Pengurus pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura, Iman Tang tampil menjawab ketika ditanya mengenai keadaan terkini aktres itu, pada ketika ini.
Iman berkata, Fazura sangat terkesan dengan apa yang berlaku dalam rumah tangganya bersama pelakon Fattah Amin dan sering menangis ketika meluahkan isi hati padanya.
“Fazura bersedih dan hampir setiap malam dia menangis. Kadang-kala, kami berborak hingga lewat malam dan saya juga menjadi saksi dia tidak dapat menahan kesedihannya itu.
“Mana-mana wanita yang mengimpikan alam perkahwinan juga tidak ingin perkara sebegitu berlaku.
Ads
“Saya tahu dia kuat. Tapi apabila dia menelefon saya dan menangis, saya katakan kepadanya, menangislah sepuas-puasnya agar dia dapat kelegaan, jangan tertekan dan pendam perasaan,” katanya kepada Remaja.
Ditanya sama ada Fattah pernah berkongsi hal rumah tangganya dengan Fazura, kata Iman, pelakon itu ada berhubung dengannya kira-kira tiga bulan lalu.
Ads
“Fattah tidak pernah kongsi atau minta nasihat dari saya berkaitan rumah tangganya. Dia ada hubungi saya tapi tidak bercakap mengenai Fazura sebaliknya minta nasihat berkaitan kerja.
“Selepas permohonan cerai dilakukan Fazura pun, Fattah tidak cuba hubungi saya dan kalau dia tanya mungkin saya boleh bantu,” kongsinya ketika ditemui pada sidang media Konsert Govinda (Hal Hebat) petang semalam.
Bagaimanapun, kata Iman lagi, dia juga berasa sedih dengan situasi yang dilalui pasangan selebriti terbabit.
Ads
Sebelum ini, Fattah dilaporkan belum bersedia untuk melepaskan Fazura ketika sebutan kes permohonan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, kelmarin.
Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan berkenaan ke tarikh baharu, iaitu pada 7 Oktober ini.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disebabkan oleh populariti itu juga, Song Kang telah diterima sebagai pelakon utama bagi beberapa lagi drama terbitan Netflix seperti Sweet Home dan terbaru, Love Alarm musim kedua yang bakal ditayangkan bermula 12 Mac ini.
Justeru, ramai yang berpendapat dia merupakan ‘anak emas’ kepada Netflix. Haa, setuju tak Song Kang?
Dalam sidang media yang dihoskan oleh Netflix Korea sebentar tadi untuk mempromosikan Love Alarm 2, Song Kang menjawab pendapat mengapa Netflix amat menggemarinya.
Kata pelakon berketinggi 6 kaki 1 ini, “Untuk bekerja dengan Netflix dalam kesemua drama ini adalah satu penghormatan. Setiap kali saya ditampilkan, saya akan memperolehi memori yang bagus.
“Gelaran ‘anak emas Netflix’ ini hanya lebih memotivasikan saya untuk bekerja dengan lebih keras lagi agar saya merasa layak untuk bergelar pelakon. Selepas ini, saya akan sentiasa cuba untuk menunjukkan emosi dan skil berbeza semasa berlakon.
“Terima kasih juga kepada peminat yang menyokong setiap drama lakonan saya. Selepas Love Alarm musim pertama, saya banyak menerima komen peminat dalam pelbagai bahasa dari seluruh dunia. Mereka adalah sebab utama kejayaan drama ini,” kongsinya.
Song Kang bersama Kim So-hyun di sidang media sebentar tadi..
Bercakap mengenai wataknya, Sun-oh dalam Love Alarm 2, Song Kang berpendapat peminat drama tersebut akan terus menggemari musim terbaru ini kerana ia akan menampilkan Sun-oh sebagai seorang yang lebih dewasa dan matang setelah dikecewakan oleh Jojo pada musim pertama.
“Menerusi Love Alarm, saya lebih banyak menangis berbanding dalam kehidupan sebenar saya (ketawa). Saya merasakan bahawa penonton yang pernah melalui rejection seperti Sun-oh akan mudah relate dengan karakter ini.
“Saya faham dengan perasaan Sun-oh ini walaupun secara peribadinya, saya tidak akan memuat turun aplikasi seperti Love Alarm untuk mencari cinta.
“Walaupun ia convenient, saya rasakan lebih jujur dan mudah bagi saya untuk meluahkan perasaan secara depan-depan. Lagipun, saya tidak bersedia jika perasaan saya tidak dibalas oleh seseorang itu.”
Love Alarm 2 turut membariskan pelakon seperti Kim So-hyun (Jojo) dan Jung Ga-ram (Hye-yeong) Tak sabar rasanya untuk menantikan Love Alarm musim kedua di Netflix bermula 12 Mac ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan selalu filem Thailand dibawa untuk tayangan di negara kita. Kebiasaan yang dibawa masuk pastinya mencapai tahap box office di negara mereka. Begitu juga dengan Bad Genius, filem yang meraih tahap box office hanya dalam masa dua minggu pertama dengan kutipan lebih THB100 juta. Ia sekali gus menjadikannya sebagai filem terlaris di Thailand setakat ini buat tahun 2017.
Sebelum melangkah kaki ke dalam panggung wayang untuk menonton Bad Genius, harapan yang diletakkan untuk filem ini tidaklah terlalu tinggi. Dalam fikiran, ia mungkin sebuah lagi nashkah karya Thailand yang memaparkan kisah cinta remaja di zaman persekolahan yang berdepan dengan pelbagai cabaran tipikal; hubungan, pelajaran, persahabatan dan keluarga.
Namun sangkaan itu jauh meleset sama sekali. Karya arahan Nattawut Poonpiriya ini cukup ‘licik’ mengetengahkan plot utamanya dan plot sampingan yang disempurnakan oleh barisan pelakon muda yang cukup berbakat. Secara halusnya Bad Genius turut membawa premis perbezaan kelas di antara golongan kaya serta berpengaruh dan juga golongan bawahan yang cukup struggle demi mendapatkan pendidikan terbaik.
Bad Genius membawa kita menelusuri kehidupan Lynn, seorang pelajar genius yang datang dari sebuah tidaklah berapa senang. Dia diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan berjaya mendapatkan biasiswa. Kerja keras bapanya membawa Lynn mendapatkan pendidikan terbaik tercapai, namun segalanya tidak semudah itu.
Sebagai seorang pelajar yang genius Lynn sentiasa mencatatkan keputusan cemerlang. Namun ia berbeza dengan rakan-rakannya yang tidak berapa pandai tetapi memiliki kesenangan hidup; datang dari famili yang kaya. Rakan baiknya, Grace berdepan kesukaran untuk belajar dan berdepan dengan peperiksaan. Atas dasar kasihan, Lynn mula memberikan jawapan untuk Grace menirunya semasa peperiksaan. Dan ituklah detik permulaan di mana Lynn menyedari kemahirannya boleh digunakan untuk dia mendapatkan wang, sekali gus fikirnya; dapat meringankan beban bapanya.
Bermula dari seorang hinggalah menjadi besar, ‘klien’ Lynn diajar olehnya untuk belajar bahasa isyarat dengan gerakan jari nota piano. Dari situ, Lyn tidak menoleh ke belakang lagi sehinggalan dia sanggup terbang ke luar negara bagi membantu rakan-rakannya lulus peperiksaan kemasukan universiti antarabangsa dikenali sebagai STIC.
Apa yang menarik perhatian Remaja ialah kebolehan lakonan pelakon utamanya, Chutimon Chuengcharoensukying menggalas yang cukup hidup melakonkan karakter Lynn. Yang membuatkan kami cukup kagum lagi, ini merupakan filem pertama lakonannya yang sebelum ini bergelar sebagai peragawati/model terkenal di Thailand.
Bad Genius merupakan filem antarabangsa yang terbaik kami tonton sepanjang 2017! Go watch it now!
Rating – 4/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila Asam Laksa Pulau Pinang disenaraikan sebagai antara hidangan terbaik dunia, kami yakin Malaysia mempunyai seleksi makanan terbaik di dunia.
Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada juga yang memanggilnya sebagai asam laksa.
Terbaru, saluran berita antarabangsa CNN telah menyenaraikan hidangan yang cukup popular di Malaysia itu di tangga ketujuh dalam senarai 50 makanan terbaik dunia. Wow!
Tempat pertama diungguli kari Massaman dari Thailand, manakala tempat kedua dan ketiga diisi masakan dari dua negara Eropah dan Amerika Selatan, pizza Neopolitan (Itali) dan coklat (Mexico).
Selain Malaysia dan Thailand, masakan dari Jepun dan China turut disenarai, iaitu sushi dan Peking Duck, masing-masing di tangga keempat dan kelima.
Tambahan lagi, CNN menggambarkan asam laksa sebagai “hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda”.
Untuk info, Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.
Kebiasannya bahan asas membuat laksa adalah ikan. Tapi setiap kuah laksa bagi setiap daerah berbeza ikan yang di gunakan.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.