
Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk umat Islam meningkatkan amalan bagi mendapat ganjaran pahala yang besar. Kami pasti ramai yang ingin mengejar pahala dengan melakukan kebaikan, khususnya menderma.
Banyak perkongsian yang telah dibuat dengan menyenaraikan antara badan-badan kebajikan yang boleh disalurkan sumbangan. Namun kadang kala mungkin kita terlepas pandang untuk bersedekah.
Disebabkan oleh itu, Farah Lee telah berkongsi cara mudah untuk korang menderma secara harian. Mungkin ada yang terlupa atau tak sempat, jadi ikut sahaja car aini ok?
1. Pergi ke laman web launchgood/teamfl30daysofdeeds, klik ‘Automate your giving’

2. Pilih sumbangan korang untuk setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Korang boleh menderma serendah RM5 sehari atau USD1 sehari

3. Kemudian, pilih cara pembayaran melalui kad kredit atau kad debit

4. Lengkapkan butiran yang diperlukan

5. Selepas itu, tekan butang Confirm apabila selesai mengisi butiran kad korang

6. Setiap sumbangan harian korang akan ditandakan pada daun-daun sehingga hari ke-30 Ramadan

Walau bagaimanapun, katakanlah selepas sign up korang rasa nak berhenti menderma, boleh saja berhenti pada bila-bila masa.
Duit korang itu akan disalurkan kepada kempen-kempen yang telah disahkan oleh LaunchGood ini. InsyaAllah semuanya valid dan benar. Untuk lebih mudah korang boleh terus ke Instagram Farah Lee dan klik pada bio.
Mudah je kan? Selamat beramal!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi Raya! Lelaki Maut Dilanggar Gara-Gara Perselisihan Tunjuk Jari Tengah

Di sebalik kebanyakan pengguna lebuh raya berkongsi pengalaman melekat di dalam jem ketika pulang ke kampung halaman masing-masing untuk sambutan hari raya haji, terselit di media sosial kisah pergaduhan akibat perselisihan faham di lebuhrya utara selatan hingga membawa maut dilanggar.
Dalam kejadian berlaku di Lebuhraya Utara Selatan KM 293.5 Bangi menuju ke Seremban semalam, seorang lelaki yang memandu perodua Axia, Syed Muhammad Danial Syed Shakir berusia 29 tahun meninggal ketika menerima rawatan di Nilai Medical Centre selepas terlibat dalam satu pergaduhan gara-gara dakwaan tunjuk jari tengah.


Dalam kejadian menyedihkan ini, berdasarkan laporan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis yang menjalankan siasatan mendapati suspek yang kini sudah dalam tahanan reman, Yew Wei Liang, 41 tahun yang memandu kenderaan Innova mengaku telah bergaduh dengan arwah Syed Muhammad di mana dalam laporan awalnya lelaki berbangsa Cina yang memandu keluar dari Plaza Tol Bangi menuju Seremban mendakwa kenderaannya hampir dilanggar oleh mangsa yang mana dia kemudiannya membunyikan hon namun dibalas oleh arwah dengan menunjukkan isyarat jari tengah (lucah).
Lebih menyedihkan, malam tadi juga, isteri kepada arwah Syed Muhammad telah memuat naik bahawa tahlil arwah sedang diadakan di rumah keluarga mereka di sekitar Bangi. REMAJA difahamkan melalui mesej oleh seorang saudara arwah, jenazah allahyarham akan dibedah siasat jam 9.30 pagi ini di mana segala urusan mandi dan kafan akan dibuat di hospital juga.
Insya Allah, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al- Takwa, Bandar Bukit Mahkota Bangi, Kajang selepas waktu Zuhur sebelum dibawa ke Tanah Perkububuran Seksyen 6, Bandar Bukti Mahkota Bangi.

Akibat rasa tidak puas hati, suspek mengejar kenderaan arwah dan mereka kemudiannnya berhenti di lorong kanan jalan raya sebelum kedua-duanya bergelut di tengah-tengah leburaya berkenaan.
Dalam laporan awal polis turut menyatakan, arwah Syed Muhammad kemudian mengambil kayu besbol lalu memukul sisi luar kenderaan Innova tersebut dan atas rasa nyawanya terancam, lelaki berbangsa Cina ini memasuki kenderaannya lalu melanggar mangsa.
Apa yang membuatkan ramai netizen tertanya-tanya yang mana mereka turut mengharapkan seorang lelaki berbaju biru seperti video yang tular di media sosial untuk tampil sebagai saksi kejadian kerana berdasarkan kata-kata lelaki berkenaan, bahawa lelaki yang memandu kenderaan Innova itu bersalah.
Kes ini disiasatkan di bawah 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan atau penjara.
Berikut adalah report awal yang dikeluarkan. Namun netizen di media sosial tertanya-tanya adakah benar kenderaan keduanya atas nombor yang sama (WHAT?) selain merujuk kepada M2 iaitu arwah sudah ditahan di IPPD Kajang??
KES KEMALANGAN DI KM 293.5 L/RAYA KL-SEREMBAN MATI DI HOSPITAL DIPERCAYAI AKIBAT DIPUKUL
1) No. Repot (T) Kajang : 20126 /19
1.1) No. Repot (J) Kajang : Bandar Baru Bangi No: 5425/19
2) Tarikh/masa kejadian :
10/08/19 @ 1410 HRS
3) Tempat kejadian:
Di KM 293.5 L/RAYA KL – SEREMBAN
4) Kenderaan yang terlibat:
4.1) M/MPV K1
No pendaftaran: MBB1689
Jenis: INNOVA
Warna: Silver
Kerosakan: Hadapan, sisi kiri dan Belakang
4.2) M/Kar K2
No pendaftaran: MBB1689
Jenis : Perodua Axia
Warna: Hitam
Kerosakn: –
5) Mangsa terlibat :
5.1) Pemandu K1 @ M1
Nama: Yew Wei Liang
no ic: 781006035023
Umur: 41 Tahun
Bangsa: Cina
Jantina: Lelaki
Alamat: 16 PUJ 9/18 Tmn Puncak Jalil Seri Kembangan 43300 Seri Kembangan Selangor
Kecederaan: –
5.2) Pemandu K2 @ M2
Nama: Syed Muhammad Danial Syed Syakir Mati
no ic: 900711145729
Umur: 29 Tahun
Bangsa: Melayu
Jantina: Lelaki
Alamat: No 1, Jalan Akuamarin 1 7/21A, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Kecederaan: –
6) Ringkasan Kejadian :
➡ Pada 10/08/2019 jam l/kurang 1410 terima maklum dari Trafik L/Raya satu kes kemalangan melibatkan pergaduhan antara 2 pemandu M/Kar di KM 293.5 L/Raya KL – Seremban dimana mkar M1 dipukul dengan kayu besbol oleh M2 dan M2 telah dilanggar oleh M1. M2 telah di bawa ke Hospital.
➡ Siasatan awal mendapati semasa kejadian M1 memandu keluar dari Tol Bangi menuju ke Seremban. Sejurus keluar dari Tol Bangi M/Kar M1 hampir dilanggar oleh M/Kar M2. M1 membunyikan hon dan dibalas oleh M2 dengan isyarat lucah jari tengah kepada M1 menyebabkan M1 tidak puas hati dan berlaku kejar mengejar antara M1 dan M2. Sampai di KM 293.5 L/Raya KL – Seremban berlaku perlanggaran antara kedua-dua kenderaan lalu M1 dan M2 turun dari M/Kar dan berlaku pergaduhan antara M1 dan M2 di lorong kanan l/raya. Selepas pergaduhan M2 mengambil kayu besbol dari bonet M/Karnya dan memukul bahagian hadapan M/Kar M1 menyebabkan M1 takut dan menekan pedal minyak lalu melanggar M2 yang berada di hadapannya. M2 terpelanting jatuh di tengah pembahagi jalan dan di bawa ke Nilai Medical Centre dan M2 disahkan mati di hospital tersebut.
Insp Soma bersama Insp Kunalan menahan M2 di IPPD Kajang dan di serah kepada Jabtan Siasatan Jenayah Kajang untuk tindakan lanjut. Kedua-dua M/Kar diambil alih oleh JSJ Kajang.
7) Klasifikasi kes :
– kes dibuka di bawah Sek 302 KK oleh JSJ IPPD Kajang
– Kajang Repot (T) No 20126/19 di ROA ke Bandar Baru Bangi Repot No 5425/19.
Pegawai penyiasat kes Insp Noor Hairul Anuar B. Suhaimi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berlari & Pemakanan Seimbang ‘Rahsia’ Sofia Jane Kekal Jelita Dan Sihat

Siapa tidak kenal dengan Sofia Jane. Seorang bintang berkaliber yang tidak pernah menghampakan penonton setiap kali karakter yang dilakonkannya muncul di layar skrin.
Bukan impak lakonan sahaja menjadi kegilaan peminatnya, malah kecantikan pelakon filem Kekasih Awal Dan Akhir ini juga acap kali menjadi sebutan ramai.
Sudah menjangkau usia 50-an, raut Sofia bagaikan tidak dimamah usia. Pastinya ada ‘rahsia’ di sebalik keserian dan kecantikan wajahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Anggun Dan Ayu Pelakon ‘Layangan Putus’ Ini, Berikut Fakta Menarik Tentang Putri Marino

Menurut aktres itu, penjagaan dari segi pemakanan dan aktiviti harian adalah faktor dirinya kekal sihat dan awet muda. Selain itu, dia memaklumkan pengambilan pemakanan yang seimbang juga adalah salah satu langkah menjaga minda dan tubuh badannya.
“Bila saya cakap, tiada orang nak percaya. Namun, ia amat mudah jika kita nak kekal sihat. Bagi saya, saya menjaga diri dari segi pemakanan dan aktiviti seharian kerana saya ingin bekerja dengan lebih lama.
“Untuk minda dan fizikal, saya perlukan tubuh badan dan pemikiran yang berfungsi dengan baik.

“Jadi, saya rasa dari segi itu adalah bukti yang apa yang kita perlu buat adalah eat well, makanan pemakanan yang seimbang,” tuturnya ketika ditemu bual Remaja.
Pada masa sama, selain berlakon bintang naskhah One Cent Thief itu turut berkongsi dia aktif berlari demi menjaga kesihatan yang baik sementelah menjangkau usia yang kini.
“Saya vegetarian, jadi itu adalah cara pemakanan saya. Selain itu, saya tidak tinggal untuk melakukan aktiviti senaman. Saya juga runner setiap empat hingga enam kali seminggu,” kongsinya lagi.

Kekal Disiplin
Tidak boleh menidakkan lagi kehebatan lakonan bintang hebat ini. Meniti dua dekad lebih dalam industri hiburan tanah air, Sofia Jane sudah pun berdiri sama tinggi dengan figura-figura hebat lain.
Berkat menjaga disiplin dalam setiap yang dilakukan sebagai seorang anak seni, tidak hairanlah pelakon ini masih kekal relevan dalam industri perfileman dan drama tempatan.
Kongsi Sofia, setiap insan haruslah menanamkan sikap berdisiplin dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Terutama sebagai seorang pelakon, sikap saling hormat menghormati satu sama lain haruslah diutamakan dan penting untuk dilakukan.

“Bagi saya, sesiapa sahaja yang mahu bekerja dengan lebih lama haruslah mengutamakan disiplin. Kita juga perlu ada rasa hormat kepada semua pihak yang kita bekerja, termasuk krew serta mereka di belakang tabir.
“Ia kerana, tanpa mereka, siapalah kita. Kita hanyalah frontliner untuk mereka sebenarnya. Ya, itulah perkara penting yang harus dilakukan
“Selain ada sifat bertanggungjawab , disiplin, sukakan apa yang kita lakukan serta hormat sesiapa sahaja yang ada dikeliling.” jelas Sofia Jane.

Terbaharu, Sofia Jane membintangi siri terbaharu Viu arahan Datuk Abdul Halim, berjudul Nenek Bongkok Tiga. Naskhah tersebut turut dibintangi pelakon handalan lain seperti Hun Haqeem, Syafie Naswip, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Rykal Iskandar, Sherie Merlis, Sara Ali dan Sara Mack Lubis.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Sofea Jane & ttfga
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat Kelainan Seisi Keluarga, Naik KTMB ‘Kelik Kampung’ Pantai Timur Jom!

Baru-baru ini, kecoh platform media sosial apabila Ketua Polis Kelantan memaklumkan pihaknya menjangkakan dua juta kenderaan untuk memasuki negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
Lalu, ramai yang mengeluh memikirkan keadaan sibuk di jalan raya yang boleh memakan masa hampir seharian sekiranya kita ‘malang’ memandu di waktu puncak.
Hhm, apa kata korang lupakan sebentar pilihan balik ke kampung menggunakan kenderaan sendiri ataupun bas; dan beralih kepada alternatif menaiki perkhidmatan tren?
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun ini memperkenalkan perkhidmatan tren khas untuk seisi keluarga. Dikenali sebagai Ekspres Khas Keluarga Malaysia, tren khas ini akan memulakan perjalanan untuk ‘kelik kampung’ ke destinasi Pantai Timur bermula 29 April ini.
Seramai 516 penumpang istimewa akan berlepas dari KL Sentral menuju ke stesen Tumpat pada 29 April jam 11 malam dan ia akan berhenti di 17 stesen berbeza.
Ini termasuklah hentian Bandar Tasik Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Pulau Sebang, Mentakab, Jerantut, Gua Musang, Pasir Mas dan akhir sekali, tiba di Tumpat pada 30 April, jam 3.55 petang.
Manakala, perjalanan balik pula akan bermula dari stesen Tumpat pada 7 Mei, jam 10.50 malam. Ia dijangka tiba di stesen KL Sentral pada 8 Mei, jam 3.04 petang.

Inisiatif tersebut adalah hasil kerjasama KTMB bersama Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan warga kot mengambil alternatif tren untuk pulang ke kampung halaman dengan selamat dan pada kadar tambang yang berpatutan. Ia juga diharapkan boleh mengurangkan kesesakan di jalan raya lalu menjimatkan masa perjalanan
Bagi yang tertanya-tanya jika tren khas ini menyelesakan atau tidak, jangan risau. Tren ini dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier dan superior, koc buffet dan koc chillax bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat dan menjamu moreh beramai-ramai.

Tiket Ekspres Khas Keluarga Malaysia akan mula dijual pada 15 April ini pada harga serendah RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala. Menariknya, semua penumpang tren khas ini juga akan menerima cenderahati tau!
Sementara itu, warga kota yang ingin pulang ke destinasi di Pantai Barat boleh memilih perkhidmatan tren ETS di mana pihak KTMB akan menambah dua lagi tren elektrik tambahan bagi menampung 4,368 penumpang ekstra pada musim perayaan.
Penumpang akan menaiki tren dari stesen KL Sentral dan ia akan menuju stesen Padang Besar dari 29 April hingga 2 Mei. Manakla perjalanan pulang pula bermula dari 6 Mei hingga 8 Mei. Jualan tiket bagi tren tambahan ini akan mula dijual pada 15 April juga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

