Berlatarkan tahun 1980an, filem ini berkisarkan tentang Joker yang gagal mencipta nama dalam bidang komedi dan tidak dihiraukan oleh masyarakat. Arthur Fleck berkeliaran di sekitar Bandar Gotham dengan berpakaian seperti badut, berdepan dengan samseng ganas.
Dalam pada dia hilang kewarasan sedikit demi sedikit, dia mula mencetuskan kekecohan dan malapetaka di bandar tersebut dan menjadikannya seorang penjenayah ikonik yang dikenali sebagai Joker.
Kehebatan lakonan Joaquin Phoenix membawa watak Arthur Fleck memang tidak boleh disangkal lagi. Karakter psycho yang dibawanya mampu memainkan emosi penonton.
Ads
Ramai yang memuji kehebatan filem ini dan maka, tidak hairanlah filem ini berjaya memperoleh kutipan USD93 juta (RM389 juta) dalam tempoh satu minggu.
Ads
Kutipan ini telah berjaya menewaskan filem Venom pada tahun lalu hanya berjaya mengutip kira-kira sekitar USD80 juta (RM335 juta).
Ads
Bagi kutipan seluruh dunia pula, Joker berjaya memperoleh USD 140.5 juta (RM689 juta) dan sekali gus disenaraikan sebagai filem kutipan tertinggi bulan Oktober ini.
Empat tahun peminat BIGBANG menantikan berita gembira ini.
Akhirnya, YG Entertainment pada hari ini mengesahkan bahawa grup popular di bawah label mereka, BIGBANG bakal melakukan kemunculan semula; yang pertama selepas tempoh hampir empat tahun.
Kali terakhir BIGBANG muncul sebagai sebuah grup di khalayak ramai adalah sewaktu mereka meluncurkan single digital berjudul Flower Road pada Mac 2018 dengan jumlah ahli yang lengkap.
Sejak itu, banyak yang telah berlaku ke atas BIGBANG termasuklah kes mahkamah Seungri sehingga memaksa penyanyi tersebut meninggalkan empat ahli lain untuk berhenti bersara daripada industri hiburan.
Dalam tempoh itu juga, G-Dragon, T.O.P, Taeyang dan Daesung juga telah berjaya menamatkan servis ketenteraan yang diwajibkan ke atas semua warganegara lelaki di Korea Selatan. Malah, Taeyang juga menjadi ahli pertama menamatkan zaman bujangnya dan bakal meninang cahaya mata tidak lama lagi.
(Dari Kiri) : Daesung, G-Dragon, Taeyang dan T.O.P.
Menurut YG, BIGBANG akan meluncurkan lagu baharu pada musim bunga ini. Sekalipun tarikh rasmi pelancarannya masih belum didedahkan, rakaman lagu tersebut khabarnya telah disiapkan dan mereka sedang rancak mengikuti penggambaran video muziknya pula.
Cuma, sedikit memeranjatkan apabila YG Entertainment turut mengumumkan pemergian T.O.P yang tidak lagi akan berada di bawah pengurusan syarikat itu selepas ini.
16 tahun tempoh T.O.P menjadi anak didik YG dan bagi rapper berkarisma itu, sudah tiba masanya untuk dia bergerak secara lebih bebas sebagai seorang artis dan usahawan. Tapi korang jangan risau kerana T.O.P masih sebahagian daripada grup BIGBANG.
“Kami menghormati keinginan T.O.P untuk memperluaskan lagi skop aktiviti perseorangannya selain aktiviti promosinya bersama BIGBANG. Dia telah membuat keputusan ini setelah persetujuan dengan ahli yang lain.
“Selagi syarat-syaratnya masih sama, T.O.P akan sentiasa menyertai aktiviti BIGBANG apabila dia mampu melakukannya,” catat kenyataan itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun ini masih belum diketahui. Namun, rakyat Malaysia rata-rata sudah bersedia untuk menempuhinya, kecuali golongan pengundi muda atau dipanggil sebagai first timer voters ini.
Seperti kebiasaan, saat kali pertama kita melakukan sesuatu, pasti rasa ragu-ragu itu wujud.
“Betul ke cara ni, adakah keputusan aku ini tepat atau apakah hasil daripada tindakan aku?”
Di sebalik ketidak pastian itu, kami yakin ada satu perkara yang akan dipersetujui oleh semua golongan muda tanpa mengira kepercayaan parti. Kami semua sama sekali tidak menyokong politik yang berpaksikan bangsa dan sama sekali tidak menyokong politik yang berpaksikan umur.
* * * * *
Mudah bagi masyarakat untuk menjatuhkan persepsi kepada golongan muda. Kononnya, kami generasi yang disuap, kami tidak tahu erti kepayahan zaman dan kami tidak mengerti apa itu politik dan inti patinya.
Maka, mengapa generasi muda harus ‘kesah’ mengenai hala tuju politik negara? Mengapa mereka perlu menagih perhatian agar suara mereka didengari.
Semua persepsi sempit itu mungkin boleh berkesan 30 atau 40 tahun yang lalu. Kini, golongan muda bukan lagi boleh dianak tirikan apabila tiba masa untuk meluahkan hasrat dan pendapat mereka.
Salah satu daripada hasrat tersebut adalah untuk melihat hentinya sentimen umur dan bangsa ketika masyarakat memilih teraju negara tidak lama lagi melalui Pilihan Raya Umum 2018.
Ahli politik muda daripada kedua-dua cabang Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH) pada amnya menyokong cadangan agar sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan dilakukan secara terbuka, tulus dan centralized.
Namun, apabila tiba masa untuk menghentikan politik yang bersifat umur dan bangsa, semua orang berdiam diridan mengundur ke belakang. Kata mereka, ahli politik muda tidak mempunyai kuasa dan hak untuk berdepan dengan ombak majoriti senior yang sudah terbiasa dengan sentimen umur dan bangsa.
Apa saja masalah yang dihadapi, umur dan bangsa akan diungkit dulu. Demi memancing undi, umur dan bangsa dijadikan faktor utama. Sampai bila strategi lapuk umur dan bangsa ini akan diteruskan jika kita ingin melihat negara berkembang; bukan saja dari aspek pembangunan fizikal tetapi juga dari aspek mentaliti individu serta masyarakat.
Eksko pemuda UMNO, Rahman Husin pernah berkata, politik bersifat bangsa adalah hasil daripada sistem supply & demand.
Rahman Hussin semasa sesi wacana kendalian akhbar Sinar Harian.
Dalam bahasa mudah, jika masyarakat di sesuatu kawasan majoritinya adalah dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama, maka figura pemimpin yang akan tercalon juga haruslah seiring dengan identiti masyarakat. Bukannya disebabkan kebolehan dan perwatakan kemimpinan yang ada.
Syed Saddiq Abdul Rahman pula berkata institusi politik Malaysia harus terlebih dahulu dibebaskan daripada konkongan umur mahupun bangsa. Dalam dialog bersama Sinar Harian bulan lalu, Syed Saddiq berpendapat politik Malaysia masih mampu melihat gabungan pemimpin berpengalaman dan pemimpin baru.
Namun, sekiranya tampuk kepimpinan parti pembangkang juga masih dipelopori oleh pemimpin berusia 93 tahun (Tun Mahathir), Datuk Seri Dr Wan Azizah (64), Datuk Seri Anwar Ibrahim (70) mahupun Lim Kit Siang (76), peluang untuk melihat suara dan pengaruh golongan muda dalam kepimpinan negara dilihat amat samar.
Mahu atau tidak, kita harus akui bahawa sukar untuk golongan pemimpin senior menukar corak pemikiran dan cara pentadbiran. Sama ada BN mahupun PH, kedua-duanya enggan mengubah formula pentadbiran lama.
Terma ‘berubah’ dalam hal ini bukan setakat mengubah tampuk kepimpinan negara. Namun, golongan muda ingin melihat perubahan yang lebih mendalam. Mampukah kerajaan yang akan datang meninggalkan formula lapuk politik umur dan bangsa di mana mereka tidak lagi memisahkan kepentingan dan keperluan rakyat berdasarkan kategori?
Mampukah? Sebagai pengundi muda, kamu mampu mencorakkan perubahan tersebut pada Pilihan Raya Umum kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, keakraban antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan pelakon, Bella Astillah meraih perhatian ramai sekali lagi. Lebih lagi apabila Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (33) kali ini membawa Bella pulang ke kampung halamannya.
Walau bagaimanapun, kemesraan yang dipamerkan oleh dua anak muda itu adalah disebabkan tuntutan kerja yang mana mereka telah dilantik menjadi duta kepada jenama fesyen tempatan terkenal, Primavalet.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X, Syed Saddiq menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan bernilai lebih RM1 juta yang diterima untuk diagihkan kepada warga Muar.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pemberian bantuan tersebut merangkumi pakaian tradisional, jubah, telekung dan bakul makanan.
“RM1 juta untuk Muar, Alhamdulillah. Saya dapat apa? Dapat kasih sayang dan rasa gembira yang luar biasa”
“Apabila saya melihat mereka yang kurang bernasib baik gembira, itu menjadikan saya orang paling gembira,” kata beliau.
RM1juta untuk Muar ❤️
Alhamdulillah.
Saya dapat apa? Dapat kasih sayang & rasa gembira yang luar biasa.
Menurut Syed Saddiq, bantuan berkenaan melibatkan 3,456 baju Melayu dan baju kurung untuk kanak-kanak, manakala 1,625 pasang pakaian tersebut diperuntukkan kepada golongan orang tua.
Tambahnya lagi, rakyat Muar juga akan diberikan sumbangan seperti 500 telekung, 500 jubah dan 800 bakul makanan.
“Macam mana boleh dapat semua ini? Bukan dengan bercuti, tetapi dengan menjadi model, buat sesi penggambaran dan panjat Gunung Kinabalu. Saya akan buat apa sahaja untuk manfaat warga Muar,” ujarnya.
Terdahulu, aksi kedua-dua mereka mendaki Gunung Kinabalu pada Januari lalu bersama menarik perhatian warga internet, ditambah lagi penampilan berbaju tradisional Melayu dengan Bella berbaju kurung, manakala Syed Saddiq memakai baju Melayu lengkap bersamping.
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.