Pelakon dan penyanyi, Farahdhiya baru-baru ini mencuri perhatian warga internet di media sosial apabila tampil bersuara mengenai komen kurang enak yang diterimanya di media sosial berhubung warna giginya.
Menerusi satu respons yang dikongsikan di Threads, Farahdhiya atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya Mohd Amin (42) dilihat tidak berdiam diri, sebaliknya memilih untuk menjawab secara terbuka dengan nada tegas namun santai.
“Gigi saya original bukan fake, memang keturunan warna tak berapa putih. Saya tak berminat nak buat veneers sebab I have nothing to hide. Saya bersyukur dengan apa yang ada,” katanya.

Kenyataan yang diberikan oleh aktres tersebut sekaligus memperlihatkan pendirian beliau yang selesa dengan keadaan semula jadinya tanpa perlu mengikut standard kecantikan tertentu. Bagi pelantun lagu popular era 2000-an itu, setiap individu diciptakan dengan keunikan tersendiri dan tidak wajar dijadikan bahan sindiran.
Pada masa yang sama, Farahdhiya turut menegur sikap segelintir pengguna media sosial yang gemar bersembunyi di sebalik akaun palsu semata-mata untuk mengkritik atau mencari kesalahan orang lain. Katanya, tindakan sedemikian bukan sahaja tidak matang, malah mencerminkan keperibadian yang kurang baik.

Tambahnya, isu warna gigi bukanlah sesuatu yang perlu diperbesarkan sehingga menjadi ukuran nilai diri seseorang kerana keutamaan seharusnya diberikan kepada kebersihan dan kesihatan gigi berbanding warna semata-mata.
“Saya lagi rela warna gigi kuning sikit tapi original, bersih dan kuat. Pernah cuba buat whitening, tahan 2 minggu je lepas dah minum and makan macam2,membazir je buat,” jelasnya sambil menjelaskan bahawa rawatan pemutihan gigi yang pernah dicuba sebelum ini tidak memberi kesan jangka panjang.

Selain itu, Farahdhiya turut berkongsi bahawa faktor pemakanan dan minuman harian antara penyebab warna gigi kembali seperti asal selepas rawatan dilakukan. Malah, beliau memaklumkan bahawa doktor gigi sendiri pernah memberitahu kesan pemutihan gigi sememangnya tidak bertahan lama bagi sesetengah individu.
Anda mungkin berminat dengan
Susulan itu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang rata-ratanya menyokong sikap yakin diri yang ditonjolkan selebriti itu serta ramai menyifatkan pendirian Farahdhiya sebagai satu mesej penting tentang penerimaan diri dan keberanian untuk tampil autentik dalam dunia hiburan yang sering menuntut kesempurnaan luaran.
Sumber: Threads Farahdhiya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Musim cuti sekolah dah nak bermula next week. Sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama orang tersayang. Bila adik-beradik yang lain ada di rumah, apa aktiviti yang korang selalu buat?
Selain daripada menonton wayang, korang juga boleh lepak di cafe untuk menikmati kopi sambil berkongsi cerita bersama mereka.
Kalau tak ada idea nak lepak mana, bolehlah singgah ke The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) kerana sempena musim cuti ini, mereka menyediakan hidangan menu terbaru dalam kempen "Gifting Grateful".
Paling menarik, ada tiga pilihan minuman yang sedap untuk korang nikmati, termasuklah Ice Blended Salted Popcorn atau Double Chocolate Peppermint (kecil RM16.50, sederhana RM18) yang juga tersedia dalam minuman latte panas atau ais (kecil RM15.95, sederhana RM17.45). Terdapat juga Holiday Blend istimewa (kecil RM8.60, sederhana RM9.65) atau korang boleh cuba Peppermint Nitro Latte (RM15.95).
Untuk korang yang sukakan pilihan yang berbeza, Pure Double Chocolate Peppermint dan Pure Red Velvet juga tersedia dalam minuman Ice Blended (kecil RM16.50, sederhana RM18) atau koko panas (kecil RM15.95, sederhana RM17.45).
Serious sedap gila. Kami dah rasa minuman musim cuti ini dan memang boleh buat korang addicted wey.
Tak lengkap rasanya jika dah pekena minuman lazat, tapi tak diselangi dengan kek. Korang boleh try kek keju ringan bercoklat dihiasi buah beri dan krim segar, Comet's Choc Cheesecake, Rudolph's Sleigh dengan krim coklat lazat, puf krim dan badam rangup serta Dasher's Snow Surprise yang boleh didapati dalam variasi kek buah, red velvet atau brownie.
Selain itu, korang juga boleh dapatkan koleksi mug dan tumbler istimewa sempena kempen ini.
Okay time inilah nak have fun dengan orang tersayang sambil makan yang sedap-sedap kan?
∞
Untungnya Muhammad Bilal!
Saban tahun, sambutan Hari Raya Aidilfitri akan bertambah meriah dengan budaya pemberian duit raya dan salah satu golongan yang paling teruja menantikan duit raya mereka tentulah golongan kanak-kanak.
Biarpun baru berusia lebih tiga bulan, cahaya mata sulung pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail, Muhammad Bilal turut tidak terkecuali daripada menjadi penerima duit raya pada tahun ini.
Apa yang mencuri tumpuan warganet kali ini bukanlah disebabkan Bilal menerima duit raya biarpun masih kecil. Namun ia terarah kepada jumlah duit raya yang diterimanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Muhammad Bilal Sepatutnya Lahir 10 Februari Untuk Sambut Hari Jadi Bersama Neelofa – REMAJA
Menerusi paparan video di TikTok berdurasi 20 saat yang dimuat naik ke TikTok rasmi Neelofa, ia menunjukkan ibu bapa Bilal sedang sibuk mengira jumlah duit raya yang diterimanya. Ada kepingan wang not RM1, RM10, RM20, RM50 dan RM100.
Lebih menarik adalah apabila Bilal juga menerima sekeping not Dirham iaitu mata wang Emiriah Arab Bersatu (UAE). Untuk pengetahuan, not 1000 Dirham tersebut sama nilainya dengan RM1,192 tau!
♬ Eid Mubarak – Aayat Arif
Ujar Haris, “Alhamdulillah. Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Jadi, hasil kutipan duit raya pada tahun ini RM14,020. MasyaAllah, hebat (daripada kita lagi).”
Tinjauan REMAJA di bahagian komen mendapati warganet gembira dan teruja melihat rezeki yang diterima oleh bayi itu. Ada yang berseloroh mengatakan duit raya yang diterima Bilal lebih tinggi jumlahnya berbanding wang pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Ada juga pengguna TikTok berkata nilai itu melebihi hantaran yang pernah diterimanya. Dan ada juga yang ingin ‘lock’ Bilal menjadi menantu. Amboii..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Ramai pereka fesyen tanah air yang mula memperkenalkan koleksi Raya 2018 masing-masing.
Cantik memang cantik, tapi…
Kebanyakan datang dengan harga yang mahal. Paling ‘affordable’ pun melebihi RM350, betul tak?
So, kalau korang nak baju raya baru untuk tahun ini, ingin kelihatan lain daripada yang lain tetapi mempunyai bajet tertentu, penulis boleh recommend korang untuk lihat koleksi batik keluaran Uniqlo Malaysia.
Uniqlo baharu sahaja melancarkan rekaan batik yang awesome untuk koleksi terbaru mereka. Beberapa corak boleh dipilih untuk lelaki dan wanita dan rekaan untuk wanita nampaknya lebih pelbagai dan cute.
Baju ini juga diperbuat daripada kain cotton yang berkualiti supaya anda sentiasa selesa ketika menyarung koleksi ini. Setiap rekaan dijual pada harga RM79.90 sepasang je! Wajib beli ni.



∞