Episod Akhir More Than Friends Ditangguh, Salah Seorang Pelakon Dikuarantin

Share

Siri drama Korea More Than Friends dilaporkan akan menangguhkan siaran episode akhir yang dijadualkan pada minggu hadapan kerana pelakon Kim Dong Jun telah dikuarantin.

Pelakon lelaki itu menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan dia sudah pun menjalani ujian swab dan dilaporkan negative pada 13 November lalu. Namun begitu, garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan menegaskan bahawa kontak yang terdedah dengan pesakit perlu dikuarantin dalam tempoh yang ditetapkan.

Foto: biem.co

Oleh itu, JTBC akan menangguhkan siaran dua episod terakhir dan akan hanya bersiaran pada 27 dan 28 November 2020. Langkah ini adalah untuk keselamatan bagi mencegah penularan COVID-19 dikalangan kru produksi dan untuk memastikan drama ini dapat disempurnakan sehingga episode akhir.

Drama 16 episod ini berkisarkan tentang sekumpulan pelajar sekolah, Kyung Woo Yeon (Shin Ye Eun) yang jatuh cinta pada rakannya sendiri, Lee Soo (Ong Seong Wu). Woo Yeon menyatakan perasaannya pada Lee Soo namun ditolak sehingga tiga kali.

10 tahun kemudian, Lee Soo mula jatuh cinta pada Woo Yeon, namun wanita itu sudah move on dan punya teman lelaki baru, On Joo Soo (Kim Dong Jun).

Foto: hellokpop

Ha, Kim Dong Jun la yang dikenakan kuarantin kerana menjadi kontak rapat COVID-19. Pasti penonton yang mengikuti kdrama ini dah tak sabar nak tunggu episode terakhir kan? Tapi, apa boleh buat. Kita kena tunggu sehingga 27 November nanti.

Sama-sama kita doakan agar Kim Dong Jun tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Sumber: Soompi

IKLAN