Faizal Azumu : Siapa Menteri Yang Akan Mewakili Belia & Sukan Malaysia Ini?

Share

 

Berbekal pengalaman yang dimiliki beliau, pelantikan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu pada hari ini sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu diharap akan meneruskan kemajuan golongan anak muda Malaysia.

Seiring dengan musim pandemik ini, golongan remaja dan belia kini mengharapkan kepimpinan yang berkesan untuk mereka terus memainkan peranan menjadi nadi penggerak masa depan negara.

Satu persoalan yang bermain di minda ramai remaja adalah siapakah gerangan menteri baharu ini? Berikut adalah lima info berkenaan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dari kerajaan Perikatan Nasional.

 

01

Beliau yang mewakili rakyat di kawasan parlimen Tambun telah mendapat pendidikan awal daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Cator Avenue dan Sekolah Menengah Andersoh di Ipoh Perak. Peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan hadir apabila beliau terpilih untuk memasuki Universiti Edith Cowan di Perth Australia.

 

02

Selain Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, besar kemungkinan Dato’ Seri Ahmad Daizal Azumu ialah Menteri Besar Perak yang berkhidmat bagi tempoh pemerintahan paling pendek dalam sejarah negeri; iaitu dari bulan Mac hingga Disember 2020 akibat kemelut politik.

Kenyataan spontan beliau berbunyi, “Bila di kubur, malaikat tak tanya saya Menteri Besar atau tidak,” masih diingati ramai.

Sebelum menerima mandat tersebut, beliau terlebih dahulu meraih pengalaman sebagai Pegawai Kanan Khas kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir selama empat tahun dari 2013 hingga 2016.

 

03

Bagi tempoh kurang sebulan, beliau telah memegang jawatan sebagai Penasihat Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri kelapan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila dilantik pada 5 Ogos lalu sebelum kabinet Malaysia kembali dirombak dalam bulan yang sama.

 

04

Pelantikan Dato’ Seri Ahmad Faizal sebagai Menteri Belia dan Sukan pada hari ini disambut baik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) yang kini sedang menumpukan perhatian kepada prestasi atlet di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sewaktu upacara penutup Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak pada tahun 2018. Turut kelihatan ialah bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Tentunya dengan pelantikan ini, ‘keluarga besar’ sukan negara berharap agar misi memajukan sukan negara akan diteruskan oleh beliau; seperti yang pernah dilakukannya semasa perak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2018. Tambahan pula, kalendar 2021 telah tersusun dengan pelbagai kejohanan berprestij antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

ARTIKEL BERKAITAN : Khairy Jamaluddin Dilantik Sebagai Menteri Kesihatan, Warganet Puas Hati – REMAJA

 

05

Golongan belia juga kini menumpukan kepada perancangan beliau untuk menggunakan pengalaman panjangnya bersama gerakan belia bagi menggerakkan anak muda tempatan; bersesuaian dengan tema ‘Keluarga Malaysia’ yang dibawakan oleh Perdana Menteri.

BACA LAGI : Tiada Perubahan Ketara, Ini Senarai Lengkap Barisan Jemaah Menteri Dan Kabinet – REMAJA

IKLAN