Desas-desus mengenai aktor terkenal Fattah Amin dan penyanyi bersuara lunak, Amira Othman yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga terus menjadi bualan hangat netizen.
Terbaharu, pengurus kepada Fattah Amin iaitu Aca tampil bersuara selepas ditanya peminat ketika bersiaran langsung di TikTok.
Menerusi satu soalan yang dilontarkan, seorang pengguna bertanya mengenai laporan media yang tersebar sebelum ini.
“Aca betul ke artikel pagi tadi kata Fatmira dah nak kahwin?” soal netizen berkenaan.
Ads
Tanpa mengiya atau menafikan, Aca sekadar memberi respon ringkas namun penuh makna.
“Doalah yang baik-baik,” jawab Aca sambil tersenyum.
Jawapan tersebut sekali gus mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan peminat. Malah, ramai yang mula membuat spekulasi sendiri seolah-olah memberi bayangan bahawa berita itu ada benarnya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja serta mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
“Alhamdulillah, kalau dah Aca cakap macam itu faham-faham lah yaa. Tak sabar yaaa,” tulis seorang pengguna.
“Tak sabar. Lelaki baik untuk wanita yang baik… Allah bagi pada waktu yang tepat,” komen seorang lagi.
Ads
“Kalau betul mereka berjodoh, minta-minta ini jodoh yang terakhir untuk mereka berdua. Semoga kekal hingga akhir hayat. #doayangbaik2,” tulis netizen lain.
“Betul lah apa Aca cakap tu, doa saja baik-baik,” ujar seorang lagi.
Untuk rekod, sebelum ini sebuah portal hiburan telah melaporkan bahawa Fattah dan Amira dipercayai sedang menghitung hari bahagia mereka.
Namun begitu, sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua selebriti berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena bahagian terakhir saga Skywalker untuk filem Star Wars, dalam diam The Walt Disney Company (Malaysia) telah mencipta projek lagu istimewa yang melibatkan 2 orang penyanyi ini.
Penyanyi rap, SonaOne dan Alif telahpun melancarkan sebuah single yang mengambil inspirasi daripada filem tersebut.
Single berjudul Rise itu mengimbas kembali jalan cerita saga Skywalker. Lirik dan lagunya pula memang dicipta oleh kedua-dua artis tersebut.
“Sejuta tahun pun, kami tak akan terfikir yang genre Hip Hop dan Star Wars akan disatukan sebegini.
“Kami merasa terharu untuk menjadi sebahagian daripada projek ini dan berharap peminat filem Star Wars dapat menikmatinya. RISE!” KATA SonaOne dan Alif.
Cer dengarkan Rise di SPOTIFY dan beritahu kami komen korang mengenainya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tepat seminggu menjelang perbicaraan konservatori bintang pop terkenal dunia, Netflix telah melancarkan trailer dokumentari Britney Spears yang akan dilancarkan sehari sebelum selebriti popular itu menuju ke hari pengadilan.
“Britney vs. Spears” akan mula ditayangkan di Netflix pada 28 September ini dan keesokan harinya, 29 September merupakan hari perbicaraan paling penting bagi penyanyi ini setelah sekian lama memperjuangkan kebebasan selama lebih dari satu dekad bersama ayahnya, Jamie Spears.
Menerusi trailer satu minit yang dimuat naik oleh Netflix, suara bintang pop itu terdengar dari rakaman audio ketika kesaksiannya pada 23 Jun di Mahkamah Tinggi Los Angeles, di mana dia berbicara di pengadilan untuk pertama kalinya secara terbuka, memberitahu hakim bahawa dia trauma dan memohon, “Saya hanya mahukan hidup saya kembali”.
Judul dokumentari “Britney vs Spears” ini adalah drama pertarungan penyanyi pop itu melawan ayahnya yang dituduh telah menyalahguna konservatori dan meminta hakum untuk mendakwa.
Rata-rata peminat teruja dan sudah tidak sabar menantikan dokumentari “Britney vs Spears” ini.
Pastinya dokumentari ini mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi peminat yang ingin mengetahui kisah hidup bintang pop terkenal dunia ini.
Sama-sama kita nantikan pada 28 September akan datang.
Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura baru-baru ini mendapat kritikan ‘pedas’ mengenai kualiti nyanyiannya, selepas penampilannya dalam sebuah program di Jakarta.
Sehubungan dengan itu, aktor berpengalaman, Rashidi Ishak, menasihatkan pengurus Fazura untuk mencari seorang guru vokal bagi membantu aktres itu mengasah lagi kemahiran nyanyiannya agar lebih baik.
“Saya menonton persembahan Fazura dalam sebuah program di Jakarta. Pengurusnya perlu memberitahu dia untuk mendapatkan jurulatih vokal kerana dia ‘tone deaf’.
“Genre balada bukan mudah untuk dinyanyikan. Apatah lagi lenggok Melayu,” kata Rashidi menerusi hantaran dalam media sosial.
Kata pelakon drama popular Kampung People itu lagi, dia menjelaskan bahawa ilmu vokal sebenarnya boleh dipelajari dengan latihan yang intensif dan yakin dengan usaha yang berterusan, Fazura boleh meningkatkan lagi kualiti nyanyiannya.
“Nyanyian boleh dipelajari. Nyanyian hebat memerlukan masa untuk berlatih. Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berkata semasa dia masih muda dia berlatih menyanyi lapan jam sehari atau sebagainya.
“Jadi saya yakin Fazura boleh. Sama ada dia mahu atau tidak, itu terpulang padanya,” ujarnya salah seorang ahli kumpulan The Joy Maker itu.
Penampilan Fazura di Jakarta pada Selasa lalu merupakan yang pertama selepas perceraian dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu. Dalam program tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata itu memperkenalkan single terbaharunya, Bertahan Demi Cinta, yang sebelum ini merupakan sebuah duet bersama Fattah.
Persembahan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai yang memberikan nasihat agar Fazura menilai semula potensi karier nyanyiannya.
Lagu Bertahan Demi Cinta mendapat perhatian ramai selepas dilancarkan sejurus selepas Fazura dan Fattah mengumumkan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Pasangan tersebut berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!