
Ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin menitipkan ucapan penuh rasa syukur dan bangga buat anak perempuannya bersama pelakon terkenal Erra Fazira, iaitu Engku Aleesya, selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Emran menyifatkan detik itu sebagai hari paling indah dalam hidupnya.
“This is an appreciation post for my only child and daughter Aleesya.

“Terima kasih kerana membuat hati ayah dipenuhi dengan rasa bangga dan gembira yang luar biasa.
“Selama 11 tahun dalam tempoh persekolahan Aleesya, ayah telah menumpukan sebahagian besar daripada hidup ayah untuk memastikan kamu berjaya dalam pelajaran,” katanya.
Emran turut mengimbas pengorbanan yang dilakukan sepanjang membesarkan Aleesya, termasuk menemani setiap aktiviti sekolah dan memastikan pendidikan anak gadisnya berada pada tahap terbaik.
“Ayah tidak pernah terlepas satu pun acara sekolah yang kamu sertai, ayah hadir pada setiap sesi pertemuan ibu bapa dan guru, bersorak untuk setiap larian yang kamu jalani, semuanya atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang ayah.

“Malam-malam panjang yang kita habiskan bersama mengulang kaji untuk peperiksaan, berjam-jam kita tersekat dalam kesesakan lalu lintas pergi dan balik dari kelas tambahan, ya semuanya juga atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah,” ujarnya.
Lebih menyentuh hati, Emran meluahkan rasa syukur apabila semua usaha itu berbaloi selepas Aleesya berjaya memperoleh 7A dalam peperiksaan.
“Hari ini kamu telah membuktikan bahawa segala pengorbanan itu tidak sia-sia. Terima kasih Aleesya, terima kasih kerana menjadikan hari ini dengan mudah sebagai hari paling indah dalam hidup ayah.

“Apabila suatu hari nanti kamu mempunyai anak sendiri, ayah berharap kamu juga akan membuat pengorbanan yang sama untuk mereka seperti yang ayah lakukan untuk kamu dalam pendidikan.
“Tahniah atas 7A anak ayah! Alhamdulillah. Kekal rendah diri, kekal berpijak di bumi nyata,” tambahnya lagi.
Dalam hantaran itu, beliau turut memuat naik foto dirinya bersama Aleesya serta slip keputusan peperiksaan anaknya.

Untuk rekod, Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira pada 25 Oktober 2007sebelum berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.
Selepas itu, Emran pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia Laudya Cynthia Bella pada tahun 2017 namun bercerai pada 2020.
Beliau kemudian mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila, kakak kepada selebriti terkenal Neelofa pada Februari 2021, sebelum disahkan berpisah pada September tahun lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!









