Menerusi ciapan di akaun Twitter-nya, Menteri Belia & Sukan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengesahkan bahawa dirinya telah bertemu pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia pada hari ini demi menjernihkan ‘drama’ yang tercetus di antara pemain tersebut dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak beberapa hari yang lalu.
Turut ada dalam pertemuan tertutup itu ialah pemain perseorangan wanta, Goh Jin Wei.
Lee Zii Jia pada 11 Januari lalu telah dilaporkan menghantar surat perletakan jawatan kepada BAM lalu meninggalkan persatuan tersebut setelah sekian lama bersama sejak usia 13 tahun. Dek kerana keputusan tersebut, BAM telah mengambil langkah berani Jumaat lalu untuk tidak mendaftarkan Zii Jia dan Goh Jin Wei selama 2 tahun daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa.
Justeru kata Faizal dua hari lalu, beliau ingin menyelesaikan kemelut ini dan berharap ia tidak berlarutan. Tambahan pula, situasi rumit ini bukan saja telah menarik perhatian peminat badminton tempatan tetapi juga pemain badminton antarabangsa yang sepakat memberi sokongan kepada Zii Jia termasuklah pemain di ranking pertama dunia, Viktor Axelsen dari Denmark.
Ads
Menerusi pertemuan selama sejam itu, Faizal dilaporkan telah mendengar luahan kedua-dua pemain cemerlang itu bagi memahami sebab utama di sebalik kisah mereka meninggalkan BAM.
“Saya mendengar sendiri pandangan beliau. Apa yang pasti, semangat serta komitmen Zii Jia terhadap sukan badminton negara masih teguh.
“Selagi kita semua bersatu-padu demi kepentingan negara, kita boleh maju ke hadapan,” catatnya.
Saya berpeluang untuk bertemu dengan Lee Zii Jia pada hari ini dan mendengar sendiri pandangan beliau, apa yang pasti semangat serta komitmen Zii Jia terhadap sukan badminton negara masih teguh. pic.twitter.com/l2TGkyTteQ
Baru sebentar tadi, BAM mengesahkan mereka telah menerima surat rayuan rasmi daripada Lee Zii Jia dan akan mempertimbangkan rayuan tersebut demi menyelesaikan isu yang tercetus di antara kedua-dua belah pihak.
BAM turut memahami memahami implikasi tindakan mereka untuk tidak mendaftarkan pemain itu dalam mana-mana kejohanan badminton dunia selama dua tahun dan telah berdepan kemarahan rakyat.
Menerusi satu kenyataan, mereka berkata, “Atas kepentingan sukan badminton negara, kami mengambil berat perkara ini bagi mencari jalan penyelesaian.”
Ads
Status sama ada pemain Goh Jin Wei telah mengemukakan surat rayuan rasmi atau belum bagaimanapun masih tidak dapat disahkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penularan COVID-19 kini dikategorikan sebagai pandemik oleh PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO). Amaran itu dikeluarkan susulan 118,000 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan seluruh dunia meliputi 110 negara.
Sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa pada ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19.
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) WABAK COVID-19
Menerusi kenyataan media beliau yang dimuatnaik dilaman facebook rasminya, Dr Zukifli menasihatkkan pihak masjid serta orang ramai untuk ambil langkah berjaga-jaga termasuklah mengambil wuduk dari rumah lagi. Hal ini bagi mengurangkan risiko wabak COVID-19.
Antara syarat lain yang dinyatakan ialah :
1. Khutbah dipendekkan 2. Orang ramai berwuduk di rumah lagi. 3. Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit. 4. Pihak masjid atau jemaah yang wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.
Dr Zulkifli juga menjelaskan bahawa wabak COVID-19 berada di tahap tidak terkawal, Solat Jumaat boleh tidak dilakukan namun wajib diganti dengan solat Zohor.
Rata-rata netizen yang membaca kenyataan ini memberikan komen lega dan jelas dengan apa yang disampaikan berkenaan isu solat Jumaat esok!
So korang yang lelaki tu jangan tak pergi solat Jumaat pula. Mari la kita berdoa, moga-moga cepat la berakhir wabak yang mengancam nyawa ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, masyarakat dikejutkan dengan berita satu mayat yang dipotong enam bahagian ditemui di tepi jalan Kilometer 447, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran persimpangan Rawang Selatan.
Paling menyedihkan, ada sebahagian keratan tubuh mangsa disumbatkan ke dalam beg bagasi manakala separuh bahagian badan ditemui di tepi jalan.
Menurut laporan Malaysia Gazzete, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki dewasa itu daripada orang awam pada jam 11.25 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat tersebut. Berdasarkan maklumat sumber juga, mayat berkenaan tidak mempunyai tanda suntikan BCG yang berkemungkinan adalah warga asing.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada IPD Sungai Buloh telah bergegas ke tempat kejadian itu.
“Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai bagasi pakaian sebelum pemeriksaan lanjut di dalam bagasi berkenaan telah menemui serpinan potongan badan dalam enam bahagian iaitu mayat tapa kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki.
“Identiti mayat dan jantina mayat berkenaan belum dikenal pasti berikutan keadaan mayat dipotong dari bahagian pinggang ke atas dan tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, satu sumber berkata, bahagian badan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di lereng bukit di lokasi tersebut. Kata sumber, polis kemudian menemui sebuah bagasi berhampiran mayat mangsa yang diisi dengan bahagian kepala manusia, kaki, tangan dan dua lagi anggota badan lain.
“Anggota badan dalam bagasi itu disyaki milik mayat lelaki yang dijumpai tanpa kepala dan beberapa bahagian badan lain di tepi bagasi itu,” kata sumber.
Dalam pada itu, Shafa’aton memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut di lokasi kejadian juga turut dijalankan oleh Unit Forensik Polis Kontinjen Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Umum mengetahui, kita mempunyai pelbagai pilihan servis penstriman di Malaysia sekarang.
Ada yang mengeluarkan drama dan filem terbaru secara kerap seperti Netflix dan Hulu. Ada juga yang menawarkan content menarik seperti VIU dan iFlix. Bagi yang gilakan drama Asia pula, dim sum menjadi pilihan mereka.
Tetapi, di antara platform-platform ini, tiada pun satu daripadanya yang mengkhususkan kepada filem atau drama yang patuh syariah. Betul tak?
Tapi, tak lama lagi, sebuah perkhidmatan penstriman video bakal menemui korang, iaitu Nurflix
Apa yang menarik tentang Nurflix ini, ia merupakan sebuah platform berteraskan panduan akidah dan syariah ini dilihat akan menampilkan pelbagai kandungan digital seperti drama, dokumentari, bual bicara dan filem seperti medium penstriman sedia ada.
Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook berkaitan laman penstriman video yang bakal diumumkan 16 Julai ini, Uthman Daud menyatakan Nurflix diasaskan oleh Shah – ahli kumpulan The Brothers yang mana beliau dari dulu lagi inginkan satu pilihan platform media yang patuh akidah dan syariah.
Platform ini mewujudkan bahagian pemantau yang dikenali sebagai Nurpath dibawah Penasihat Utama iaitu Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, diketuai oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis dan dilaksanakan oleh para asatizah yang mana akan meneliti dan semakan kandungan pemaparan sebelum diudarakan.
Bahagian penerbitan dan produksi dihubungkan melalui Shah dan Farihin (bekas pengurus Raihan), yang menjadi jambatan kepada Nurpath.
“Drama yang dihasilkan akan dijaga kualiti sinematografi sebagaimana penonton melihat kualiti iklan-iklan seperti iklan raya dan sebagainya iaitu kualiti drama yang berkualiti sinematografi filem.
“Dan mesej utama ialah adab dan akhlak. Kenapa Nurflix ini berbeza, kerana menurut penasihat Nurflix iaitu Habib Ali Zaenal Abidin ‘kita menginginkan hidayah kepada manusia melalui wacana ini, tapi jangan diperbuat dari perkakas yang Allah murka,” katanya.
Difahamkan, terdapat pengkelasan penonton iaitu umum, wanita, asatizah dan kanak-kanak. Justeru, penonton boleh memilih mengikut pengkelasan tersebut ketika melanggannya.
“Idea ini timbul selepas timbulnya rasa risau Brader Shah dengan nasib golongan generasi yang akan datang kerana ledakan media yang berlaku sekarang hingga anak-anak kita boleh buat apa-apa sahaja tanpa sempadan.
“Doakan usaha ini berjaya dan insyaAllah akan mula bersiaran pada awal tahun hadapan.”
Menerusi perkongsian terbaharu pengasasnya, bakal dilancarkan drama khas keluaran Nurflix yang mana pelakon terkenal Mira Filzah turut bersama sekali.
Haa, tak sabar kami mencuba servis penstriman patuh syariah terbaru di Malaysia iaitu Nurflix ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!