernah dipanggil Allah taala ke Makkah dan Madinah, pasti di hati dan bibir kita menyebut betapa rindunya kita untuk ke sana. Rindu untuk beribadah.
Sama ada sedar atau tidak, di sebalik isu Covit-19 yang memaksa Kerajaan Arab Saudi menyekat visa kemasukan bagi menunaikan Umrah sejak akhir-akhir ini dan ramai tertanya-tanya adakah ibadah Haji dapat dilaksanakan tahun ini, pasti ramai antara kita tidak menyedari bahawa sejarah mencatatkan bahawa ibadah Haji, Rukun Islam ke lima pernah tidak dilaksanakan sebanyak 40 kali dalam sejarah dunia.
Dataran Masjidil Haram ditutup beberapa jam untuk pembersihan kuman bagi membendung wabak Covit-19 baru-baru ini
REMAJA kongsikan info grafik yang dilakukan oleh page JejakImani yang berkongsi maklumat mengenai fakta sejarah harus umat Islam pelajari.
Sumber : Fb Syed Mohd Khair Aljufri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini penonton disajikan dengan filem romantis Last Christmas sempena sambutan hari Natal yang bakal menjelma, kini sebuah lagi filem Krismas tetapi dengan genre berbeza, seram dan misteri akan menemui penonton pada cuti sekolah ini.
Black Christmas merupakan filem remake arahan Bob Clark pada tahun 1974 yang menggunakan judul yang sama. Riley Stone dan rakan-rakannya daripada kumpulan Mu Kappa Epsilon, Marty, Kris dan Jesse, bercadang untuk mengadakan parti bersempena cuti perayaan Krismas.
.
Namun pelajar di Kolej Hawthorne dilanda ketakutan apabila seorang demi seorang ahli pertubuhan wanita di kampus itu telah dibunuh oleh seorang penghendap. Kejadian itu menyebabkan mereka tidak lagi mempercayai lelaki, termasuk lelaki yang diminatinya, Landon, teman lelaki Marty, Nate serta pensyarah mereka, Profesor Gelson. Kumpulan itu kemudiannya bekerjasama untuk mencari dan melawan pembunuh tersebut.
.
Dibintangi oleh Imogen Poots, Aleyse Shannon dan Brittany O’Grady, kami pasti ramai yang gemar menonton filem bergenre seram ini dan disebabkan itu, Remaja nak beri sepasang tiket percuma kepada pembaca bertuah untuk turut sama menonton tayangan perdana Black Christmas pada tarikh berikut:
Tarikh: 10 Disember 2019
Masa: 8.15 malam
Lokasi: TGV 1 Utama
Korang hanya perlu menjawab soalan mudah seperti berikut:
Penyertaan terbuka kepada individu yang tinggal di sekitar Lembah Klang bagi memudahkan urusan pemberian tiket. Untuk korang yang tak dapat join, jangan lupa saksikan Black Christmas bermula 12 Disember 2019 di seluruh pawagam tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lesen memandu adalah perkara yang paling penting untuk dimiliki kerena dengan adanya dokumen ini, masyarakat kita bebas untuk memandu ke mana sahaja. Malah, sekiranya kita melancong ke luar negara, terdapat beberapa negara yang menerima lesen memandu dari Malaysia tanpa perlu memiliki lesen memandu Antarabangsa.
Walau bagaimanapun, kadar bayaran lesen memandu kini nampaknya sudah meningkat jika mahu dibandingkan dengan waktu lalu. Kalau dulu, sewaktu penulis mengambil lesen kereta manual (D) harganya baru sekitar RM600 lebih, namun kini tidak lagi ya.
Kredit foto: arinaholdings.wordpress
Terdapat beberapa peraturan baru lesen memandu diperkenalkan. Antaranya setiap institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini bagi tahun 2020, termasuk kereta dan motosikal.
Selain itu juga, khabarnya ujian tanpa penguji akan mula dilaksanakan sebelum hujung tahun ini. Wah, macam best je. Hiks!
Jom kita semak senarai harga lesen memandu mengikut kategori:
Motosikal (B2) – RM350
Kereta Manual (D) – RM1,150
Kereta Automatik (DA) – RM1,250
Kredit foto: imkl.com
Di Malaysia, individu seawal usia 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc, manakala lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila sudah genap berusia 17 tahun. Untuk lesen E (bas/lori) pula, korang kena tunggu sehingga umur 21 tahun terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, harga lesen memandu ini juga terpulang mengikut sekolah memandu dan negeri juga. Jadi, jika korang ingin mengambil lesen memandu, sila semak di sekolah memandu pilihan korang.