Filem ‘Thor: Love And Thunder’ Akhirnya Dapat Disaksikan Peminat Malaysia Di..

Share

 

Biarpun pelbagai bantahan telah dilakukan oleh peminat filem francais Marvel sebelum ini susulan pembatalan tayangan filem Thor: Love And Thunder bulan lalu, akhirnya Malaysia dapat juga menyaksikan filem tersebut bermula 8 September ini.

Begitupun, ia sekadar dapat ditonton menerusi platform atas talian Disney+ Hotstar dan bukannya di layar pawagam.

Sebelum ini, filem arahan Taika Waititi ini telah menimbulkan kontroversi kerana  dikatakan mengandungi elemen-elemen LGBTQ dalam jalan ceritanya dan akhirnya tidak diluluskan untuk tayangan awam.

ARTIKEL BERKAITAN : Thor: Love And Thunder Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia, Warganet Minta Penjelasan – REMAJA

Namun kini bersempena sambutan Disney+ Hotstar Day pada 8 September ini, korang bolehlah menontonnya di platform tersebut.

Selain filem Thor: Love And Thunder, beberapa lagi naskah baharu yang akan menemui pelanggan Disney+ Hotstar termasuklah Obi-Wan Kenobi: A Jedi’s Return

, Welcome To The Club (filem pendek baharu yang dipetik daripada jalan cerita The Simpsons), The Zone: Survival Mission (siri variety show terbaru melibatkan hos Yoo Jae-seok, Lee Kwang-soo dan Kwon Yuri) dan Tierra Incognita.

Kandungan baharu lain yang turut diumumkan ialah Pinocchio, episod terbaru She-Hulk: Attorney At Law, Cars On The Road, Growing Up dan Epic Adventures With Bertie Gregory

.

BACA LAGI : Peminat Pandora & Marvel Assemble! Edisi Collectors Terbaru Ini Memang Wow – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN