Foto: hospitalplaylist_official

Setelah tayangan episod keenam Hospital Playlist 2 pada 22 Julai lalu, drama berkonsep perubatan popular Korea ini memaklumkan bahawa ia tidak akan menayangkan episod susullan pada minggu hadapan.

Episod Baharu Hospital Playlist 2 Tidak Akan Ditayangkan Minggu Depan
Foto: hospitalplaylist_official

Saluran tvN sendiri mengumumkan bahawa mereka akan menayangkan sebuah episod istimewa pada 29 Julai 2021 dan episod 7 pada minggu berikutnya.

Ini berikutan keputusan pihak produksi yang terpaksa menangguhkan penggambaran selama seminggu akibat situasi COVID-19 di Korea Selatan yang kembali meningkat. Seluruh tenaga kerja drama ini merasakan mereka perlu mempertahankan kualiti tayangan dan naskah terbaik drama tersebut.

IKLAN

Lalu, mereka sanggup ‘korbankan’ tayangan episod 7 demi menunggu situasi pandemik reda sebelum menyambung penggambaran.

Episod istimewa yang akan menggantikan episod baharu pada 29 Julai ini akan menyaksikan kisah belakang tabir drama Hospital Playlist 2, komen dari para pelakonnya dan pelbagai lagi. Dengar macam menarik!

IKLAN
Episod Baharu Hospital Playlist 2 Tidak Akan Ditayangkan Minggu Depan
Foto: hospitalplaylist_official

Bagi korang yang belum pernah menonton drama Hospital Playlist, ia mengisahkan tentang lima sahabat lakonan Jo Jung Suk, Jung Kyung Ho, Yoo Yun Suk, Kim Dae Myung dan Jeon Mi Do yang berkawan baik sejak di bangku sekolah menengah hinggalah sama-sama menuntut dalam bidang perubatan serta menjadi rakan sekerja di hospital yang sama.

IKLAN

Bagi peminat drama Korea ini, korang kenalah bersabar untuk menantikan episod terbaharu Hospital Playlist 2 okay?

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI