Minggu lalu Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengerahkan tenteranya untuk menyerang Ukraine selepas usaha diplomasi selama beberapa minggu dan sekatan dikenakan oleh Barat gagal menghalang Putin.
Ekoran daripada situasi itu, filem The Batman diumumkan tidak akan ditayangkan di Rusia selepas serangan yang dilakukan mereka terhadap Ukraine. Satu kenyataan telah pun dibuat oleh jurucakap WarnerMedia, mereka akan menilai situasi krisis yang berlaku itu sebelum membuat keputusan baharu.
“Berdasarkan krisis kemanusiaan yang berlaku di Ukraine, WarnerMedia akan menghentikan penayangan filem The Batman buat sementara waktu dan menilai semula situasi krisis yang berlaku.
“Kami berharap agar ada satu penyelesaian secara damai berhubung tragedi ini,”
Ads
Keputusan ini dibuat adalah sebagai reaksi daripada industri perfileman Hollywood yang tidak menyokong peperangan. Selain Warner Bros, Disney juga tidak akan menayangkan filem-filemnya di Rusia termasuklah filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang akan ditayangkan bermula 5 Mei dan Lightyear pada 16 Jun depan.
Tidak hanya itu, platform penstriman digital Netflix juga turut menolak untuk menayangkan saluran-saluran televisyen dari Rusia di platform mereka.
Ads
Begitulah keputusan yang telah dibuat oleh kebanyakan negara, malah dalam arena sukan juga ada pasukan-pasukan negara lain yang tidak mahu berlawan dengan Rusia atas tindakan kejam yang dilakukan oleh mereka.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya untuk menangkap SEORANG penceroboh, syarikat recording terkenal Korea Selatan iaitu SM Entertainment memerlukan TIGA PULUH orang anggota polis untuk berada di tempat kejadian.
Kejadian pencerobohan masuk ke dalam bangunan SM yang terletak di Gangnam, Seoul ini berlaku kira-kira tengah malam tadi.
Ketika kebanyakan staf tiada di pejabat kerana cuti hujung minggu, penceroboh lelaki yang namanya dirahsiakan itu mengetuk cermin bangunan di aras basement sehingga pecah dan menceroboh masuk.
Dia kemudiannya menggunakan tangga kecemasan dan mencuba setiap pintu masuk ke dalam pejabat.
Kebetulan, pintu di aras 7 bangunan tidak berkunci dan penceroboh bertindak masuk sebelum ahli keselamatan menyedari kehadirannya.
30 orang anggota polis terlibat dalam operasi selama sejam untuk menenangkan lelaki tersebut sebelum dia diberkas. Mengikut undang-undang, dia boleh dikenakan cas tindakan menceroboh.
Walaupun identiti lelaki tersebut dirahsiakan, laporan daripada media Soompi berkata dia seakan tidak siuman. Ini kerana dia mendakwa mendengar ‘suara penyanyi Korea’ memanggilnya ke dalam bangunan.
Err, agak-agak Red Velvet ke yang panggil dia? Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah namanya rezeki, walaupun tidak sampai tiga bulan berumah tangga. Pelakon cantik manis Bollywood berlesung pipit, Alia Bhatt dan suaminya, Ranbir Kapoor bakal menimang anak sulung.
Foto Via BBC
Berita gembira itu dikongsikan sendiri pelakon filem ‘Gangubai Kathiawadi’ di laman Instagramnya.
Alia mendedahkan dia dan suami, Ranbir Kapoor bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi menerusi entri yang ditulisnya dengan ringkas.
“Anak kami.. Tidak lama lagi” coretnya
Malah perkongsian tersebut turut dibanjiri dengan pelbagai komen dan titipan ucapan tahniah dari rakan industri seperti Karisma Kapoor, Prinka Chopra, Preity Zinta, Madhuri Dixit dan ramai lagi selebriti bollywood lain.
Sekadar info, Alia Bhatt mendirikan rumahtangga bersama suami, Ranbir Kapoor pada bulan April 2022. Malah, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor bertemu di set filem pertama yang menggandingkan mereka berdua, Brahmastra arahan Ayan Mukerji dan jatuh cinta.
Ranbir Kapoor merupakan cucu kepada lagenda Bollywood Raj Kapoor. Ini bermakna, sepupu kepada Ranbir termasuklah pelakon adik-beradik popular; Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor. Manakala, Alia Bhatt pula ialah anak perempuan kepada pengarah Bollywood, Mahesh Bhatt dan pelakon, Soni Radzan.
Tahniah Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor. Confirm baby dorang ni cute macam mummy daddy dia..hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan ini terdapat 8 lagi drama Korea terbaharu pilihan REMAJA yang bakal ditayangkan March ini. Antara yang menjadi pilihan adalah drama lakonan Song Hye-kyo dalam The Glory yang akan ditayangkan di saluran Netflix.
Selain itu, banyak lagi drama menarik yang bakal mencuri hati penonton dan berikut adalah senarai kdrama terbaharu bulan March 2023.
“The Glory”
Antara Kdrama yang dinanti-nantikan sambungannya ialah “The Glory”. Membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam. Bahagian 2 drama ini akan memfokuskan kepada watak Song Hye-kyo yang akan membalas dendam kepada setiap pembulinya.
Pelakon utama: Song Hye-kyo, Lim Ji-yeon, Lee Do-hyun, Jung Sung-il
Tarikh tayangan: 10 Mac
Platform: Netflix
JOSEON ATTORNEY
“Joseon Attorney” mengisahkan tentang seorang peguam yang ingin membalas dendam terhadap musuh yang membunuh ibu bapanya. Dalam naskhah ini, Woo Do-hwan merupakan seorang peguam yang mempunyai daya tarikan dan kecerdasan yang hebat.
Pelakon utama: Woo Do-hwan, Bona WJSN, Cha Hak-yeon
Tarikh tayangan: 31 Mac
Platform: MBC
DELIVERY MAN
“Delivery Man” akan menceritakan kisah seorang pemandu teksi yang dapat melihat hantu dan mereka bekerjasama untuk menyelesaikan jenayah.
Pelakon utama: Yoon Chan-young, Bang Mi-nah
Tarikh tayangan: 1 Mac
Platform: TVING, Viki, Viu
OASIS
“Oasis” ialah sebuah drama berlatar belakangkan Korea Selatan dari tahun 1980 hingga 1990, mengikuti tiga pemuda yang berjuang bermati-matian untuk melindungi impian dan persahabatan mereka serta satu-satunya cinta pertama mereka.
Pelakon utama: Jang Dong-yoon, Seol In-ah, Choo Young-woo
Tarikh tayangan: 6 Mac
Platform: KBS
PANDORA: BENEATH THE PARADISE
Untuk pengetahuan, “Pandora: Beneath The Paradise” ialah sebuah drama balas dendam tentang seorang wanita, yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.
Pelakon utama: Lee Ji-ah, Lee Sang-yoon, Jang Hee-jin, Park Ki-woong
Tarikh tayangan: 11 Mac
Platform: tvN
ROMANTIC GUEST HOUSE
“Romantic Guest House” ialah sebuah drama percintaan misteri yang mengisahkan tentang empat remaja termasuk Yoon Dan-oh (Shin Ye-eun), pemilik rumah tamu Yihwawon yang bebas daripada stereotaip, dan tiga pelajar asrama yang menyimpan rahsia.
Pelakon utama: Shin Ye-eun, Ryeoun, Kang Hoon, Jung Gun-joo
Tarikh tayangan: 20 Mac
Platform: SBS, Viki
DIVORCE ATTORNEY SHIN
Berdasarkan webtoon popular, “Divorce Attorney Shin” akan menceritakan kisah seorang peguam perceraian berbakat yang bernama Shin Sung-han, bekas pemain piano klasik yang tiba-tiba menukar laluan kerjayanya kepada undang-undang perceraian apabila dia menerima berita yang mengejutkan.
Pelakon utama: Cho Seung-woo, Han Hye-jin, Kim Sung-kyun, Jung Moon-sung
Tarikh tayangan: 4 Mac
Platform: JTBC, Netflix
DUTY AFTER SCHOOL
“Duty After School” ialah drama thriller sains fiksyen yang membawa kisah semua pelajar di seluruh Korea terpaksa menyertai tentera dan berlawan makhluk asing bagi menambah markah ekstra sebelum peperiksaan kebangsaan.
Pelakon utama: Shin Hyun-soo, Lee Chun-ho, Im Se-mi, Park Eun-young
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.