Fesyen Hijab Wig Warna Warni, Amacam Onz Tak Onz?

Share

Baru-baru ini viral di media sosial tentang salah seorang juri di sebuah pertandingan dangdut di Indonesia yang memakai hijab wig.

Rupa-rupanya, Iyeth Bustami telah menggayakan fesyen hijab wig ini sejak tahun 2014 yang lalu. Kalau korang tengok dalam akaun instagram miliknya, pelbagai foto gaya hijab berwarna-warni yang unik diperagakan oleh wanita ini.

Jom kita lihat antara fesyen hijab wig yang diketengahkan oleh penghibur dari Indonesia ini.

Amacam onz tak onz?

Hm, kalau nak komen lebih pun kami tak berani. Tapi, yang kita semua sedia maklum, berhijab tu bukanlah sekadar menutup rambut kan?

Betul tak?

IKLAN