Pada 21 Disember depan, Dewan A, MAEPS Serdang akan menjadi lokasi paling panas di Malaysia apabila One Love Music 2024 berlangsung! Festival muzik ini dijangka akan mengumpulkan lebih daripada 4,000 peminat muzik dari Malaysia dan Indonesia.
Acara ini bukan sahaja tentang muzik, bahkan juga perpaduan dan persatuan, dengan artis-artis terkenal seperti Kugiran Masdo, Hujan, Bunkface, Feby Putri, Salma Salsabil, Drama Band, Nadin Amizah dan ramai lagi yang pastinya akan membuatkan semua orang teruja!
Festival ini adalah hasil usaha Tuff KL, sebuah jenama yang pertama kali muncul pada tahun 2021. Tuff KL ditubuhkan oleh Muhammad Zul Aqil (atau lebih dikenali sebagai John), yang mula-mula terkenal dengan merchandise mereka sebelum bergerak ke penganjuran festival muzik.
“One Love Music 2024 bukan sekadar hiburan; ia adalah simbol pengukuhan hubungan antara pelbagai komuniti melalui muzik. Dengan tema perpaduan, festival ini bertujuan untuk menyatukan pelbagai budaya, muzik, dan orang melalui satu platform yang sama,” kata penganjur.
Ads
Selain itu, acara ini turut mendapat sokongan daripada MOVETIX, platform yang disokong oleh AirAsia MOVE. MOVETIX memudahkan semua peminat untuk tempah tiket, penerbangan, dan penginapan semua dalam satu aplikasi. Hassan Choudhury, Ketua Pegawai Eksekutif MOVETIX, yakin acara ini akan menggalakkan lebih ramai orang untuk datang ke Malaysia, sekali gus memberi kesan positif kepada industri pelancongan.
Buat anda yang suka dengan dunia media sosial, jangan risau sebab One Love Music 2024 juga bekerjasama dengan lebih 50 influencer dan lebih 20 universiti di seluruh negara! Mereka semua berperanan sebagai duta untuk mempromosikan festival ini.
Ads
Tidak lupa, kerjasama dengan Dzili Empire dan beberapa jenama tempatan lain menjadikan festival ini lebih dari sekadar acara hiburan. Ia juga menyediakan peluang untuk anda belajar tentang dunia perniagaan dan membina jaringan sosial dengan komuniti kreatif tempatan.
Bagi peminat muzik, festival ini menawarkan pelbagai genre muzik, dari pop hingga ska, jadi tak kira apa jenis muzik yang korang minat, pasti ada yang sesuai! One Love Music 2024 bukan hanya tentang muzik, tetapi tentang menghargai kepelbagaian dalam budaya kita dan meraikan identiti Malaysia.
Ads
Jika anda semua nak jadi sebahagian daripada pengalaman luar biasa ni, tiket boleh didapati sekarang di www.ticketmelon.com/olmfest. Terdapat beberapa pilihan tiket, termasuk Early Bird, General Admission, Rockzone, dan Meet & Greet eksklusif.
Jadi, jangan tunggu lagi! Pastikan anda tak terlepas One Love Music 2024 – festival muzik yang bukan sahaja menggegarkan, tetapi juga menyatukan hati dan semangat kita semua.
Let’s get ready to feel the vibe, unite through music, and make memories that will last a lifetime!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak PKP dilancarkan di negara kita, sistem pembelajaran di universiti/kolej sudah pun dikendalikan secara online.
Sumber : www.jamessweetman.com
Ada pensyarah yang memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyediakan video presentation dan disebabkan itu seorang pengguna diinstagram yang dikenali sebagai _cikguamyza telah pun berkongsi cara menyediakan video dengan cara menyunting video pembentangan menggunakan aplikasi Kinemaster.
Jom kita ikuti video yang dikongsikan oleh Amyza Mohamad Yusop yang juga pelajar semester akhir ijazah pendidikan sains fizik di UiTM Puncak Alam
1. Pertamanya, anda perlu menyediakan skrin hijau menggunakan mana-mana kain berwarna hijau sebagai latar belakang. Rakam video berdasarkan slide yang telah disediakan.
2. Kedua, tukar slide pembentangan kepada bentuk imej. Anda boleh menangkap layar slide yang diperlukan.
3. Import imej slide dan video yang telah dirakam ke dalam Kinemaster. ‘Crop’ jika perlu.
4. Pilih dan aktifkan ‘Chroma Key’. Pilih nisbah yang bersesuaian untuk menghilangkan skrin hijau di belakang anda.
5. Ubah saiz dan letakkan video pada slide. Siap.
Tambahan Amyza yang pada masa yang sama menjadi hometutor, Pastikan tidak memakai pakaian berwarna hijau ketika rakaman.
Semoga bermanfaat kepada korang yang terpaksa menjalani kelas online mahupun korang yang bekerja dari rumah.
Sumber : Instagram _cikguamyza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negara baru menyambut hari kemerdekaan ke 61 pada 31 Ogos lalu. 16 September ini pula kita akan meraikan Hari Malaysia. Sekali pun sudah 61 tahun merdeka tapi ada sesetengahnya belum merdeka pun perangainya terutama bila dapat sterang dan duduk atas litar jalan raya. Korang tak caya, meh tengok apa perangai jelik biasa korang buat! Tabiat ini biasa dilakukan ramai orang, tak kira remaja mahupun dah tua. Kalau kita marah-marah tu, itu tandanya kita dah biasa buat.
1) Tak kisah dengan saman AES – Sejak 1 September lalu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mengambil alih Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)atau biasa orang sebut AES. Jeliknya baru dua hari diambil alih oleh kerajaan, JPJ sudah mengeluarkan 1,268 saman trafik. Ia membabitkan kesalahan had laju (1,121 saman) dan kesalahan lampu isyarat (147 saman). Jumlah samannya RM300 dan perlu bayar dalam tempoh 60 hari. Kalau tidak sila hadap saman. Bukanlah susah sangat nak perlahankan kenderaankan bila nama lambang kamera tu tapi tetap nak pecut juga. So hadap ajer.
2) Pandu laju sampai brek ngam-ngam belakang kereta orang – Ramai yang berangan nak jadi Alonso macam F1 tapi sayang enjin tak sampai tahap tu. Tapi biasanya kelajuan 110km, selagi boleh pecut sampai enjin bergegar itulah kita akan buat. Bila orang depan brek mengejut, kita pun hampir-hampir tertonggeng nak langgar belakang kereta orang lain.
3) Nak masuk simpang tak rajin bagi signal – Nie lagi sakit hatikan. Masuk simpang tak malas nak bagi signal. Bila orang hon dia tunjuk pulak penumbuk ajak gaduh.
4) Lampu tinggi sebelah– Pergh, ini satu masalah dan memang jelik punya perangai. Kadang lampu depan rosak pun tak perasan. Tapi bila tahu rosak, guna pulak lampu tinggi sampai silaukan mata pemandu lain. Nak tukar bukan mahal pun, tak sampai beratus pun. Memang sakit hatikan kalau belakang kita kereta lampu tinggi sebelah nie.
5) Suka berenti “berjemaah” tengok kemalangan– Okay, rakyat Malaysia memang prihatin. Kita memang digalakkan membantu orang lain dalam kesusahan tapi bila atas jalan raya. Kalau korang tengok dah ramai bantu, tak yah lagi sama perlahankan kenderaan sama.
6) Suka “blok” jalan susur sebab nak potong barisan – Pernah kena tak. Sebab dia tengok jalan masuk susurnya dah jem, pemandu jenis biasanya akan ambil paling hujung sekali kemudian dia akan himpit. Mula-mula sorang buat kemudian semakin banyak. Akibatnya jalan jem teruk sebab laluan terhalang.
7) Suka hon biar pun orang dah bagi signal – Bukan nak cakap apa, kadang pemandu dah bagi signal nak masuk ke lane sebelah tapi tetap bagi hon panjang sebab nak tunjuk lagak. Memang menyampah kalau jadi beginikan.
8) Bawa kereta terlalu perlahan – Kes ini banyak berlaku pada pemandu wanita dan golongan berusia. Memang tak salah ikut peraturan tapi kadang kalau terlalu perlahan sampai jalan jadi jem, itu yang jadi jeliknya.
9)Pemandu lori “himpit” kenderaan kecil – Biasa tak korang kena? Kes-kes ini biasanya melibatkan pemandu lori, bas ekspress yang cuba “road bully” pemandu kenderaan kecil. Sebabnya dia tahu himpit bagaimana pun dia tetap menang.
10)Lepas saja kamera AES, pecut semula kenderaan – Biasanya sebelum kamera AES, papan tanda amaran sudah dimaklumkan sekurang-kurangnya tiga papan tanda. Nampak saja kamera tu, banyak kereta akan perlahankan kenderaan mereka. Tapi tengok lepas kamera, pecutnya ya rabbi.
Tapi satu REMAJA nak tanya kat korang, kenapa asal hari Jumaat jer berlaku kesesakan lalu lintas luar biasa jemnya. Ada tak sapa-sapa boleh jawapkan. Asal hari Jumaat jumlah kenderaan terlampau banyak, betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita mengenai Lay yang menyepi dalam aktiviti EXO masih menjadi tanda tanya. Terbaru, EXO-L (fan club EXO) dikejutkan pula dengan berita D.O atau nama sebenar Do Kyungsoo tidak memperbaharui kontrak untuk terus berkerja di dalam grup EXO.
D.O yang kini mula dikenali dalam industri lakonan Korea dengan drama 100 days My Prince dan filem Along with the gods telah membuktikan bahawa D.O atau lebih dikenali sebagai Do Kyungsoo dalam industri lakonan, bukan saja seorang yang boleh menyanyi dan menari, malah mempunyai bakat dalam bidang lakonan!
Media tempatan memberitahu bahawa D.O merupakan satu-satunya ahli yang belum lagi memperbaharui kontraknya.
“Baru-baru ini, semua ahli EXO kecuali Do Kyung SoO bersetuju untuk memperbaharui kontrak mereka.
“Bagaimanapun, hingga ke saat akhir, dia (D.O) berkeputusan untuk tidak perbaharui kontrak setelah berdepan dengan perbincangan dan rundingan yang rumit,” kata sumber.
Menurut Allkpop, D.O tidak mencapai kata sepakat dalam kontrak tersebut, dan mempunyai perancangan untuk bergerak solo. Namun, SM Entertainment syarikat yang menjaga EXO, menafikan berita tersebut dan meminta agar semua peminat dan media menunggu kenyataan rasmi daripada syarikat tersebut.
“Khabar angin yang mengatakan bahawa D.O tidak mahu memperbaharui kontrak bersama kami tidak benar. Kami mempunyai banyak masa sebelum kontrak tersebut tamat. Apa-apa pun, nantikan kenyataan rasmi dari kami.” wakil SM.
Kumpulan yang debut pada tahun 2011 dengan lagu Mama itu telah mempunyai 6 album tidak termasuk Winter Album. Terdiri daripada 12 orang, 6 daripadanya banyak membuat promosi di China, namun 3 daripada ahli yang berasal dari China telah keluar dan menyaman syarikat tersebut. Ahli yang masih bertahan adalah Suho, Xiumin, Chen, Lay, Baekhyun, Chanyeol, Sehun, Kai dan D.O.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!