
Episod pertama drama Korea terbaru di KBS 2TV, Homemade Love Story telah pun menemui penonton pada malam Sabtu yang lepas.
Menurut Nielsen Korea, drama tersebut mencatatkan purata rating sebanyak 19.9 peratus dan 23.3 peratus untuk dua bahagiannya, sekali gus menjadikan Homemade Love Story menjadi drama yang merekodkan paling banyak ditonton pada malam tersebut.

Lakonan Lee Jang Woo dan Jin Ki Joo ini mengisahkan tentang dua orang arkitek dan interior designer yang sering berselisih pendapat kerana mempunyai perbezaan perspektif.

Episod drama ini juga berjaya memperoleh jumlah penonton yang lebih tinggi daripada kutipan yang pernah diperoleh oleh drama hit sebelumnya, Once again pada slot waktu yang sama.

Sementara itu, drama SBS Alice dan Channel A, Lie After Lie memperoleh peningkatan penonton yang ketara daripada episode sebelumnya. Alice mencatatkan purata rating sebanyak 7.4 peratus dan 9.6 peratus untuk dua bahagiannya, manakala Lie After Lie memperoleh skor purata 4.2 peratus di seluruh negara.
Drama TVN pula mencatatkan purata rating sebanyak 6.8 peratus di seluruh negara pada malam tersebut.
Jangan lupa untuk saksikan Homemade Love Story setiap Sabtu dan Ahad untuk menyaksikan episod seterusnya.
Sumber: soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral Main Futsal Dalam Rumah, Ini 5 Lagi ‘Sukan’ Korang Boleh Try Hingga 12 Mei

Ketika seluruh rakyat Malaysia kini ‘bergelut’ untuk menahan diri daripada lapar, dahaga dan ahem keluar dari rumah, ada di antara kita yang lebih kreatif untuk kekal aktif di rumah.
Demi menghilangkan bosan terperap di rumah sepanjang bulan puasa dan musim PKP ini, tiga remaja lelaki ini tidak mengikut trend terkini remaja lain yang gian memuat naik video TikTok dan berkongsi resepi.
Sebaliknya, mereka menggunakan ruang tamu di apartmen mereka untuk dijadikan gelanggang futsal!

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @ABGKYO ini menyaksikan mereka bertiga cuba mencipta beat lagu dan menyanyi sambil bermain futsal dengan bola yang diperbuat daripada kertas dan tape!
Bila sangap sangat nak main Futsal waktu covid pic.twitter.com/6bksVf8YFd
— KY:00 (@ABGKYO) April 19, 2020
Dalam diam, rupanya mereka telah berkolaborasi Bersama MILO untuk membuktikan bahawa kita masih boleh bergiat aktif semasa di rumah. Jangan sampai pecah pasu bunga mak sudah.
Korang juga boleh menunjukkan kreativiti korang bersukan dari rumah untuk menyahut kempen Zon Aktif MILO yang baru dilancarkan.
Ini merupakan di antara idea bersukan yang korang boleh lakukan.
HOKI CAMPUR BOLA LISUT
Finding new ways to multi-sport train at home pic.twitter.com/kdQa0HVTih
— Jason Peace (@jpeace72) April 23, 2020
Pastikan tak dekat dengan tingkap rumah!
LONTAR BOLING (?)
Mr Baptiste’s sport challenge at home. Give it a go and try and beat his score. Compete with your family and friends! #toa_pe #PEatHome pic.twitter.com/3Kk4QH7OrD
— TOA PE Dept (@TOA_PE) April 21, 2020
Nampak pelik but it is actually SO MUCH FUN.
MINI GOLF
“I am staying home and spending my quality time with my family. I am not only staying home for me, my family but to the whole community of SG. While at home, I still can enjoy my golf sport. I wear my complete attire and feel as if I’m playing outside. I #stayhomeforSG!” pic.twitter.com/ndCn1m2Ejo
— Sonny Naz (@NazSonny) April 24, 2020
Okay kami hampir nak beli secara online selepas menonton video ini! Inilah masa untuk korang perbaiki daya konsentrasi ketika bermain golf.
BOLA KERANJANG MENGGUNAKAN KAKI
Hey @NTVDaveGriek check out Logan’s Love Sack Shot. #sportsathome 🤣 pic.twitter.com/VQkFDI9SkA
— Lisa R. Bell (@SunflowerAlley) April 18, 2020
Korang power kan? Cubalah.
SKUASY DENGAN BOLA TENNIS & PAN MEMASAK
At-home challenge: all you need is a tennis ball and a frying pan!
See how many you can do without letting the ball fall 🎾#SportsAtHome
(📽️ hurleytennis_17/Instagram) pic.twitter.com/RZCqBECENf
— SportsEngine (@SportsEngine) April 23, 2020
TIP: Jauhkan kucing korang dari tempat kejadian.
*
Dah dapat idea? Muat naik video korang di media sosial dengan hashtag #StayAtHomeWithMILO.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Magis Malar Segar Rossa Pada Malam Another Journey: The Beginning, Pukau 5,000 Peminat

Melewati 25 tahun usia pembabitan dalam industri seni jelas menterjemahkan keselesaan yang memeluk penyanyi kelahiran Indonesia bersuara lunak, Datuk Seri Rossa.
Meski bersilih ganti bakat baharu hadir mewarnai pentas industri hiburan, keutuhan populariti Rossa atau nama lengkapnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani tidak pernah goyah.
Tidak hanya unggul sebagai antara penyanyi papan atas di negara kelahirannya, Rossa, 44, keampuhan popularitinya di negara jiran, terutama Malaysia terus kukuh apabila karya terbaru yang dihasilkan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati penggemarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rocketfuel Entertainment Hadiahkan ‘Buah Tangan’ Baharu Ciptaan Komposer Lagu Justin Bieber Buat Nadeera Zaini

Justeru, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kemunculan terbaharunya menerusi konsert Another Journey: The Beginning di Zepp Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Julai lalu membekas pelbagai memori yang tidak mudah dilupakan peminat setianya.
Mengikut perancangan asal, konsert dalam siri Dream Festival Collaboration Vol. 3 hanya berlangsung pada 14 Julai. Namun, sambutan hangat peminat apabila tiket konsert habis terjual dalam tempoh singkat, membuatkan Rossa bersedia menambah satu lagi malam persembahan iaitu pada 13 Julai lalu.
Sambutan luar biasa itu membuktikan populariti Rossa tetap ampuh, malah kehadirannya sentiasa dinanti-nantikan peminat yang merindui gemersik suaranya mengalunkan lagu-lagu yang begitu dekat di hati mereka.

Tiada siapa yang mampu menidakkan kredibiliti Rossa di pentas. Kehadiran hampir 5,000 peminat untuk kedua-dua malam persembahan membuktikan namanya masih relevan dan karyanya sentiasa didahagakan peminat.
Magis keampuhan Rossa terletak pada untaian-untaian malar segar yang sehingga kini terus setia menemani ramai. Namun, di sebalik keselesaan itu, Rossa tidak pernah sesekali berpeluk tubuh.
Dia sebaliknya, sentiasa mencabar diri supaya lebih kreatif dan inovatif dalam menampilkan pembaharuan menerusi lebih 20 karya yang dipersembahkan sepanjang dua jam konsert berlangsung.
Meskipun kedatangan terbarunya membawa misi memperkenalkan lagu yang dirakamkan dalam album Another Journey: The Beginning yang dilancarkan Februari lalu, objektif Rossa tercapai apabila lagu-lagu itu sudah mula sebati di pendengaran penonton yabg sebahagian besarnya kelompok muda.

Mendekati kelompok penonton muda juga antara misi utama Rossa apabila memilih untuk beraksi di Zepp KL dengan konsep persembahan yang lebih santai, intim dan segar.
Membuka tirai persembahan dengan penuh bertenaga menerusi lagu Malam Pertama, Rossa tidak perlu menunggu lama untuk membuai emosi penonton. Dia seterusnya menyajikan himpunan lagu popular yang memahat kukuh namanya dalam kelompok penyanyi wanita hebat Indonesia.
Seleksi lagu galau seperti Aku Bukan Untukmu dan Jangan Hilangkan Dia yang menjadi trademark penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat membuat peminat tidak betah berdiam, sebaliknya turut bersama-sama menyanyi.
Turut sinonim sebagai penyanyi runut bunyi, Rossa tidak melupakan lagu wajib iaitu Takdir Cinta dan Ayat-Ayat Cintayang disampaikan secara medley. Bersama susunan muzik baharu, alunan bertenaga dan penuh ekspresi Rossa melarutkan penonton dalam keindahan vokalnya.
Rossa juga tidak melupakan runut bunyi terbaru yang dirakamkannya, Khanti ciptaan Melly Goeslaw yang diakui mampu mengulangi kecemerlangan yang dilakar Ayat-Ayat Cinta dan Takdir Cinta.
Rossa seterusnya membawa penonton melewati perjalanan yang dilaluinya ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 menerusi untaian terbaru yang dimuatkan dalam album Another Journey: The Beginning.
Bagai membentang naratif perjalanan peribadinya berkisar kehidupan, karier, cinta, Rossa memukau menerusi untaian lagu seperti Wanita, Masih, Terlalu Berharap, Akhirnya, Sekali Ini Saja selain Lupakan Cinta.
Setiap lagu, akui Rossa yang sesekali menyisipkan canda dalam celotehnya menyimpan makna tersendiri. Justeru, meskipun sinonim dengan lagu galau, Rossa tetap memastikan lagu nyanyiannya membawa mesej untuk dihayati pendengar.
Ruang Zepp KL gamat apabila Rossa menyanyikan lagu Hati Yang Kau Sakiti versi Korea. Pujian wajar diberikan kepada Rossa dan tenaga produksi konsert Another Journey:The Beginning yang bijak memancing energi penonton.
Harus diakui, evolusi Rossa sebagai penghibur jelas terpancar menerusi penampilan terbarunya ini. Improvisasi yang dilakukan dengan menyuntik nuansa EDM pada lagu popularnya seperti Pudar dan Hey Ladies sebagai penutup konsert membuktikan strategi Rossa dalam mencari kelompok peminat baharu berhasil.

Untuk malam pertama, Rossa tidak tampil bersendirian apabila mengundang penyanyi baharu, Betrand Putra Onsu sebagai artis pembuka menerusi lagu Takkan Berpaling Darimu dan Ku Menunggu.
Kemunculan Rizky Febian meskipun seketika, ia tetap mengesankan. Rizky membuat khalayak tidak keruan ketika mendendangkan dua lagu popularnya, Cuek dan Kesempurn
Duetnya bersama Rossa menerusi lagu Bertengkar Manis mencatatkan kenangan yang cukup manis bagi 2,400 penonton yang memenuhi ruang Zepp KL pada malam pertama.
Malam kedua pula, Rossa membawa penyanyi muda yang sedang hangat mencipta nama, Mahalini. Meskipun cuma mempersembahkan dua lagu, kemunculan penyanyi kelahiran Denpasar, Bali itu membawakan Sisa Rasa dan Sial berjaya menambahkan lagi kemeriahan konsert.
Suasana konsert bertambah hangat apabila Mahalini berduet dengan Rossa menyanyikan lagu ciptaannya untuk penyanyi tersebut iaitu Lupakan Cinta.
Konsert pada malam kedua turut diserikan dengan penyanyi tempatan yang mencipta nama menerusi program, Vokal Mania, Zareef Sein yang mempersembahkan dua lagu termasuk Ku Menunggu.
Melewati 25 tahun usia kerjaya, konsert Another Journey: The Beginning adalah pembuktian kematangan Rossa sebagai penghibur yang berani, malah bijak beradaptasi dengan perubahan untuk sentiasa kekal relevan dalam industri seni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cik B Selamba Jadikan Bodyguard Sebagai ‘Punching Bag’, Netizen Pula Tanya “Mana Nak Dapat”

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial, Cik B di TikTok miliknya mencuri perhatian ramai selepas aksi spontan dan ‘rare’ yang ditunjukkan olehnya di gimnasium tular di media sosial.
Dalam video tu, anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu dilihat menjadikan bodyguard sendiri sebagai punching bag.
“Gym tak ada punching bag,” tulis Cik B ringkas di ruangan kapsyen.
BACA LAGI: Datin Shahida Puji Sikap Anak DSV -“Cik B Memang Baik & Berbudi Bahasa”

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan dah pun meraih lebih 208 ribu tontonan, 18 ribu tanda suka dan 135 komen.
Rata-rata netizen terhibur dan tak sangka dengan aksi selamba Cik B itu.
“Cik B nak tanya, mana nak dapat punching bag tu?” seloroh seorang netizen.

“Cik B tolong kongsi link punching bag ini,” tambah seorang lagi dengan nada berseloroh.
“Helok (kacak) punching begnya pun…”sempat netizen lain ‘usha’ bodyguard tu juga.
Video berdurasi pendek itu menunjukkan Cik B serius sparring dengan bodyguard seakan-akan sedang berlatih seni mempertahankan diri. Tapi yang buat ramai teruja mestilah sebab ‘punching bag’ dia bukan calang-calang orang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

