Wow, nak percaya ke tidak?

Tapi bila sains dibuktikan dengan fakta, seharusnya kita mempercayainya. Jika dahulu ketagihan pada telefon bimbit boleh mengakibatkan kemurungan terutama bagi remaja yang gemar bermain game tapi kajian terbaru sains ini pasti membuat korang yang tak berenggang dengan telefon lebih gerun.

Tak percaya, baca fakta sains yang dikongsikan oleh Dr Latif Saad dalam page fb TheDiagnosa mengenai kajian sains terbaru mengenai mereka yang menggunakan telefon bimbit dengan sangat kerap.

Moga perkongsian ini mampu membuatkan kita mampu membahagikan waktu 24 jam itu dengan pelbagai perkara bermanfaat dan bukannya mengadap telefon bimbit setiap masa.

Cuba rasa di bahagian belakang kepala anda iaitu beberapa sentimeter sebelum leher anda. Jika anda merasakan sedikit benjolan keras pada kawasan tersebut, ia mungkin menunjukkan anda telah menghadapi kesan sampingan disebabkan asyik melihat telefon.

Fakta Sains Buktikan  Bila Asyik Tengok Telefon, Akan  Tumbuh Tulang Tidak Normal Dalam Tempurung Kepala
Tumbuh lebihan tulang sebanyak 27.8 mm kesan daripada akibat terlalu kerap melihat telefon bimbit di dalam tempurung kepala seorang pesakit berusia 28 tahun

Kajian yang diterbitkan di Jurnal berprestij iaitu di Scientific Reports pada 2018 telah menunjukkan penggunaan telefon pintar akan meningkatkan kes penumbuhan tulang yang tidak normal di bahagian tempurung kepala anda. Tulang tersebut tumbuh di bahagian belakang tempurung kepala iaitu beberapa sentimeter daripada tulang belakang.

Saintis daripada Sunshine Coast University di Australia ini telah mendapati bahawa terdapat peningkatan penumbuhan tulang tempurung yang tidak normal pada golongan muda. Panjang tulang itu adalah 2.6cm dan ia boleh mencapai 3.1cm.

IKLAN

Di dalam istilah perubatan, tulang ini dikenali sebagai enthesophytes. Tulang ini terbentuk pada bahagian tempurung yang mempunyai sambungan dengan ligament iaitu dibahagian belakang kepala. Selalunya ia didapati pada mereka yang sudah berumur kerana stress yang lama pada bahagian tersebut.

Tetapi kajian ini menunjukkan perkara sebaliknya. Kajian ini dibuat pada 1200 individu yang berumur diantara 18-86 tahun dan kajian tersebut telah mendapati tulang ini telah tumbuh 33% daripada jumlah kesemua peserta. Yang menariknya, kebanyakan yang mempunyai tulang tidak normal tersebut adalah daripada mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun.

Ini adalah x-ray salah seorang peserta yang berumur 28 tahun. X-ray ini menunjukkan terdapat tulang yang tumbuh di bahagian belakang tempurung kepala.

Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini terutamanya pada golongan muda tahun 1990an.

IKLAN

Kajian ini sebenarnya belum lagi menentukan punca kepada kejadian tulang yang tidak normal tersebut. Tetapi disebabkan ianya berlaku pada golongan muda, pengkaji membuat hypotesis bahawa perkara ini berlaku disebabkan orang muda zaman sekarang banyak menggunakan Telefon pintar dan selalunya ia digunakan pada posisi yang salah.

Posisi mereka adalah dengan cara menunduk ke bawah dengan lama tidak kiralah sama ada untuk membaca whatsapp, melihat facebook, bermain game dan pelbagai perkara lagi. Ini akan memberi tekanan pada ligament yang melekat pada bahagian kepala tersebut.

Tekanan pada bahagian tersebut pula akan menyebabkan badan memberi respon iaitu dengan cara menumbuhkan tulang pada bahagian tersebut.

IKLAN

Jikalau dilihat penumbuhan tulang ini ia adalah sama seperti yang berlaku pada bahagian badan lain yang mengalami stres atau tekanan yang lama seperti bahagian tumit.

Fakta Sains Buktikan  Bila Asyik Tengok Telefon, Akan  Tumbuh Tulang Tidak Normal Dalam Tempurung Kepala
Tulang yang tumbuh pada tumit mengakibatkan rasa sakit keterlaluan pada kaki

Jika dilihat pada bahagian tumit tersebut telah tumbuh tulang sama seperti tulang di bahagian kepala sebelum ini. Tulang ini disebut sebagai heel spur dan ia boleh menyebabkan sakit tumit.

Penumbuhan tulang seperti ini menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar bagi kesemua lapisan masyarakat akan menyebabkan postur badan yang tidak betul. Oleh disebabkan itu, kita diminta untuk mengurangkan atau membetulkan postur badan kita ketika melihat telefon pada satu jangka masa yang lama.

Rujukan:

David Shahar & Mark G. L. Sayers. Prominent exostosis projecting from the occipital squama more substantial and prevalent in young adult than older age groups. Scientific Reports 8, Article number: 3354 (2018). https://doi.org/10.1038/s41598-018-21625-1

Sumber : TheDiagnosa

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI