One day those ‘assets’ are out and the next day, they are out of the question!
Okay, mungkin perumpamaan tersebut tidaklah tepat. Bagaimanapun, ia nyata bersesuaian dengan peraturan baharu yang perlu dipatuhi oleh para selebriti yang bakal berjalan di karpet merah Festival Filem Cannes 2025.
Sepanjang acara berprestij itu berlangsung dari 13 Mei hingga 24 Mei 2025 itu, ratusan selebriti antarabangsa dijangka muncul di karpet merah sebagai salah satu tradisi di Festival Filem Cannes.
Namun berbeza pada tahun ini, pihak organisasi secara rasmi mengharamkan pemakaian busana separa telus pandang yang memaparkan bentuk tubuh badan.
Ads
Selain itu, busana berskala dempak atau lebih besar daripada kebiasaan turut diharamkan pada tubuh pemakai terutamanya dalam kalangan selebriti wanita.
Kedua-dua bentuk pengharaman ini adalah demi menjaga prestij, kesopanan acara dan demi memastikan laluan karpet merah Festival Filem Cannes kekal lancar tanpa apa-apa gangguan.
Sekiranya ada di antara tetamunya yang menyalahi peraturan baharu yang ditetapkan ini, pasukan organisasi tidak akan teragak-agak untuk menghalang akses kemasukan ke dalam kawasan Grand Théâtre Lumière di sana.
Sekiranya korang masih ingat dengan insiden pada tahun lalu, beberapa selebriti terkenal termasuklah penyanyi Kelly Rowland, pelakon Republik Dominika Massiel Taveras serta pelakon dan penyanyi Korea Selatan YoonA (Girl’s Generation) dilaporkan berdepan isu kekasaran melibatkan seorang anggota keselamatan wanita di Festival Filem Cannes.
Ads
Massiel TaverasYoonA
Turut dilaporkan berlaku pada tahun lalu adalah kesukaran mendapatkan tempat duduk selesa di dalam dewan tayangan filem disebabkan saiz gaun sebilangan aktres yang terlampau besar.
Tambahan lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini terlalu ramai selebriti wanita yang semakin berani mengenakan ‘gaun telanjang’ di karpet merah tersebut dengan memperagakan ‘aset’ mereka tanpa segan silu termasuklah Bella Hadid dan Kendall Jenner.
(Dari Kiri): Bella Hadid dan Kendall Jenner.
Malah di karpet merah Anugerah Grammy baru-baru ini, insiden gaun mencolok mata terus berlaku melibatkan isteri penyanyi rap, Bianca Censori yang dikecam oleh peminat muzik seluruh dunia yang mempersoalkan mengapa ia boleh dibenarkan terjadi.
Tashi Choden, gadis berusia 23 tahun mencipta momen bersejarah apabila dia berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Bhutan yang pertama kalinya diadakan dinegara itu.
Walaupun begitu, Tashi bukanlah orang baharu dalam dunia ratu cantik. Sebaliknya dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan Miss Citadel Pune 2017 di India bahkan sebelum itu dia dinobatkan sebagai Miss Indo Bhutan Fest 2016.
Pada tahun 2018 dia menyertai pertandingan Miss Asia, walaupun tidak berjaya mendapat tempat, dek keramahan dan personaliti menarik, dia dianugerahkan dengan gelaran Miss Congeniality. Setahun kemudian, dia sekali lagi mewakili Bhutan di pertandingan Miss Supermodel Worldwide 2019 dan berjaya tembus ke kedudukan top 15 serta dinobatkan sebagai pemenang Best Catwalk.
Dengan pengalaman yang luas dalam dunia ratu cantik, tidak hairanlah gadis tinggi lampai ini berjaya mengalahkan 24 peserta lain untuk merebut gelaran Miss Universe Bhutan 2022. Seiring dengan kemenangan, dia akan menjadi wakil pertama negara tersebut ke pentas berprestij Miss Universe.
Menerusi sebuah video khas untuk pertandingan ini, Tashi berkongsi, “Selain daripada kepercayaan, saya juga percaya dengan sedikit magis. Bukan untuk muat dalam kasut kaca Cinderella tetapi lebih kepada untuk memecahkan sekatan masyarakat untuk lebih maju ke hadapan.”
Para peserta tampil anggun menggayakan pakaian tradisional wanita Bhutan.
Sekadar informasi untuk pembaca REMAJA, Bhutan merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara China dan India. Negara ini merupakan satu-satunya negara yang diiktiraf sebagai negara karbon negatif kerana persekitarannya yang terpelihara dan tiada pembangunan berleluasa dibenarkan.
Secara fakta, 60 peratus kawasan negara itu digazet supaya dikekalkan sebagai hutan, manakala binaan bangunan di sana tidak dibenarkan melebihi enam tingkat pembinaannya. Usaha ini dilakukan untuk menjaga keharmonian alam sekitar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mood keseluruhan di acara anugerah BAFTA yang merupakan anugerah paling berprestij untuk dunia perfileman dan televisyen di Britain jelas sedikit muram berbanding tahun-tahun lalu.
Ini berikutan berita kemangkatan Duke of Edinburgh, Prince Philip yang disahkan telah menghembus nafas terakhir pada hujung minggu lalu setelah sekian lama dalam keadaan gering.
Atas rasa hormat terhadap pemergiaan mendiang datuknya, Duke of Cambridge, Putera William yang pada asalnya dijadualkan untuk membuat kemunculan di karpet merah serta di acara tersebut memutuskan untuk tidak menyertai BAFTA pada tahun ini.
“Kami bersimpati terhadap keluarga diraja buat masa ini.”
Selaku presiden persatuan BAFTA sejak tahun 2010, Putera William telahpun menjadi salah seorang VVIP yang sering mencemar duli menghadiri acara berprestij tersebut bersama Duchess of Cambridge, Kate Middleton.
Penghormatan turut diberikan menerusi gaya dan fesyen para penggiat seni dan selebriti yang dicalonkan untuk kategori masing-masing serta mereka yang menjadi penyampai anugerah.
10 gaya pilihan kami ini berjaya menarik perhatian pemerhati fesyen dengan stail elegan serta menangkis tanggapan bahawa busana serba hitam akan kelihatan membosankan.
Phoebe Dynevor Louis Vuitton
.
Rose Bryne Miu Miu
.
Priyanka Chopra Ronald van der Kemp
.
Youn Yuh-Jung Dior Couture
.
Sophie Cookson Giorgio Armani
.
Felicity Jones Valentino
.
Emerald Fennel Roland Mouret
.
Vanessa Kirby Versace
.
Daniel Kaluuya Alexander McQueen
.
Koser Ali Alexander McQueen
*
Kalau korang masih ingat, anugerah BAFTA pada tahun 2018 juga dihadiri oleh jemputan yang memakai busana serba hitam disebabkan oleh pergerakan MeToo yang hangat diperkatakan pada waktu itu sebagai tanda solidariti memerangi ketidak adilan terhadap wanita.
Pernah tak bila nak pergi kerja atau nak keluar kita dah siap-siap pakai baju baru perasan baju tu tiba-tiba jadi melekap pada badan.
Atau pun dah penat-penat gosok tudung tapi bila pakai tak menjadi sebab asyik melekat kesan daripada elektrik statik. Tension kan!
Biasanya itulah kali terakhir kita pakai baju atau tudung sebegini sebelum kita simpan terus dalam almari.
Kalau terjadi ini lakukan 5 tip ini untuk menghilangkan kesan elektrik statik tersebut.
1. Gesel pakaian dengan penyangkut baju jenis besi
Logam ini bertindak menyerap bahan yang menghasilkan elektrik statik itu. Atau boleh juga gosok logam pada kulit sebelum mengenakan pakaian ini terutamanya kain sutera.
2. Selit pin di bahagian dalam pakaian
Pin yang diperbuat dari logam ini akan menyerap elektrik statik yang terhasil dan mencegah kain dari menempel pada kulit.
3. Guna spray rambut
Semburkan penyembur rambut biasa pada pakaian kemudian barulah dipakai. Jaga jarak supaya cairan tidak meninggalkan bekas pada pakaian.
4. Sembur dengan air
Masukkan air dalam bekas penyembur lalu sembur pada bahagian kain yang melekap pada kulit.
5. Lembapkan kulit
Sapu losyen pada bahagian badan di mana pakaian melekap pada kulit. Lembapan ini akan menghilangkan kekeringan kulit yang menyebabkan pakaian melekat.
Cara mencegah
Elektrik statik ini terhasil apabila pakaian bergesel ketika proses membasuh pakaian. Anda boleh mencegah ia terjadi dengan:
Masukkan cuka putih ketika proses membilas pakaian. Elak dari meletakkannya bersama dengan sabun. Cuka putih boleh melembutkan kain dan mencegahnya dari menjadi keras dan kering.
Masukkan kertas aluminium yang dijadikan seperti bebola ke dalam mesin cuci masa membasuh pakaian. Tapi masukkan ia sewaktu baru memulakan cucian, bukan sewaktu pengeringan.
Jika pakaian terkena elektrik statik selepas dikeringkan kemungkinan pakaian ini terlebih kering. Sebaiknya gunakan suhu rendah atau kurangkan waktu pengeringan.
Bunyi cengkerik yang bersahutan, kicauan burung dari celah kanopi hutan dan desiran dedaun yang ditiup angin menjadi ‘playlist’ pertama yang menyambut ketibaan Remaja sebaik...