Bekas ahli kumpulan ENHYPEN, Heeseung baru-baru ini sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil memperkenalkan semula dirinya sebagai artis solo dengan nama baharu, EVAN.

Menerusi sebuah perkongsian di media sosial, Heesung atau nama sebenarnya Lee Heeseung (25) mendedahkan foto profil pertamanya, menandakan satu permulaan baru selepas meninggalkan kumpulan tersebut.

Penampilan beliau kali ini jelas berbeza apabila EVAN memilih gaya yang lebih santai dengan rambut yang dibiarkan natural serta solekan minimum, sekaligus menonjolkan sisi dirinya yang lebih asli dan tidak dibuat-buat.

BACA: “Kenapa Asyik Salahkan Saya?” Penerbit Muzik, El Capitxn Berang Dituduh Peminat Jadi Punca Heeseung Keluar ENHYPEN

Ads

Heeseung ‘Rebrand’ Diri Jadi Evan, Buka Lembaran Baru Sebagai Penyanyi Solo

Menurut agensinya, konsep yang dibawakan kali ini memberi fokus kepada versi dirinya yang ‘tanpa tapisan’ dan tulen, jauh daripada imej glamor atau konsep berat yang sering dikaitkan dengan industri K-Pop.

Ads

Tambah pihak agensi lagi, pendekatan tersebut mencerminkan EVAN dalam bentuk paling asas, iaitu sebelum identitinya dibentuk atau ditafsir oleh pihak luar.

Untuk rekod, Heeseung mula mencipta nama sejak debut bersama ENHYPEN pada tahun 2020 dan dikenali sebagai antara ahli yang memiliki bakat serba boleh termasuk vokal, rap serta persembahan pentas yang memukau. Malah, beliau turut aktif sebagai penyanyi dan penulis lagu dengan terlibat dalam penghasilan beberapa trek lagu.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EVAN (@h_evva_n)

Mengulas mengenai pemilihan nama baharu itu, EVAN menjelaskan bahawa nama tersebut telah digunakan sejak kecil dan mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat dirinya, selain menjadi simbol kepada permulaan semula dengan pemikiran yang lebih matang.

Dalam masa sama, EVAN turut berkongsi harapannya untuk terus mendekati peminat menerusi karya muzik yang lebih jujur, dengan pendekatan yang menggambarkan dirinya secara lebih natural dan autentik.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads