Juara Miss Eco International yang baharu telah pun diumumkan sebentar tadi. Wakil dari Filipina, Kathleen Paton yang tampil mempesona dan cerdas telah memukau perhatian para juri lantas berjaya membawa mahkota tersebut pulang ke negaranya.
Dia dimahkotakan oleh pemenang Miss Eco International 2020, Gizelle Uys dan diperhatikan oleh pemegang lesen Miss Eco International, Dr Amaal Rezk. Wakil dari Belgium dan Amerika Syarikat pula berada dalam kedudukan tempat kedua dan ketiga. Miss Eco International membawa isu-isu tentang kesedaran pentingnya menjaga alam sekitar untuk kehidupan yang lebih baik.
Ketika sesi soal jawab di peringkat top 5 bagi menentukan juara, Kathleen telah ditanya,“Sebagai pemegang gelaran, anda seorang tokoh masyarakat. Adakah penting untuk kekal neutral dalam isu sosial yang kontroversi atau menggunakan gelaran anda untuk mempromosikan kepercayaan anda sendiri, dan mengapa?
“Sejujurnya itu adalah soalan yang sukar kerana kita berada di barisan utama yang berdepan dengan pendapat dan negativity setiap hari, terutamanya di media sosial. Saya percaya sebagai seorang pemimpin dan sebagai seseorang yang sangat berpengaruh dalam masyarakat, kita kadang-kadang terpaksa menggunakan suara kita dalam keadaan fikiran yang sangat neutral kerana kita mempunyai kedudukan yang sangat berpengaruh.
“Tetapi dalam berbuat demikian kita juga perlu menggunakan suara kita untuk mendorong orang lain untuk mempertahankan apa yang betul, dan saya fikir ia memerlukan banyak usaha terutama dalam menonjolkan kompas moral yang terbaik,” jawabnya bernas.
Ads
Wakil Malaysia, Prasana Shri menamatkan perjuangannya di kedudukan kelima dan pada malam tersebut dia turut dinobatkan sebagai pemenang Best Eco Dress. Satu pencapaian yang cukup membanggakan. Sebelum ini di pusingan awal, dia telah pun dinobatkan sebagai pemenang Miss Elegant dan juga Best Evening Gown.
Prasana ketika berada dalam sesi soal jawab top 5 telah menerima soalan tentang apakah kualiti terbaik yang ibu bapa boleh ajar kepada anak-anak mereka. Jawab wanita berusia 25 tahun ini, “Kualiti terbaik yang boleh diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka ialah rasa hormat. Hormat antara satu sama lain, hormat semua orang di sekeliling kita dan alam sekitar, dunia. Selain daripada itu, mereka harus mengajar mereka bagaimana menjadi baik, dan menjadi orang yang dipercayai kepada orang ramai.
“Kerana kita berada di dunia ini bersama-sama dengan orang di sekeliling kita. Jika kita tidak mempercayai dan menghormati mereka, tiada siapa yang akan menghormati kita. Sentiasa memberi dan menerima, dan menghormati semua orang.”
Kostum nasional ‘Pasar Tani’ yang dipersembahkan Prasana ketika sesi pembukaan pentas finale Miss Eco international 2022.
Syabas REMAJA ucapkan, dan semoga tahun hadapan wakil Malaysia akan membawa pulang gelaran juara pula.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
We are in LOVE with this collection! (pun intended)
Setakat pertengahan tahun ini, puluhan projek kolaborasi eksklusif yang dilancarkan oleh jenama-jenama sneakers di seluruh dunia telahpun direbut oleh sneaker heads.
Kita seakan ‘dimanjakan’ oleh jenama berkenaan apabila satu-persatu rekaan kolaborasi tersebut tampil menarik, di luar kotak dan sama sekali tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Antara kolaborasi sneakers terbaru adalah yang koleksi Skechers x JGoldcrown. Artis mural terkenal, James Goldcrown telahpun mencipta koleksi lain daripada yang lain apabila beliau membawakan paten ikonik daripada lukisan muralnya pada dinding sebagai paten pada sneakers yang dilancarkan.
Bagi korang yang familiar dengan ‘signature’ James, pastinya korang sudah terbiasa melihat hasil mural ‘spray can’ yang berwarna-warni dan berbentuk calitan hati yang bertindih. Artis mural dan jurufoto yang dilahirkan di West London ini mula mendapat perhatian ramai sejak rekaannya berjudul Love Mural dipertontonkan di acara Miami Basel pada tahun 2015.
Sehingga kini, James telah menempa nama dengan begitu pantas di media sosial apabila tanda pagar #Lovewall telahpun digunakan sekerap 50,000 kali.
“Mesej yang dikeluarkan oleh James Goldcrown adalah rasa kasih sayang dan positiviti. Ia jelas dapat dilipat pada hasil kerja mural beliau dan ia adalah mesej yang amat diperlukan oleh masyarakat di seluruh dunia sekarang. His uplifting designs will be appreciated by Skechers fans everywhere,” ulas Presiden Skechers iaitu Michael Greenberg.
Setelah koleksi Skechers X JGoldcrown ini dilancarkan di Amerika Syarikat pada Januari lalu, kini peminat jenama Skecher di Malaysia kini boleh mendapatinya di sini.
Antara model yang REMAJA gemari adalah model OG seperti Uno Street Shoes dan D’LITES Sport Shoes.
Setiap sandal ini menerima sentuhan ‘mural hati’ James Goldcrown dan pada masa yang sama, menjamin keselesaan mereka sewaktu berjalan.
*
Menariknya, Skechers sedang menawarkan promosi 3 keping pelitup muka khas James Goldcrown sebagai token setiap kali korang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 di stor fizikal dan onlineSkechers!
Apa korang tunggu lagi, rebutnya cepat okay sementara stok masih ada!
Terdahulu, REMAJA pernah melihat bagaimana sneakers kolaborasi Skechers X Chinatown Market menerima sentuhan doodle oleh pelukis dari Bingka Studio.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Edisi kelima Miss Universe Laos telah pun melabuhkan tirai pada Sabtu lalu menyaksikan Payengxa Lor dinobat sebagai pemenang.
Seiring kemenangannya itu, dia mendapat mandat untuk mewakili negara itu ke pertandingan Miss Universe yang bakal berlangsung Januari tahun hadapan bertempat di New Orleans, Amerika Syarikat.
Gadis berusia 21 tahun ini cukan calang-calang orangnya. Di merupakan pelajar jurusan pengurusan perniagaan di Kolej Lao-American dan dalam masa yang sama bergelar seorang guru bahasa Inggeris.
Selain itu, wanita cantik ini merupakan seorang pengasas bersama sebuah pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan yang dikenali sebagai Hmong Women Network. Pertubuhan tersebut merupakan satu platform untuk memperkasakan wanita.
Setelah memenangi mahkota Miss Universe Laos, Lor mendedikasikan kemenangannya di Instagram. Dia menyatakan bahawa kemenangannya merupakan satu langkah pertama dan masih ada langkah seterusnya yang harus di lalui.
Dia juga berterima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang telah memberikan sokongan sejak permulaannya menyertai pertandingan itu.
Selain Payenxa, Phaimany Lathsabanthao dan Lattana Munvilay telah diumumkan sebagai naib juara dan pemenang tempat ketiga, manakala Soudthida Bounluetai dan Souphaphone Houngheuang menamatkan saingan sebagai 5 finalis terbaik.
Laos mula menghantar wakil ke Miss Universe pada 2017, setakat ini tiada lagi wakil negara itu berjaya menembusi jajaran semifinalis. Namun pada tahun 2018 menerusi wakilan On-anong Homsombath, Laos telah memenangi kategori Kostum Nasional terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang memilih untuk mengamalkan pengambilan minuman detoks kerana manfaat yang diperoleh sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Apa yang paling best, minuman ini dapat membantu untuk menurunkan berat badan.
Nak menyediakan minuman detoks ini juga tidaklah begitu susah dan kosnya juga tak terlalu mahal.
Untuk detox, beri tumpuan kepada buah dan sayur yang memberi nutrien baik untuk kulit.
Sitrus (lemon, oren, limau gedang) – Buah sitrus memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen kerana kandungan vitamin C yang tinggi dan dianggap sebagai anti-oksidan.
Strawberi – Strawberi kaya dengan asid, folat dan vitamin C, yang masing-masing berfungsi untuk meneutralkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Ellagic acid juga membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV.
Epal – Epal kaya dengan asid maleik, yang membantu membersihkan dan melembutkan kulit dengan memperbaharui sel kulit.
Timun – Timun penuh dengan antioksidan, termasuk vitamin C, beta-karoten, dan mangan. Ia juga menghidrat, mundi intui kulit lembut bagaikan bayi.
Pudina – Pudina kaya dengan antioksidan dan flavonoid. Pudina terkenal untuk menenang dan menyembuhkan keradangan dan merawat jerawat.
Tembikai – Tembikai membantu membuang toksin dalam badan dan penuh dengan antioksidan, yang membantu melawan radikal bebas.
Cuka epal – Cuka epal kaya dengan enzim yang membantu menyeimbangkan bakteria di usus. Ia juga membantu melancarkan penurunan berat badan dengan membantu penghadaman.
Aloe vera – Aloe vera terkenal dengan sifat penyembuhannya apabila digunakan secara topikal pada kulit. Walau bagaimanapun, ia juga dapat digunakan secara dalaman untuk mengatasi masalah usus dan juga dapat membantu melahirkan kulit yang lebih cerah dan berseri.
Halia – Halia mempunyai banyak sifat anti-radang dan anti-bakteria. Ia berkesan untuk menjaga kulit cantik dan bersinar dengan mengurangkan keradangan dan menjaga kulit sentiasa terhidrat.
Buah tropika (betik, nanas, kiwi, jambu) – Buah tropika penuh dengan vitamin C yang membantu mempertahankan kulit daripada radikal bebas. Vitamin C juga membantu menghasilkan kolagen. Betik mengandungi sejumlah besar vitamin A, enzim penting yang membantu menyembuhkan kulit yang rosak dengan mempercepat pertumbuhan semula sel.
Setiap kombinasi buah-buahan ini juga membantu menghilangkan kekotoran dari badan anda, yang seterusnya membantu mendorong kulit yang cerah dan bersinar.
Mudah disediakan, minuman ini mampu membantu sistem tubuh menyahtoksin dan memecahkan lemak. Walau bagaimanapun, korang tidak boleh hanya bergantung kepada rutin minuman detoks sahaja jika inginkan kulit dan badan yang ramping dan sihat.
Pemakanan diet seimbang serta workout juga sangat membantu untuk buatkan kulit korang flawless.
Tak percaya? Try lah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!