ā€œFaz Dah Macam Queen, Queen Di Hati Semuaā€¦ā€ Sikap Fazura Dipuji Netizen

Share

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memang dikenali dengan perwatakannya yang sangat lembut serta sering merendah diri. Baru-baru ini, selebriti ini telah berkunjung ke Institut Kanser Negara dan juga melawat mangsa keganasan rumah tangga yang koma dipukul suami.

Gelagat mesra Fazura bersama suaminya, Fattah Amin yang tampak sangat penyayang melayan pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara telah tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ā€œBiar Semua Orang Dapat Gunaā€, Fazura Dedah Rahsia Jual Tudung Mampu Milik

Menerusi video pendek berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna @fazuralovers di laman TikToknya itu; aktres itu tidak dapat menahan sebak ketika sedang melawat seorang pesakit dan terlihat mesra melayani staf di institut berkenaan.

@n4dia.hassan Inspirasi sangat tengok Fazura šŸ’– semoga Allah terus jaga Faz šŸŒ¹#fazura #fattzura #fattahamin #kanserfighter #loveyourself #fyp ā™¬ original sound ā€“ Dani Sylvia

Netizen berpendapat bahawa Fazura seakan tidak kekok dan begitu merendah diri dalam melayan pesakit kanser meskipun dirinya merupakan seorang selebriti berpengaruh besar dalam industri hiburan. Disamping itu, Fazura turut dilihat selesa melayan staf-staf Institut berkenaan yang mahu mengambil gambar dengannya.

Dibanjiri Pujian Daripada Netizen

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Fazura kagum melihat sikap aktres Gol dan Gincu ini.

ā€œBerbaloi beli tudung dia. Sama2 dpt saham utk tolong org2 yg dia sygā€

ā€œTengok senyuman Fazura pun dah sejuk hatiā€

ā€œSemoga Allah SWT membalas kebaikanmu fazuraā€

ā€œA HumBle Allahā€™s servant. Alhamdulilah.ā€

Melawat Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Tambahan itu, Fazura dan Fattah Amin turut turun untuk melawat mangsa belasahan suami sendiri iaitu Jahidah Nordin baru-baru ini. Untuk pengetahuan pembaca Remaja, Jahidah Nordin telah terlantar koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retakĀ akibat dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Foto: Facebook milik Fauziah, adik Jahidah.

Menurut satu laman portal berita, sifat mesra dan prihatin Fazura yang datang bersama suaminya Fattah Amin jelas terpancar ketika melawat mangsa tersebut. Perkara ini dikongsikan Fauziah iaitu adik mangsa.

Dia juga memaklumkan melalui laman Facebooknya yang Fazura menangis serta tidak sanggup melihat keadaan kakaknya (Jahidah), yang terlantar.

ā€œMasa nak masuk bilik tengok kakak, Fazura tak boleh nak masuk sebab dia dah sebak menangis di luar bilik, tak sanggup tengok keadaan kak Jahidah.ā€ jelasnya.

ā€œWalaupun kedua-dua selebriti itu orang terkenal, tetapi sangat merendah diri kerana sanggup datang melawat kak Jahidah dan Nufail, memang pemurah sangat dia.ā€ tambahnya lagi.

Di khabarkan, pasangan itu telah meluangkan masa kira-kira dua jam dan sempat berpesan untuk membantu menampung keperluan Nufail (anak mangsa).

BACA LAGI :Ribuan Ringgit Dihabiskan Fazura Untuk Hargai Staf Sendiri

Wah, memang sangat merendah diri. Patutlah ramai yang turut menyayangi pelakon ini. Malahan, sebelum ini Faz juga telah berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah Coach; untuk dihadiahkan buat stafnya. Tak lekang cerita baik Fazura yang sentiasa membantu orang ramai. Sememangnya queen di hati semua orang. Personaliti Faz yang baik ini wajar dijadikan inspirasi ramai. KeepĀ inspiring!

SumberĀ : (1) , (2)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN