Berita

“Sayang Awak Faisal Halim, Rasa Macam Baru Kahwin Semalam” -Isteri Faisal Halim

Share

Selepas melalui detik sukar, rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilihat kembali pulih apabila dia memuat naik momen mesra bersama isteri tercinta, Nur Syazwani Mizuana Shahri dan anak mereka, Khalish Aryan di media sosial.

Menerusi InstaStory, Faisal berkongsi foto memeluk erat isteri dan anak dengan latar lagu

Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik, lengkap dengan kapsyen ringkas berbunyi

“Alhamdulillah.”

Lebih manis, Nur Syazwani turut memuat naik semula foto sama sambil meluahkan rasa syukur.

“Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.

“Sayang awak Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semalam,” tulisnya.

Faisal

Sebelum ini, Nur Syazwani difahamkan memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Perkara tersebut turut disahkan peguamnya, Roshdan Sujak Rafie yang memaklumkan tarikh sebutan semula kes perceraian ditetapkan pada

16 Oktober depan.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti 

Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Published by
Fath