Euro Fun Park Berpindah Ke Shah Alam, Ini 6 Tarikan Mesti Naik Menurut Pengunjung Tetap!

Share

 

Selepas remaja di Lembah Klang terutamanya di Gombak dan Ampang puas merasai pengalaman di Euro Fun Park, kini tiba masanya untuk kami di Shah Alam pula!

 

Kelmarin merupakan malam pembukaan untuk karnival funfair terbesar di Malaysia ini. Dibuka setiap hari sehingga 5 Mei kelak, ada sebab mengapa ramai di kalangan korang yang menanti-nantikan kedatangan Euro Fun Park di kawasan masing-masing.

Jom kita lihat 6 rides paling happening yang perlu korang cuba, menurut pengunjung tetapnya.

 

01

Challenger

Kami sarankan untuk korang tak makan sejam sebelum menaiki ride ini kerana – hhm – tahu kan apa yang akan terjadi?

Challenger adalah mainan berpusing 360 darjah yang mencabar pemainnya untuk naik ke atas udara dan berpusing ke kiri, kanan, atas…dah segala angle yang ada.

Radar Seram: 4/5

 

02

Sky Rider

Sama seperti yang korang pernah naiki di Genting Highlands dahulu atau di MAPs Perak, Sky Rider adalah buaian wajib naik untuk pengunjung. Selalunya mereka menjadikan Sky Rider sebagai ride pertama di Euro Fun Park.

Appetizer lah kononnya.

Radar Seram: 2/5

 

03

Vortex

Okay, secara peribadi penulis sendiri kecut perut nak naik ride yang satu ni. Mungkin kerana ia dinaiki oleh jumlah pengunjung yang sedikit pada satu-satu masa.

Vortex berpusing 360 darjah seperti roda di udara. Sambil itu, ‘buaian’ korang pun turut sama berpusing.

Radar Seram: 4.5/5

 

04

Dodgem Car

Umpama bumper car tetapi dengan muzik yang lebih best dan lampu yang fuhh. Pastikan kawan korang ambil gambar dan video banyak-banyak ketika di Dodgem Car kerana gambar mesti cantik untuk posting di Instagram nanti.

Radar Seram: 2/5

 

05

X Coaster

Bagi yang dah lama tak naik roller coaster, korang akan rasa thrill bila menaiki X Coaster. Walaupun tak berapa tinggi dan laju tetapi ia berpusing sambil berjalan!

Radar Seram: 3/5

 

06

Frightmare

Macam mana agaknya rupa hantu Eropah? Dracula, Vampire atau Frankenstein? Kenalah masuk baru kecut, hehe..

Radar Seram:

3/5

 


 

Ramai selalu confuse dengan sistem tiketnya. Senang je, tiket masuk untuk dewasa adalah RM4 seorang, manakala kanak-kanak RM2 seorang. Nak masuk murah, tapi kalau korang nak cuba setiap ride kena bayar melalui token yang dijual di pondok.

Setiap ride mempunyai harga berbeza. Tapi bagi penulis ia tak adalah mahal mana pun. Paling mahal adalah Vortex iaitu RM16 seorang, paling standard untuk rides lain, RM10.

Apa-apa pun, jumpa korang malam ni (dan malam-malam seterusnya) okay.

 

IKLAN