Fenomena ‘Full Moon’ Bantu Kapal Ever Given Beralih Di Terusan Suez

Share

Jika di Malaysia kita gerun dengan fenomena air pasang, kerana boleh mengakibatkan banjir besar. Namun, fenomena alam ini jugalah yang membantu kapal kargo sebesar empat padang bola sepak yang tersadai di terusan Suez. Kapal ini tersekat menyerong merintangi terusan itu sejak Selasa lalu yang akan menyebabkan rangkaian bekalan dunia tergendala dan menelan kos berbilion terhadap ekonomi global.

Untuk info, pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini termasuklah mengorek tebing bagi melepaskan busur kapal yang tersangkut namun tidak berjaya sehinggalah berlakunya fenomena air pasang semasa bulan penuh pada 28 Mac baru-baru ini.

Menurut Space.com, fenomena itu dipercayai telah menyumbang kepada pembebasan kapal Ever Given kerana fenemona ‘full moon’ merujuk kepada kedudukan bulan yang berada paling hampir dengan planet Bumi.

 

Menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA), tarikan graviti bulan ketika ia memasuki fasa baru atau bulan penuh menyebabkan fenomena air pasang surut berlaku dengan lebih dramatik. Malah, fenomena bulan perigee yang dijangka berlaku pada 30 Mac ini (bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi pada orbitnya) juga dijangka akan menyumbang kepada ombak yang ekstrem.

“Kita dibantu dengan gelombang pasang surut yang kuat pada petang ini,” kata Peter Berdowski, CEO Boskalis, firma yang ditugaskan membebaskan kapal karga Ever Given.

“Kesannya, anda mempunyai kuasa alam yang menolak kuat bersama anda, dan tolakan mereka lebih kuat daripada apa yang dua kapal tunda boleh tarik,” katanya.

Jadi, ingatlah setiap apa yang berlaku di muka bumi ini ada sebab da asbabnya. 

Sumber: Space.com

IKLAN