Disangkakan semalam bakal menjadi hari yang dinanti-nantikan oleh Hero Remaja 2023 dan pelakon muda, Aiman Ameer apabila filem sulung lakonannya berjudul Strike: Silat Cult Master sepatutnya ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 13 Februari 2025.
Namun, lain pula ceritanya apabila kesemua pawagam berkenaan diarahkan menundakan tayangan filem itu berikutan isu gagal membayar gaji pekerja.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib ketika ditemui media pada Rabu, Mallory Lee selaku pemilik syarikat produksi Katana Film Sdn Bhd yang menerbitkan filem itu tidak membuat bayaran kepada sekitar 50 kru termasuklah para pelakon.
Pelakon filem Strike: Silat Cult Master dan juara Hero Remaja 2023, Aiman Ameer.Pelakon filem Strike: Silat Cult Master dan finalis Hero Remaja 2023, Azri Safix.
Aduan diterima pada 3 Januari 2025 dan Mallory serta para kru dipanggil untuk mesyuarat kali pertama dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).
Turut dipanggil ketika mesyuarat kedua pula adalah pelabur filem. Memasuki mesyuarat ketiga, para kru bersetuju untuk memberi ruang kepada Katana Film Sdn Bhd membayar secara ansuran.
Ads
Mereka bersetuju dengan terma bayaran sebanyak 30 peratus terlebih dahulu agar filem Strike: Silat Cult Master boleh ditayangkan terlebih dahulu manakala kutipan filem boleh digunakan untuk membayar baki bayaran sebanyak 70 peratus lagi.
Namun, terma tersebut tidak mampu direalisasikan oleh pihak Katana Film Sdn Bhd apabila bayaran masih gagal dilunaskan. Isu berpanjangan ini memaksa FINAS mengeluarkan arahan penangguhan sehingga isu bayaran diselesaikan.
Pengasas Katana Film Sdn Bhd, Mallory Lee.
Menurut laporan, Azmir berkata pihaknya dimaklumkan hanya para pelakon yang telah menerima bayaran manakala bayaran kepada kru produksi masih tergantung membuatkan mereka marah.
Ads
Demi menjaga ketenteraman dan agar isu bayaran ini boleh diselesaikan terlebih dahulu, Azmir merasakan tindakan menunda tayangan filem ini adalah sesuatu yang wajar demi kebaikan semua pihak dan industri perfileman Malaysia sendiri.
Sebagai rekod, filem Strike: Silat Cult Master dibintangi oleh Aiman Ameer, Azri Safix (finalis Hero Remaja 2023), Fify Azmi, Jay Izwazir, Muhammad Lokman dan Trisha Ooi.
Ads
Ia mengisahkan tentang usaha Izra lakonan Aiman Ameer yang ingin membalas dendam terhadap pembunuh ibunya, Abil (Jay Iswazir) dan kumpulan samsengnya. Izra meneruskan latihan silat di bawah bimbingan Tok Rahmat (Muhammad Lokman) dan di situlah Izra bertemu dengan Kris (Azri Safix) sehingga mereka bertukar dewasa.
Kris membawa diri dan begitu juga dengan Izra yang masih berusaha menemui Abil dan kumpulannya. Sepanjang perjalanan it, Izra menemui sekumpulan individu yang memiliki kemahiran seni mempertahankan diri yang akhirnya membantu Izra untuk menumpaskan Abil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa sedar, Skuter elektrik kian popular digunakan di Malaysia sebagai pengangkutan jarak pendek yang mesra alam.
Bukan itu sahaja, ramai yang mengunakan Personal Electric Vehicle (PEV) ini sebagai kenderaan untuk ke kampus mahupun ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakkan jalan raya.
Namun kalau korang yang ada kenderaan mikromobiliti tak kira la e-bike, escooter, euc mahupun e-skate ia ditakrifkan sebagai kenderaan yang dikuasakan elektrik, dan mampu mencapai kelajuan maksimum 50km/j. Korang kena ambil tahu hal ini.
Takut nanti kena saman pula!
Mungkin disebabkan sikap segelintir pengguna PEV yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kira isu keselamatan orang ramai, terutamanya pengguna jalan raya, perkara berkaitan kenderaan mikromobiliti telah termaktub dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020. Ia telah diluluskan di Dewan Rakyat, dan akan dibentangkan di Dewan Negara.
Melalui perkongsian Menteri Pengangkutan Malaysia, beliau menyentuh tiga perkara yang perlu dipandang serius, iaitu:
1) Isu keselamatan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya lain, kerana tiadanya perlindungan insurans. Jika berlaku kemalangan, individu yang berkenaan akan menghadapi masalah kewangan. Bagi pengguna lain, mereka pula yang terpaksa keluarkan duit sendiri atau membuat tuntutan insurans sendiri bagi tujuan membaiki kenderaan atau untuk perlindungan kesihatan mereka.
2) Setelah RUU Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 diluluskan dan menjadi undang-undang kelak, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan mengawal selia jenis-jenis penggunaan kenderaan ini seperti mewajibkan pendaftaran dan mempunyai lesen memandu termasuk jika bersesuaian, melarang penggunaan jenis-jenis kenderaan sebegini daripada digunakan di atas jalan raya.
3) Kelak, setelah diwartakan dan menjadi undang-undang, MOT akan mengelaskan jenis-jenis kenderaan di bawah kategori mikromobiliti ini. Mana yang wajar dilesen dan didaftarkan, akan diwajibkan berbuat demikian. Mana-mana jenis yang dari segi keselamatan tidak sesuai digunakan secara bercampuran di atas jalan raya, akan dihalang daripada digunakan atas dasar keselamatan dan kepentingan pengguna jalan raya yang lain.
Dengan perkembangan baru ini, kita akan mendengar lanjut mengenai pindaan undang-undang dan kenderaan yang tertakluk dibawahnya dalam masa terdekat ini.
So apa pandangan korang tentang perkara ini, perlu ke kita nak ambil lesen E-scooter ni?
Berita baik buat warga Universiti Selangor (Unisel) kerana korang bakal menikmati akses internet lebih pantas apabila kelajuan jalur lebar di institut tersebut dinaik taraf kepada 1.2 GB sesaat (Gbps) bermula tahun ini.
Menurut Selangorkini, Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata usaha penambahbaikan menerusi projek transformasi itu merupakan peningkatan 200 megabait sesaat (Mbps) berbanding kapasiti sedia ada tahun lalu.
Menurutnya lagi, kampus Bestari Jaya menawarkan 10 Mbps kelajuan internet kepada setiap individu, manakala capaian kepantasan sehingga 40 Mbps untuk setiap individu di kampus Shah Alam. Kelajuan ini terpantas jika dibandingkan dengan beberapa universiti awam dan swasta lain di Malaysia, khususnya diluar kawasan bandar.
Akses internet ini juga khabarnya bakal menampung hampir keseluruhan kawasan kampus, termasuk ruang akademik, kafetaria dan penempatan pelajar.
Wah, syoklah pelajar Unisel lepas ni. Hiks!
Unisel juga merupakan universiti pertama milik Kerajaan Negeri yang menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat tercanggih bagi membantu memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran pensyarah dan pelajar.
Diharap dengan adanya kemudahan ini dapat memberikan semangat buat penuntut untuk lebih terus berusaha dan belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.
Anugerah Meletop Era 2021 (AME 2021) bakal menemui peminat pada awal tahun 2022 nanti. Walaupun dianjurkan pada tahun hadapan, khabarnya Astro tetap akan mengadakan majlis anugerah itu secara norma baharu.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, penonton mungkin akan dibenarkan untuk menghadiri acara itu bagi memeriahkan lagi malam kemuncak AME 2021.
Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan negara ketika itu, tetapi tetap akan diteruskan dengan SOP yang telah ditetapkan.
Apa yang lebih menarik, pencalonan tahun ini melibatkan selebriti yang diperkenalkan menerusi platform Hero Remaja dan Dewi Remaja dalam kategori Artis Baharu MeleTOP.
Nabil Aqil, Nadhir Nasar, Meerqeen dan Shaza Bae merupakan antara finalis yang tercalon bagi kategori Artis Baharu MeleTOP. Turut sama memberikan saingan bagi kategori ini ialah kumpulan Dolla, Cik B, Yonnyboi dan ramai lagi.
Nampaknya, tahun 2021 memberi tuah buat selebriti baharu yang diperkenalkan menerusi platform Hero Remaja dan Dewi Remaja apabila kehadiran mereka dalam industri hiburan tanah air mendapat perhatian ramai dan dirasai impaknya.
Ini memandangkan mereka turut tercalon dalam beberapa kategori yang diperkenalkan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH-34) bagi peringkat undian awal, baru-baru ini.
Tahniah kami ucapkan kepada mereka berempat kerana berjaya menempatkan diri dalam pencalonan anugerah hiburan tempatan biarpun baru menjejakkan langkah ke dalam industri ini. Selamat maju jaya Remaja ucapkan kepada mereka semua.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.