Selepas tamatnya pencarian Hero Remaja 2021 pada November lalu, pemenang tempat ketiga Fazziq Muqris terus melangkah ke hadapan setelah menerima tawaran berlakon bagi slot Mega Drama yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria.
Bunga Hati adalah drama pertama lakonan Fazziq selepas berakhirnya Hero Remaja dan kali ini, dia bergandingan bersama pelakon-pelakon hebat seperti Intan Najuwa, Redza Rosli, Fauziah Ahmad Daud, Fify Azmi dan ramai lagi.
Instagram: @fazziqmuqris
“Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk berlakon dalam drama Bunga Hati ini dan dalam masa yang sama, saya agak sedikit gementar kerana sudah lama tidak beraksi di hadapan kamera sebagai seorang pelakon,”
“Namun, peluang ini saya akan gunakan dengan baik untuk membuktikan kebolehan saya sebagai pelakon. Tambahan pula, ini bagaikan satu mimpi apabila saya d bakal membintangi slot Mega Drama di Astro Ria. Alhamdulillah, mungkin ini adalah satu rezeki untuk saya mula menapak dalam dunia hiburan” jelas Fazziq.
Ads
Instagram: @fazziqmuqris
Bunga Hati mengisahkan tentang cinta tiga hati antara Dilaila (Intan Najuwa), Amer (Redza Rosli) dan Joshua (Erwin Dawson). Dilaila yang terlalu memendam rasa kerana cinta pertama yang membawanya dalam dilema. Janji yang terpateri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam yang berlum terlerai. Perkenalan dengan seorang doktor bernama Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila.
Instagram: @fazziqmuqris
Dalam drama bersiri 20 episod ini, Fazziq membawakan watak sebagai Farizan, iaitu seorang pemuda yang merupakan kawan baik kepada Amer sejak kecil lagi.
Ads
“Apa-apa pun saya berharap agar drama ini mendapat tempat di hati penonton dan sebenarnya saya juga gementar tapi dalam masa yang sama excited untuk menantikan reaksi penonton bagi drama Bunga Hati ini,” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suatu waktu dahulu, aplikasi Face App pernah menjadi tular apabila ia menyediakan fungsi untk menukar wajah seseorang menjadi lebih muda, tua, menukar jantina dan sebagainya.
Setelah ‘sepi’ selama setahun, ia kembali tular apabila ramai netizen yang mulai mencubanya semula dan memuat naik ke akaun media sosial masing-masing.
Oleh itu, kami bertindak ‘nakal’ sedikit dan mencuba aplikasi ini terhadap 12 orang finalis Hero Remaja 2020. Hehe.. *ampun!*
Setelah lima minggu bersiaran di televisyen (dan lima bulan bersama di bawah program Hero Remaja 2017), mungkin ada beberapa para finalis favourite korang yang dah mula menampakkan perubahan.
Perubahan attitude? Ada yang dah jadi kekwat ke?
Eh, mana ada (ke ada..?hehe) Perubahan yang REMAJA maksudkan adalah dari segi luaran mereka. Percaya atau tak, jika nak dibandingkan dengan hari pertama mereka memasuki bilik ujibakat sehinggalah ke hari sebelum episod FINALE yang bakal ditayangkan esok, ada beberapa daripada mereka yang sukar untuk REMAJA cam semula.
Lihat sajalah pada foto before and after setelah finalis TOP 9 korang ini melalui sesi makeover di Shortcut Barber yang terletak di E-Curve Damansara. Hanya dalam masa setengah jam je, ada yang memang betul-betul mengalami perubahan. Siapa agaknya?
HARRIS ANNUAR
Haa, Harris merupakan antara yang paling transform sekali antara semua peserta. Hehe, kalau korang nak tahu, sebelum Harris ambil keputusan untuk mencukur kepalanya botak sekitar Mac 2016, Harris memang memiliki one full set of hair. Serious!
Harris pernah berambut, tambahan pula dengan keturunan keluarga yang mempunyai darah Arab dari sebelah mummy, memang lebat jugalah rambut tu. Tapi lepas dah shave ni, REMAJA akui Harris memang sesuai dengan imej sebegini disebabkan feature wajahnya yang sharp. Tang hidung tu haa.
NABIL AQIL
Nampak macam tak berubah je Nabil… haha. Sebenarnya pada saat episod ini dirakamkan, Nabil baru saja pergi ke salun lalu stylist dari Shortcut Barber berpendapat rambutnya harus dikekalkan seperti ini. Namun, nampak tak perbezaan pada jenis styling product yang digunakan pada Nabil. Nampak sihat rambut Nabil dan lebih ber-volume.
ALIF MUHAIMIN
Yass Alif! Semasa Alif memasuki bilik juri dulu, satu perkara yang serta-merta diperkatakan oleh juri adalah supaya Alif mencukur ‘bulu-bulu’ halus di bawah bibir tu. Lepas cukur, terus Alif kelihatan lebih muda, sesuai dengan umurnya. Untuk sesi makeover ini, stylist telah mengekalkan volume rambut Alif di bahagian atas. Di bahagian tepinya pula, stylist perkemaskan dengan teknik slope agar jawline Alif lebih menonjol pada malam Finale nanti.
SAFWAN NAZRI
Mula-mula tak nak. Safwan perlukan pendapat orang di sekeliling untuk memastikan, betul ke style pendek seperti ini boleh dibawa olehnya. Trust us Safwan, you look so fashion forward! Mentor mereka, Dynas Mokhtar juga berpendapat sedemikian. “Pertama kali saya berjumpa dengan Safwan di set photoshoot Episode Kelima, I was surprised by his transformation. It is a good transformation!” komen Dynas.
ADAM YUSUF
Jika ada award untuk finalis yang paling banyak berubah dari sudut luaran, it will definitely go to Adam Yusuf! Pada hari pertama bersama Adam sekitar Mei lalu, ada di kalangan para juri yang duduk semeja yang melihat Adam sebagai seorang yang serabai. Walaupun memiliki ketinggian yang ideal, jika seorang lelaki itu tak tahu untuk menjaga kekemasan penampilannya, bermakna di seorang yang malas.
Namun, selang beberapa bulan, scruffy Adam has definitely transformed! Selain daripada berjaya mengurangkan berat badan, stail rambut Adam yang digayakan oleh Shortcut Barber juga sangat membantunya untuk menukar imej sebagai peserta Hero Remaja 2017.
FARHAN ASRI
Tiada perubahan drastik yang dilakukan kepada rambut Farhan, namun itu tak bermakna imej rambutnya membosankan. Dengan kepanjangan dan ketebalan rambutnya, Farhan sebenarnya mempunyai potensi untuk mempelbagaikan rambutnya. Selain gaya pompadour seperti ini, Farhan boleh juga menjatuhkan rambut bagi membentuk messy fringe.
IKMAL AMRY
Ikmal ialah antara finalis yang tak gentar untuk menukar gaya dan warna rambut. Untungnya Ikmal, kulit wajah yang cerah dan feature hidung serta pipinya yang sharp membolehkan dia mencuba apa saja gaya rambut. Pada kali ini, stylist dari Shortcut Barber cuba untuk memberi lebih volume pada bahagian bawah rambut ikmal agar fokus utama terletak pada wajahnya.
Hey! Ada Lagi Finalis Lain Yang Terima Makeover
Selain mereka bertujuh, seramai 5 lagi finalis lain turut menerima sesi makeover daripada Shortcut Barber. Antaranya ialah Aiman Rahman yang kelihatan sleek dengan gaya side parted yang lebih kemas dan Ezmir Sadriq dengan gaya layered blown hair yang sesuai dengan wajahnya yang runcing.
HR2017: Aiman RahmanHR2017: Ezmir Sadriq
Tiga lagi finalis yang turut serta pada hari tersebut ialah Ilham Anuar, Razman Mahayuddin dan Aziq Mukhriz. Oleh kerana mereka bertiga adalah antara finalis yang terakhir mendapatkan sesi makeover pada hari itu, they had so much fun over there!
Kami mencuba gaya baru untuk Ilham dengan inspirasi rambut berwarna. It is definitely a hate or love thingy amongst our followers. Ada yang menyukai gaya lain ini, namun ada juga yang berpendapat Ilham harus kekal saja dengan gaya rambut sedia ada.
Razman, on the other hand, kelihatan sangat lain berbanding gaya yang terdahulu! Lebih yakin, matang dan tentunya mempunyai aura. Begitu juga dengan Aziq Mukhriz yang telah bertukar sepanjang lima bulan bersama Hero Remaja. We knew he had the potential and here he is, looking great!
HR2017 Ilham AnuarHR2017: Razman MahayuddinHR2017: Aziq Mukhriz
Gaya rambut siapa yang paling korang sukakan? Penulis secara jujurnya tak sabar untuk melihat mereka beraksi pada episod FINALE esok pada jam 9.00 malam di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123). Jangan lupa untuk menonton episod terakhir tersebut dan hashtag #heroremaja2017.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sidang media bersama Hero Remaja 2021 baru sahaja berlangsung sebentar tadi dengan menyaksikan kehadiran rakan-rakan media yang memberi sokongan buat para finalis Mierul Aiman, Aqil Taqee, Afiq Hamidon dan Syazani Zainal.
Buat pertama kalinya barisan finalis bertentang mata dengan para media kerana ekoran daripada wabak pandemik COVID-19, peserta Hero Remaja 2021 tidak diperkenalkan kepada umum menerusi sidang media sebelum program bermula.
Perjalanan mereka dalam pencarian tahun ini juga jelas sekali tidak mudah kerana perlu patuh dengan SOP yang ketat untuk meneruskan penggambaran.
Namun, semua itu tidak menjadi alasan buat kesemua finalis menempuh cabaran yang diberikan sepanjang 16 episod yang ditayangkan, termasuk lapan episod prelude.
Kelainan yang ditampilkan tahun ini juga menyaksikan hanya empat orang finalis berentap di pentas finale, sekali gus menobatkan Mierul Aiman sebagai Juara, Naib Juara disandang oleh Aqil Taqee, tempat ketiga milik Fazziq Muqris dan Afiq Hamidon berada di kedudukan keempat.
Manakala, hasil undian peminat untuk Hero Favourite kali ini berpihak kepada Syazani Zainal dan Hero Inspirasi milik Aqil Taqee.
Dari kiri: Fazziq Muqris dan Syazani ZainalHero Inspirasi Aqil Taqee
Menjawab pertanyaan daripada pihak media, antara soalan yang diajukan kepada Sang Juara adalah bagaimana Mierul mampu untuk meletakkan dirinya dalam persaingan bersama juara-juara Hero Remaja yang lepas seperti Nadhir Nasar, Alif Muhaimin, Fattah Amin dan ramai lagi. Pasti ada yang membandingkan mereka, namun remaja ini dengan tenang memberikan pandangannya tersendiri.
“Mierul Aiman is Mierul Aiman. Fattah Amin is Fattah Amin. Nadhir Nasar is Nadhir Nasar. Macam mana kita susun strategi dan percaturan di dalam industri nanti, itulah yang memainkan peranan. Kita tak tahu rezeki dalam industri ini bagaimana, tetapi Mierul percaya rezeki Tuhan itu ada dan Mierul percaya pada bakat Mierul. Mungkin Mierul berbakat kecil, tetapi Mierul ada jiwa yang besar untuk terus berada dalam industri hiburan tanah air,” jelas Juara Hero Remaja 2021.
Apa-apa pun kami di pihak Remaja mengucapkan ribuan terima kasih buat para media yang hadir tanda memberi sokongan buat Hero Remaja 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!