Semangat Malaysia boleh memang sudah lama tersemat di sanubari setiap anak muda dan rakyat Malaysia. Jadi tidak hairanlah semakin hari semakin banyak usaha untuk mencipta rekod atau menempa nama dalam apa jua bidang demi membawa nama Malaysia ke persada dunia.
Musim cuti sekolah ini memang ramai yang suka ke taman tema hiburan. Salah satu lokasi yang sering menjadi pilihan ialah ESCAPE Penang. Apa yang menariknya, baru-baru ini mereka telah memperkenalkan gelongsor air terpanjang di dunia dikenali dengan nama Speed Racer.
Gelongsor air Speed Racer ini mempunyai jarak sepanjang lebih kurang satu kilometer meter sekali gus itu mengalahkan pemegang rekod terdahulu yang memegang rekod 600 meter iaitu Action Park, New Jersey, Amerika Syarikat.
Ads
Terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang, gelongsor air ini merupakan salah satu daya tarikan utama di ESCAPE Waterplay di ESCAPE Penang. Pengunjung yang merasai pengalaman ini akan mendaki setinggi 420 meter dengan menggunakan chairlift di puncak bukit.
Foto – FB Escape.my
Menurut Pengasasnya, Sim Choo Keng pengunjung yang menaiki Speed Racer akan turun melintasi Jalan Teluk Bahang di sebelah jambatan pejalan kaki dan berakhir di kolam renang taman tema airnya.
Ads
Menurutnya lagi, ESCAPE Waterplay akan dibuka bermula Sabtu ini. Ia merupakan fasa kedua daripada Adventureplay yang telah dibuka pada tahun 2012. Dan sehingga kini ia telah menjadi antara daya tarikan paling menarik di negeri Pulau Pinang.
Ads
ESCAPE Penang di buka pada hari Selasa sehingga Ahad dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang. Untuk makluman lanjut kamu boleh kunjungi laman sesawang rasmi mereka www.escape.my.
Bekas pelajar sebuah sekolah menengah di St. Louis, Amerika Syarikat yang menembak mati dua mangsa dan mencederakan tujuh yang lain pada Isnin lalu dilaporkan meninggalkan nota akhirnya sebelum ditembak mati oleh pegawai polis.
Lapor BBC, suspek yang dikenal pasti sebagai Orlando Harris telah memecah masuk ke dalam perkarangan Central Visual & Performing Arts High School, St. Louis, Missouri yang juga merupakan bekas sekolahnya sewaktu pelajar berada di dalam kelas untuk sesi pembelajaran.
Secara tiba-tiba, tembakan rambang mula dilepaskan suspek sehingga meragut nyawa seorang pelajar berusia 16 tahun dan seorang guru berusia 61 tahun. Manakala, tujuh mangsa lain; masing-masing berusia 15 ke 16 tahun tercedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Orlando Harris
Orlando, 19 menamatkan pengajiannya daripada sekolah yang sama pada tahun lalu dan dilaporkan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.
Justeru, pihak FBI tercari-cari motif di sebalik tindakannya sejak Isnin lalu. Tambahan pula, Orlando bertindak berani dengan membawa pelbagai jenis senjata, termasuklah senapang jenis ‘.223-caliber AR-15’.
Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai seorang pelajar berusia 16 tahun (kiri) dan seorang guru berusia 61.
Hanya pada hari ini, FBI melaporkan bahawa suspek ada menulis sekeping nota dan meninggalkannya di dalam kereta yang dipandu ke sekolah pada hari kejadian.
Sewaktu ditemui pihak media, detektif bertugas Michael Sack dari St. Louis membacakan sebahagian daripada kandungan surat tersebut.
“Saya tidak mempunyai kawan, saya tidak mempunyai keluarga, saya tidak pernah mempunyai seorang teman wanita, saya tidak mempunyai kehidupan sosial. Saya telah menjadi seorang yang menjauhkan diri dan keseorang sepanjang hidup saya.
“Ini merupakan situasi sempurna untuk seorang penembak beramai-ramai,” catatnya.
Central Visual & Performing Arts High School, St. Louis, Missouri.
Pengakuan Orlando ini sedikit-sebanyak memberikan pencerahan terhadap emosinya yang tidak stabil. Tambah detektif berkenaan, besar kemungkinan suspek menyimpan perasaan marah dan kebencian terhadap pihak lain yang mempunyai hubungan sihat dengan orang di sekeliling mereka.
Ini bukanlah kejadian tembakan rambang pertama di dalam perkarangan sekolah di Amerika Syarikat pada tahun ini. Sehingga 24 Oktober lalu, sebanyak 257 kes tembakan rambang di kawasan sekolah dan kampus telah dicatatkan – 7 kes lebih banyak daripada 250 kes yang dicatatkan SEPANJANG tahun 2021.
Dengan berbaki dua bulan lagi sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, kejadian Isnin lalu ini menimbulkan rasa gusar dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat dan juga penduduk dunia terhadap keselamatan pelajar di kawasan yang sepatutnya dianggap selamat buat mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak kisahlah apa mulut orang cakap asalkan hati bahagia.
Di negara seberang tengah viral kisah seorang gadis cantik berasal dari Dusun Kambisa, Desa Baku-baku, Daerah Malangke Barat, Sulawesi Selatan iaitu Nadia Margareza yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki agak berusia, Haji Ajis Kalla seorang usahawan dari Makassar.
Apa yang menjadi bualan masyarakat ialah hadiah mahar diterimanya agak lumayan iaitu lebih Rp300 juta (1 juta rupiah lebih kurang RM300. Lebih kurang RM90,000) selain sebuah rumah bernilai Rp3 bilion serta serta satu set berlian.
Ia menjadikan nilai maharnya paling tinggi dalam sejarah di daerah Malangke Barat sehingga menjadi bualan masyarakat.
Ramai ahli keluarga pengantin perempuan menyampaikan ucapan tahniah buat kedua pasangan ini. Dapat dilihat dari gambar, majlis perkahwinan pasangan ini begitu gah dna tampak serba mewah.
Tidak diketahui bagaimana pasangan ini berkenalan dan suaminya Haji Ajis dikatakan menjalankan perniagaan Workshop Al Azis, Warkop Aleta, Country Cafe & Restoran, dan beberapa perniagaan lain sementara Nadia membuka butik.
Apa pun, tak kisah berapa beza umur, asal hati dah bahagia tak kisahlah tua ke muda jodohnya. Asal dia mampu jaga kita hingga ke hari tua. Sumber : Tribun Timur / Gambar : FB Nhyla Sari
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka insiden tertukar bayi sebenarnya bukan rekaan dalam drama sahaja, tetapi benar-benar pernah berlaku di negara kita sendiri. Tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lalu, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian itu baru disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20 dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahun lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.
Ha, korang keliru tak?
Kejadian ini mula terbongkar ketika Adryani Iwani berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.
Dia kemudiannya meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum berkongsi akaun Instagram Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengannya.
Bagai sudah ditakdirkan, mereka bertemu buat pertama kali di Karnival Jom Masuk U di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Mac 2019 menyebabkan masing-masing terkejut apabila melihat persamaan ketara dari segi wajah dan bentuk badan.
“Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama dengan saya, sekali tengok, eh…betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian,” katanya.
Akibat terlalu terkejut, masing-masing hanya berpandangan antara satu sama lain dan berlalu tanpa menyapa, namun perkara itu disedari oleh rakan-rakan yang lain.
Kejadian itu tidak berakhir di situ sahaja, sehinggalah Ogos tahun lalu apabila seorang rakannya memaklumkan tarikh lahirnya sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos selepas dia memuat naik foto majlis sambutan hari lahir di media sosial.
Noratirah kemudian menghubunginya melalui IG, banyak perkara yang dibincangkan dan mendapati terlalu banyak persamaan untuk disifatkan sebagai kebetulan. Mereka mengambil keputusan untuk melakukan DNA.
“Selepas berbincang, kedua-dua keluarga sepakat melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti sama ada terdapat pertalian antara kami,” katanya.
Ujian DNA itu dilakukan menggunakan sampel darah membabitkan dirinya, ibunya (Siti Aminah Ismail, 66), Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.
“Apabila keputusan keluar, kami amat terkejut terutama mama yang terduduk dan menangis selepas mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus menunjukkan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.
“Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah,” katanya.
Kakak kepada Adryani Iwani berkata, ibu mereka memaklumkan, doktor yang bertugas tidak pernah memaklumkan sama ada kembar yang dilahirkan ketika itu adalah kembar seiras atau sebaliknya. Tetapi disebabkan tag nama di kaki kedua-duanya nama mama mereka, jadi keluarga mereka tidak pernah terfikir tentang perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras.
Berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani Iwani (1.34 pagi).
Tak dapat kami bayangkan bagaimana perasaan mereka dan keluarga menghadapi kebenaran ini. Setelah dibesarkan selama 20 tahun oleh bukan keluarga sendiri, pasti bukan mudah untuk mereka menerima hakikat ini, namun dalam masa yang sama tetap bersyukur kerana akhirnya segalanya telah terbongkar.