Pengacara dan personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya menzahirkan kesyukuran ke hadrat llahi apabila anak perempuan kesayangannya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.
Fedtri berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran video di entri Instagram miliknya, semalam.
Menerusi perkongsian itu, bapa kepada empat cahaya mata itu sama sekali tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk anaknya itu meraih keputusan cemerlang seluruh A dalam kesemua mata pelajaran.
“Ya Allah syukur, keputusan UPKK dah keluar. Tahniah sayang daddy, Indah Sutera Jannah!
Ads
“Kakak study sampai renyuk buku sebab subjek Sirah dan Tauhid agak mencabar. Tak yakin sangat dapat 8A, syukur ya Allah,” katanya.
Dalam pada itu, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu turut menzahirkan penghargaan buat para guru sekolah anaknya yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh pembelajaran.
Ads
Fedtri juga berharap agar kejayaan tersebut dapat menjadi inspirasi buat anak-anaknya yang masih kecil dalam pembelajaran di masa akan datang.
“Terima kasih para ustaz dan ustazah. Daddy dan mama menitis air mata. Kejayaan kecil namun besar untuk kami sekeluarga, inspirasi untuk adik-adik,” coretnya lagi.
Ads
Sekadar informasi, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika mereka sama-sama terlibat dalam program Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.
Hasil 13 tahun usia perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aktres jelita, Nina Kho Siew Ching atau lebih dikenali sebagai Nina KSC, berkongsi pengalamannya ketika menjalani penggambaran di China.
Menurutnya, mereka memberikan layanan sangat berbeza mengikut status seseorang dalam produksi.
Tambah aktres berusia 33 tahun itu, pelakon yang memegang watak utama akan diberikan keistimewaan luar biasa berbanding pelakon dan kru lain yang terlibat.
“Di China, mereka beri layanan berbeza ikut watak. Kalau pelakon utama, disediakan bilik khas yang tidak boleh dimasuki oleh pelakon lain.
“Pihak penerbit, pengarah dan pelakon utama akan menerima makanan dalam kotak mewah dengan lapan jenis lauk. Bungkusan pun lebih cantik.
“Manakala untuk kru lain, mereka hanya diberi bungkusan biasa,” katanya kepada Remaja.
Mengimbas kembali satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakannya, Nina turut berkongsi bagaimana dua orang kru produksi pernah dimarahi gara-gara menumpang keretanya untuk pulang ke tempat penginapan.
“Pernah saya mahu tumpangkan dua kru balik ke tempat penginapan. Tapi mereka dimarah dan dihalau, sedangkan kereta saya besar. Mereka juga tinggal di hostel berdekatan hotel saya.
“Individu yang marah itu sentiasa cakap lemah-lembut dengan saya dan beri layanan baik. Tidak sangka dia boleh marah kru produksi dengan teruk,” ujarnya.
Walaupun diberikan layanan baik sebagai pelakon, Nina secara peribadi tidak selesa dengan suasana bekerja di China. Katanya, budaya kerja di Malaysia jauh lebih mesra dan adil.
“Di Malaysia, kita layan semua orang sama rata. Tiada yang lebih tinggi atau rendah. Kita siap berkongsi segala perkara.
“Saya memang tak selesa dengan suasana di sana. Tak seronok bila berada dalam persekitaran begitu,” kongsinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi lelaki pop kelahiran Malaysia, Eison Chaiditemui mati semalam di sebuah bangunan stesen MRT dekat daerah Luzhou, New Taipei di Taiwan.
Kata wakil polis di precint Luzhou, New Taiepei kira-kira lapan jam yang lalu, Eison, 40 dipercayai mati setelah terjun dari bangunan stesen itu sekitar jam 10 pagi semalam.
Lapor Focus Taiwan pula, masih belum ada sebarang makluman lanjut yang dapat diperolehi dan didedahkan buat masa ini. Pihak polis masih dalam fasa siasatan setelah laporan maut mengenai penyanyi dari Kuching, Sarawak ini.
Bagi yang tidak begitu mengenali Eison Chai, beliau telah meninggalkan Kuching pada usia 19 tahun dan ke Taiwan untuk mengejar impian bergelar seorang penyanyi.
Eison kemudian mula mengecapi populariti di sana setelah memenangi pertandingan nyanyian Super Idol musim kedua yang berlangsung dari tahun 2008 hingga 2009. Dia dan rakan-rakannya kemudian menubuhkan sebuah kumpulan rock, 87 sebelum meluncurkan album debut berjudul Dream Together.
Eison turut mengahwini pelakon Taiwan, Hitomi Wu aka Wang Tong di samping menubuhkan sebuah perniagaan makanan serta restoran laksa di Ximending, Taiwan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon utama Itaewon Class, Park Seo Joon khabarnya bakal membintangi filem The Marvels dan akan digandingkan bersama pelakon Hollywood, Brie Larson.
Menurut laporan eksklusif Star News, baru-baru ini Park Seo Joon telah pun menyelesaikan internal review dan perbincangan setelah menerima tawaran untuk menjadi salah seorang pelakon dalam siri Marvel itu.
Pelakon berusia 33 tahun ini akan berangkat ke Amerika Syarikat pada pertengahan tahun ini, selepas menyelesaikan penggambaran filem terbarunya Concrete Utopia untuk memulakan penggambaran The Marvels.
The Marvels dibintangi oleh Brie Larson sebagai Kapten Marvel dan Teyonah Parris sebagai Monica Rambeau. Disebabkan The Marvels adalah sekuel kepada Captain Marvel yang merupakan filem superhero wanita pertama Marvel mendapat kutipan lebih daripada $1.1 billion USD, maka penonton meletakkan harapan yang tinggi untuk filem sekuel ini.
Jika memang benar Park Seo Joon bakal membintangi filem box office ini, sudah tentu ia bakal memberikan satu impak positif terhadap industri lakonan Korea kerana berjaya membawa pelakon mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Sama-sama kita nantikan update daripada pelakon Korea ini sendiri. Harapnya menjadilah ya. Hiks!