Berita

Ezzanie Jasny Terlibat Kemalangan Jalan Raya Bersama Ibu Bapa, Alami Kecederaan Di Kepala

Share

Aktres jelita, Ezzanie Jasny memaklumkan dirinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon berusia 26 tahun berkenaan menerusi beberapa hantaran di Instagram Story (IGs), sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat dan rakan industri.

Menurut Ezzanie, ibu bapanya berada dalam keadaan selamat selepas kejadian tersebut. Bagaimanapun, keadaan dirinya masih dalam pemantauan doktor susulan kecederaan yang dialami di bahagian kepala.

“Saya terlibat dalam kemalangan kereta bersama ibu bapa semalam. Alhamdulillah mereka selamat.

“Keadaan saya masih belum pulih sepenuhnya, namun saya sedang berusaha untuk sembuh. Saya juga mengalami kecederaan di kepala dan masih belum pasti keadaannya,” kongsinya.

Difahamkan, pelakon drama Dia Bukan Syurga itu dijangka menerima perkembangan lanjut mengenai tahap kesihatannya pada pagi Isnin selepas menjalani pemeriksaan lanjut.

Dalam pada itu, Ezzanie turut memohon doa orang ramai agar urusan dirinya dan keluarga dipermudahkan serta dijauhkan daripada sebarang kecederaan serius.

“Saya akan menunggu maklum balas daripada doktor pagi ini.

“Mohon doakan kami. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath