Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memang dikenali dengan perwatakannya yang sangat lembut serta sering merendah diri. Baru-baru ini, selebriti ini telah berkunjung ke Institut Kanser Negara dan juga melawat mangsa keganasan rumah tangga yang koma dipukul suami.
Gelagat mesra Fazura bersama suaminya, Fattah Amin yang tampak sangat penyayang melayan pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara telah tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.
Menerusi video pendek berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna @fazuralovers di laman TikToknya itu; aktres itu tidak dapat menahan sebak ketika sedang melawat seorang pesakit dan terlihat mesra melayani staf di institut berkenaan.
Netizen berpendapat bahawa Fazura seakan tidak kekok dan begitu merendah diri dalam melayan pesakit kanser meskipun dirinya merupakan seorang selebriti berpengaruh besar dalam industri hiburan. Disamping itu, Fazura turut dilihat selesa melayan staf-staf Institut berkenaan yang mahu mengambil gambar dengannya.
Dibanjiri Pujian Daripada Netizen
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Fazura kagum melihat sikap aktres Gol dan Gincu ini.
Tambahan itu, Fazura dan Fattah Amin turut turun untuk melawat mangsa belasahan suami sendiri iaitu Jahidah Nordin baru-baru ini. Untuk pengetahuan pembaca Remaja, Jahidah Nordin telah terlantar koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak akibat dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Foto: Facebook milik Fauziah, adik Jahidah.
Menurut satu laman portal berita, sifat mesra dan prihatin Fazura yang datang bersama suaminya Fattah Amin jelas terpancar ketika melawat mangsa tersebut. Perkara ini dikongsikan Fauziah iaitu adik mangsa.
Dia juga memaklumkan melalui laman Facebooknya yang Fazura menangis serta tidak sanggup melihat keadaan kakaknya (Jahidah), yang terlantar.
“Masa nak masuk bilik tengok kakak, Fazura tak boleh nak masuk sebab dia dah sebak menangis di luar bilik, tak sanggup tengok keadaan kak Jahidah.” jelasnya.
“Walaupun kedua-dua selebriti itu orang terkenal, tetapi sangat merendah diri kerana sanggup datang melawat kak Jahidah dan Nufail, memang pemurah sangat dia.” tambahnya lagi.
Ads
Di khabarkan, pasangan itu telah meluangkan masa kira-kira dua jam dan sempat berpesan untuk membantu menampung keperluan Nufail (anak mangsa).
Wah, memang sangat merendah diri. Patutlah ramai yang turut menyayangi pelakon ini. Malahan, sebelum ini Faz juga telah berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah Coach; untuk dihadiahkan buat stafnya. Tak lekang cerita baik Fazura yang sentiasa membantu orang ramai. Sememangnya queen di hati semua orang. Personaliti Faz yang baik ini wajar dijadikan inspirasi ramai. Keep inspiring!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Coway, yang juga berasal dari Korea Selatan sememangnya menumpukan kepada sasaran pelanggan di kalangan keluarga muda, pemilik rumah kali pertama dan golongan bujang yang ingin menambah baik kualiti kehidupan di rumah dengan kelengkapan yang berkualiti.
Banyak juga produk mereka yang menjadi pilihan pengguna dari tahun ke tahun seperti penulen udara, peralatan bilik mandi dan tilam.
Sudah semestinya, produk paling popular yang membuatkan jenama Coway menjadi sebutan ramai adalah alat penulen airnya.
Coway memilih BTS sebagai duta jenama global.
Kerjasama di antara Coway dan BTS ini pada hemat REMAJA sudah semestinya akan membawakan lebih banyak tumpuan orang ramai terhadap Coway sendiri dan kelebihan produk mereka. Untuk pengetahuan korang, sehingga kini lebih daripada tujuh juta rajyat Malaysia telahpun memiliki produk Coway dan bergantung kepadanya bagi menyempurnakan lagi kehidupan masing-masing.
Selepas ini, entah-entah jumlah itu mampu mencapai angka 10 juta hasil promosi melibatkan BTS pula.
Menurut Pengarah Urusan Coway Malaysia iaitu Kyle Choi, mereka memahami citarasa anak muda sekarang yang mengikuti perkembangan BTS dan K-pop secara amnya. Mereka turut mengakui kuasa muzik yang mampu mendekatkan masyarakat.
Encik Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan, Coway Malaysia.
Lantas tidak lama lagi, BTS akan dipaparkan secara meluas dalam kempen yang dibawakan oleh Coway seperti di televisyen dan platform digital.
Hhm, agaknya akan ada lagu khas nyanyian BTS tak untuk jenama ini seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa grup K-pop lain sebelum ini seperti Girl’s Generation dan Big Bang. Tak sabar!
Ramai peminat ahli One Direction ini telah mengucapkan happy birthday pada 1 Februari semalam sempena hari kelahiran Harry ke 24. Namun, kami ingin mengikut masa kiraan di Amerika Syarikat bagi menyambut saat kelahiran Harry bersamanya di sana.
Pelantun single ‘Sign Of The Times’ dan ‘Kiwi’ ini selalu menyambut hari kelahiran bersama sekumpulan selebriti A-list Hollywood. Hari kelahirannya yang ke 23 disambut bersama Adele (OMG), Cindy Crawford, Tommy Lee dan ramai lagi di Malibu, California.
Namun, di sebalik kemeriahan sambutan itu, Harry juga dikenali sebagai salah seorang selebriti terkenal yang suka menyambut hari kelahiran secara kecil-kecilan. Contohnya pada tahun lepas, Harry bersama rakan karibnya Charlotte Dawes terlebih dahulu menyambutnya dengan sebuah kek secara private di rumahnya.
We guess there are two (or many) sides to Harry.
Kalau korang lihat foto Harry dari umur setahun hingga 24 tahun ini, mesti korang pun akan ternganga:
Setahun selepas dilahirkan di Holmes Chapel, Cheshire. Nampaknya, warna rambut Harry semasa kecil banyak mengikut warna rambut ibunya, Anne Twist.
Antara pencarian paling popular di Google berkenaan dengan Harry Styles adalah warna anak matanya. Tak ramai yang tahu untuk memberikan gambaran sebenar warna tersebut kerana ia selalu berubah. Ramai peminat yang berpuas hati dengan jawapan, “warna biru tetapi berubah kepada hijau keperangan jika disuluh dengan lampu.”
Kata Anne Twist, semasa kecil Harry gemar untuk menyanyikan lagu Elvis Presley. Tak hairanlah apabila Harry menyarung pakaian seakan penyanyi kegemarannya itu semasa siri promosi ‘Sign of the Times’.
Walaupun Harry gemar untuk menonton dan bermain bola sepak, bekas jurulatihnya mengakui Harry bukanlah pemain terbaik dalam team tersebut. Ouch! Kali pertama Harry dimasukkan untuk perlawanan, team mereka kalah dengan keputusam 8-0. Namun, jurulatihnya, Chris Rogers berkata, Harry merupakan seorang pemain yang sentiasa bersemangat dan positif. Sekiranya dia berada di bangku dan diminta bermain untuk mana-mana posisi, dia sentiasa bersedia. Cuba teka mana satu Harry di dalam gambar ini hehe..
Sebelum One Direction, Harry telah mempunyai band-nya sendiri. Foto ini diambil ketika sesi latihan bersama band lamanya, White Eskimo. Sebab tu ke semua memakai kemeja putih..?
Sebelum menjadi terkenal melalui rancangan X-Factor, Harry bekerja secara part time di kedai bakeri W Mandeville di Cheshire. Semasa bertanding, kedai ini meletakkan poster ‘VOTE HARRY’ pada cermin hadapan kedai.
Walaupun tiada rekod sah mengenai bila foto ini diambil, clearly Harry Styles pernah menghadiri acara prom di sekolahnya!
Harry berjaya mendapatkan lesen memandu pada Disember 2011. Dia melambaikan tangan ke arah crowd yang berkumpul di hadapan rumah ibu-bapanya di Cheshire. Turut kelihatan adalah kereta pandu uji Mini Cooper merah yang juga merupakan warna kereta pandu uji Niall Horan dan Liam Payne.
Setahun kemudian, Harry mencuba untuk memandu kereta Jaguar E-Type Roadster dan foto ini ditangkap di Hampstead, London. Mungkin kerana lebih berminat dengan kereta yang lebih moden, dia kemudian mencuba model kereta Porsche 911.
Korang mesti selalu terdengar mengenai khabar angin Harry mempunyai ‘nipple’ ketiga dan keempat pada dadanya. Well, ia sebenarnya adalah tanda lahir di kedua-dua belah badan dan terletak pada torso, bukannya dada.
Pada hari lahir Harry ke-19, peminatnya (seperti korang semua) sangat sayangkan penyanyi remaja ini sehinggakan terdapat lebih 100 topik berkaitan Harry Styles yang trending di Twitter.
Pada hari lahirnya tahun ini, beberapa rakan dari One Direction telah mengucapkan happy birthday kepadanya. Antaranya ialah Niall Horan yang memanggilnya dengan nama gelaran Harold dan Liam Payne yang berkata.” Happy Birthday H! Enjoy your day.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengunduran wanita berusia 21 tahun ini dilaporkan terjadi selepas rakan sekerja beliau, Melissa Barrera, dipecat daripada francais filem seram tersebut selepas memuatnaik kenyataan mengenai konflik Israel dan Palestin.
Walau bagaimanapun, dimaklumkan penarikan Ortega tiada sebarang kaitan dengan pemecatan rakan sejawatnya dan katanya sudah berjalan selama beberapa bulan – malah sebelum mogok SAG-AFTRA bermula pada Julai 2020, menurut sumber Deadline.
Buat makluman, Melissa Barrera merupakan salah seorang bintang utama dalam filem Scream 7 yang dilaporkan telah diberhentikan selepas mengeluarkan beberapa kenyataan di media sosial mengenai isu peperangan berterusan antara Israel dan Hamas.
Barrera yang memegang watak sebagai Sam Carpenter dalam Scream 6, sebelum ini dijangka akan kembali menerusi sekuel filem tersebut bersama Jenna Ortega.
Walau bagaimanapun, menurut laporan Variety Magazine, Spyglass Media Group secara senyap telah menggugurkan Barrera disebabkan kenyataan beliau tersebut.
Menjenguk ke reaksi warganet di media sosial pula, rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan pihak produksi yang menggugurkan pelakon utama tersebut atas alasan yang tidak munasabah sama sekali.
“Takpe korang, nanti kita boikot terus filem Scream. Biar padan muka mereka!” komen seorang warganet.
“Banyak lagi pelakon lain yang lebih bermasalah, bahkan ada dari kalangan mereka yang mempunyai kes jenayah. Taknak pula gugurkan atau hapus terus pelakon sebegitu rupa dari industri,” rungut netizen lain.
“What? Ini tidak adil sama sekali. Nampak sangat mereka ini berpihak kepada Israel,” komen seorang peminat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!