FamilyMart Nak Bagi ‘Rewards’, Aiskrim Strawberi Percuma Buat Januari Baby!

Share

Setiap kali Familymart membuat promosi, sudah pasti ramai yang excited dan tidak melepaskan peluang untuk turut sama ‘beratur’ di kedai serbaneka dari Jepun ni.

Satu lagi berita baik yang korang kena tahu, Familymart sekali lagi melakukan promosi ‘gila’ dengan menawarkan promosi ais krim perisa Strawberi secara percuma buat korang yang lahir pada bulan Januari atau januari baby!

Bukan itu sahaja, perisa strawberi ini juga ditawarkan dalam bentuk minuman dan juga aiskrim sundae.

Jadi macam mana nak dapatkan aiskrim percuma ni?

Muat turun aplikasi FamilyMart di smartphone anda dan pastikan daftar sebagai ahli.

Pergi ke bahagian “rewards”, dan pastikan anda pilih birthday voucher. Dah habis tu, anda boleh tebus di mana-mana kaunter FamilyMart.

Kalau tak lahir bulan Januari boleh tebus ke?

Jika anda bukan seorang January baby, jangan risau, anda masih boleh mendapatkan aiskrim dengan harga RM2.90 sahaja. Masih berbaloi jika dibandingkan dengan aiskrim jenama lain.

Ayuh, apa lagi guys. Jom serbu cawangan Familymart  yang terdekat esok. Hm, tapi KLIA dan Genting Highland tak ada promotion ni k..

Selamat Mencuba…Hiks!

 

Sumber : Facebook Familymart Malaysia

IKLAN