Filem Joker Jatuh Di Tangga Kedua, Maleficent Mistress of Evil Catat Kutipan Tertinggi

Share

Kehebatan pelakon legend Angelina Jolie masih tidak boleh disangkal lagi kerana buktinya, filem terbaru Maleficent Mistress of Evil masih mampu mengutip kutipan box office di seluruh dunia.

Seawal minggu pertama membuka tirai, filem terbaru lakonan Angelina Jolie ini sudah pun mencatat kutipan sebanyak $153 juta dolar seluruh dunia. Walau bagaimanapun,untuk pasaran domestik ia masih tidak mampu untuk menyaingi filem pertamanya apabila hanya mampu mengutip $36 juta dolar berbanding $69.4 juta dolar yang dicatatkan pada 2014.

Filem yang menjadi buah mulut masyarakat apabila kisahnya diangkat sebagai salah satu filem yang penuh dengan mesej, Joker hanya mampu berada ditangga kedua cara box office Amerika Syarikat dengan kutipan $29.2 juta dolar pada minggu ketiga tayangan.

Joker kini telah berjaya mengutip kutipan sebanyak $737.5 juta dolar di seleuruh dunia dan nampaknya filem ini berpeluang mengatasi kutipan beberapa filem superhero DC seperti Suicide Squad dan Wonder Woman.

Sementara itu, filem sekuel Zombieland: Double Tap yang sudah pun ditayangkan di Amerika Syarikat berjaya mencatat kutipan diluar jangkaan apabila meraih $26.7 juta berbanding filem pertama mereka hanya $24.7 juta.

Filem animasi The Addams Family meraih kutipan sebanyak $16 juta dolar pada minggu lalu dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $56 juta dolar. Filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 31 Oktober 2019.

BACA: #WayangRemaja: Menangi Tiket Tayangan Perdana The Addams Family

Okay kalau korang nak jadi yang pertama menonton filem The Addams Family bersama Remaja, jom sertai peraduan Wayang Remaja dengan hanya menjawab soalan mudah.

Kita tengok mampu tak filem tersebut mengatasi kutipan Maleficent Mistress of Evil?

Sumber: Kakimuvee

IKLAN