Fazziq Muqris Teruja Buat Debut Pertama Selepas Hero Remaja Dalam Bunga Hati

Share

Selepas tamatnya pencarian Hero Remaja 2021 pada November lalu, pemenang tempat ketiga Fazziq Muqris terus melangkah ke hadapan setelah menerima tawaran berlakon bagi slot Mega Drama yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria.

Bunga Hati adalah drama pertama lakonan Fazziq selepas berakhirnya Hero Remaja dan kali ini, dia bergandingan bersama pelakon-pelakon hebat seperti Intan Najuwa, Redza Rosli, Fauziah Ahmad Daud, Fify Azmi dan ramai lagi.

Instagram: @fazziqmuqris

“Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk berlakon dalam drama Bunga Hati ini dan dalam masa yang sama, saya agak sedikit gementar kerana sudah lama tidak beraksi di hadapan kamera sebagai seorang pelakon,”

“Namun, peluang ini saya akan gunakan dengan baik untuk membuktikan kebolehan saya sebagai pelakon. Tambahan pula, ini bagaikan satu mimpi apabila saya d bakal membintangi slot Mega Drama di Astro Ria. Alhamdulillah, mungkin ini adalah satu rezeki untuk saya mula menapak dalam dunia hiburan” jelas Fazziq.

Instagram: @fazziqmuqris

Bunga Hati mengisahkan tentang cinta tiga hati antara Dilaila (Intan Najuwa), Amer (Redza Rosli) dan Joshua (Erwin Dawson). Dilaila yang terlalu memendam rasa kerana cinta pertama yang membawanya dalam dilema. Janji yang terpateri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam yang berlum terlerai. Perkenalan dengan seorang doktor bernama Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila.

Instagram: @fazziqmuqris

Dalam drama bersiri 20 episod ini, Fazziq membawakan watak sebagai Farizan, iaitu seorang pemuda yang merupakan kawan baik kepada Amer sejak kecil lagi.

“Apa-apa pun saya berharap agar drama ini mendapat tempat di hati penonton dan sebenarnya saya juga gementar tapi dalam masa yang sama excited untuk menantikan reaksi penonton bagi drama Bunga Hati ini,” tambahnya lagi.

Jangan lupa saksikan Bunga Hati di slot Mega Drama pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam hanya di saluran Astro Ria dan Ria HD.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN